Semasa

Tidak Mahu TerpaIit, Warga lnd0nesia Mengaku Ibu kpd AIia Akhirnya Dedahkan Sesuatu Mengejvtkan

VIDEO tular memaparkan seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun yang dipercayai menjadi mangsa dera ibu angkatnya terus menjadi buah mulut netizen di media sosial.

Malah, ramai yang turut tertanya-tanya mengenai identiti sebenar serta keberadaan ibu kandungnya sehingga mangsa terlepas ke tangan pelaku.

ramai yang turut tertanya

     

      

ramai yang turut tertanya

Keadaan kaki kanak-kanak tersebut.

Menurut pemuda itu lagi, Emelda begitu hiba dan sedih apabila mengenangkan anak perempuannya diperlakukan dengan kejam seperti dalam video tular berkenaan.

Dedahnya lagi, dia dan isteri turut menumpangkan Emelda di kediaman keluarganya sejak Jumaat.

Dia juga turut membantu wanita itu untuk dibawa kepada pihak berkuasa bagi membantu siasatan kes berkenaan.

“Semalam jumpa dia, dia menangis dan berharap dapat jumpa balik anaknya. Lama dia terpisah dengan anaknya. Kemudian kena dera macam tu.

“Ibu mana yang sanggup tengok? Kita yang tiada pertalian darah pun tak sanggup tengok, macam orang tak ada hati perut.

“InsyaAllah kami akan bawa Emelda ke Ibu Pejabat Polis (IPD) Kajang untuk rekod keterangan.

Saya difahamkan anaknya kini sedang menjalani pemeriksaan di hospital. Sekarang Emelda tumpang rumah keluarga kami, sebab polis minta kami bantu dia. Kami bantu atas dasar kemanusiaan.

“Kita sebagai manusia tak ada kuasa mutlak untuk jatuhkan hukuman kepada sesiapa. Tapi apa yang pelaku buat kepada kanak-kanak itu memang tak patut.

Dia perlu dibawa ke muka pengadilan untuk jadi pengajaran kepada semua,” ujarnya lagi.

Untuk rekod, kes dera kanak-kanak berusia empat tahun itu meraih perhatian ramai selepas beberapa video tersebar di media sosial sejak pagi Jumaat.

Menurut Ketua Polis Daerah Kajang, ACP Mohd Zaid Hassan, dua individu yang dikaitkan dalam kes dera itu sudah ditahan dan mangsa juga telah diselamatkan.

“Selepas menerima laporan berkenaan, Polis Kajang pada 22 Julai 2022 jam 2.30 pagi telah bertindak menyelamatkan mangsa dan telah membuat tangkapan ke atas seorang perempuan Melayu dan seorang lelaki warganegara Singapura di sebuah rumah di taman perumahan Beranang, Selangor.

“Suspek berumur lingkungan 28 hingga 30-an. Tahanan reman dibenarkan selama tujuh hari sehingga 28 Julai 2022.

Mangsa telah dibawa ke Hospital Kajang untuk rawatan, doktor mengesahkan mangsa mengalami kecederaan di beberapa bahagian badan,” ujarnya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Mangsa merupakan kanak-kanak berusia anggaran empat tahun, merupakan anak kepada warganegara Indonesia yang mana kelahirannya tidak pernah didaftarkan dan tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri.

“Mangsa telah diserahkan kepada suspek untuk dijaga sejak April 2022 kerana ibu kandungnya tidak mampu menjaganya.

Mangsa dikatakan dipukul oleh pasangan tersebut menggunakan penyangkut baju, kayu penyapu dan kadang-kadang dicucuh dengan pemetik api,” ujarnya lagi.

Kes disiasat di bawah Seksyen 31 (1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

Sumber : Mstar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Untuk Komen Dan Share Banyak² Ya.. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *