Hiburan

Vide0 : Tak Lepas Sek4tan Jalan Raya, Remy Ishak ‘Balik Kampung’ Ikut Jalan Udara

Kurang empat hari lagi, seluruh umat Islam bakal menyambut Aidilfitri yang jatuh pada 13 Mei ini.

Sayangnya, pada tahun 2021 ini sekali lagi kita tidak dapat pulang ke kampung disababkan v1rus c0v1d-19 yang melanda dunia semenjak tahun lalu.

Bukan hanya tidak dibenarkan pulang ke kampung, malah kita semua turut tidak dibenarkan untuk merentas negeri dan daerah sempena dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di beberapa negeri dan daerah seluruh Malaysia.

Namun, itu tidak membuatkan pelakon Remy Ishak ‘putus asa’ untuk cuba pulang ke kampung halamannya yang terletak di Melaka dengan menaiki helikopter.

Video Remy menaiki helikopter itu dikongsikan sendiri olehnya di aplikasi TikTok miliknya dan lebih menarik lagi beliau memilih lagu raya sebagai music background.

Video

Ramai pengikutnya di TikTok turut memberi pelbagai reaksi berkenaan video tersebut.

Tapi jangan risau, Remy sama sekali tidak mel4ngg4r sebarang SOP yang ditetapkan oleh pihak berkuasa.

sed1h ya bila tengok video Remy tu, geram pun ada dengan pemilihan lagu tu!

Apa pun, semoga kita semua kekal tabah, duduk di rumah dan jangan sesekali mel4ngg4r SOP dan undang-undang yang telah ditetapkan.

Biodata Remy Ishak
Nama sebenar Mohammad Zalimei Bin Ishak. Beliau dilahirkan pada 11 April 1982 di Melaka dan dibesarkan di Port Dickson, Negeri Sembilan
Sebagai anak kedua daripada empat beradik kepada sebuah keluarga yang berpecah-belah, Remy nekad untuk berusaha membantu keluarga terutama adik-adiknya yang masih bersekolah.

Ketika berusia 18 tahun Remy menjudikan nasib untuk datang mencari kerja ke Kuala Lumpur.

Beliau pernah tidur di masjid untuk berteduh dari panas dan hujan. Dengan bantuan seorang kawan, beliau mendapat kerja di Hotel Mandarin Oriental.

“Apabila berhijrah ke Kuala Lumpur sembilan tahun lalu, saya bekerja sebagai pengemas bilik hotel, tetapi diberhentikan kerana kemelesetan ekonomi.

Saya kemudiannya bekerja sebagai pelayan di sebuah kelab malam selama dua tahun. Sepanjang tempoh itu hati saya tidak tenteram, saya nekad berhenti dan bekerja sebagai pelayan di sebuah kafe di KLCC. Selepas itu saya mendapat peluang bekerja sebagai pelayan di hotel lima bintang.

Selepas beberapa tahun, pendapatan saya bertambah apabila diberi kepercayaan menjaga tetamu VIP,” katanya dalam temubual pertamanya bersama media yang disiarkan pada 16 September 2007.

Sumber : Hotfm via teh tarik kaw/wiki

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *