Semasa

Sayu.. empat sekeluarga mavt dalam kemaIangan Iibatkan tujuh kenderaan. Takziah diucapkan buat keIuarga

IPOH – Empat maut dalam kemalangan membabitkan tujuh buah kenderaan termasuk sebuah treler di Kilometer 277.1, Lebuh Raya Utara-Selatan arah selatan, di sini hari ini.

RAKAMAN SUASANA PILU AHLI KELUARGA MANGSA ADA DI BAWAH SEKALI

   

Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, panggilan kecemasan diterima pada pukul 3.02 petang dengan sepasukan pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Meru Raya dikejarkan ke lokasi kejadian.

  

Katanya, setibanya di lokasi, bomba mendapati berlaku kemalangan membabitkan enam kereta dan sebuah treler dengan empat mangsa tersepit di dalam kenderaan.

“Mangsa yang tersepit seorang lelaki dan tiga wanita. Anggota bomba segera menjalankan operasi mengeluarkan mangsa menggunakan peralatan menyelamat.

   

Kesemua mangsa disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan di lokasi kejadian. Mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

IDENTITI MANGSA DIKENALPASTI

         

Menurutnya, keluarga berkenaan bertolak awal pada sebelah pagi dan kali terakhir dapat dihubungi sekitar jam 12 tengah hari ketika mereka berada berhampiran Alor Pongsu.

“Sekitar jam 4.30 petang saya cuba untuk hubungi ibu saudara saya untuk bertanyakan sudah sampai di mana, namun talian tidak bersambung.

   

“Saya cuba telefon ke nombor tiga yang lain, tetapi tiada satu pun yang berjaya membuatkan hati saya tak tenang.

“Sampailah saya dapat panggilan daripada seorang lagi makcik maklumkan kejadian itu,” katanya yang juga dalam perjalanan pulang dari Sungai Petani ke Bangi.

Beliau yang ditemui di Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh berkata, kali terakhir dia bertemu keluarga berkenaan pada Isnin lepas ketika perayaan Aidiladha.

Katanya, ketika itu ibu saudaranya kelihatan gembira kerana mendapat tahu anaknya telah mendapat kerja.

“Kami baru jumpa, mereka nampak gembira bersama, tak sangka kejadian ini mengorbankan keempat-empat mereka sekali,” katanya.

Dalam pada itu, suasana di Jabatan Forensik HRPB di sini di selubungi pilu dengan tangisan ahli keluarga apabila seorang lagi anak mangsa hadir bagi proses pengecaman dan tuntutan jenazah.

Semua jenazah dimaklumkan akan dikebumikan di Permatang Pasir, Permatang Pauh, Pulau Pinang sebaik selesai bedah siasat.

Kejadian di Kilometer 277.1 Lebuhraya Utara Selatan arah selatan dekat Ipoh itu membabitkan enam kereta dan sebuah treler.

Akibat nahas itu, empat mangsa dilaporkan tersepit sebelum berjaya dikeluarkan anggota bomba dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Sumber : HM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *