Semasa

PM Umum Berita Baik Kepada Mereka Yang Sudah Lengkap Dua D0s Vaksln

Tan Sri Muhyiddin Yassin memberi bayangan individu yang lengkap dua d0s v.aksln C0vld akan mendapat keistimewaan melalui beberapa kelonggaran tertentu yang boleh diberikan kepada mereka.

Perdana Menteri berkata, beliau meminta jawatankuasa pengurusan C0vld  untuk menilai semula mereka yang lengkap div.akslnasi itu diberi kelonggaran-kelonggaran sama ada dari segi perjalanan, pergi ke kedai atau makan di restoran.

Beliau berkata, ini merupakan petanda supaya menunjukkan bahawa sementara kerajaan menguruskan C0vld, maka kehidupan rakyat sedikit demi sedikit akan kembali semula seperti di masa lalu.

“Ini merupakan inisiatif kedepan dan tempoh jangka masa ikut Pelan PemuIihan Negara (PPN) itu, hanya sehingga akhir tahun.

“Jadi bersabarlah, jangan kata k.erajaan tak bagi tumpuan. Jangan sekali-kali percaya dengan kempen k.erajaan gagaI, (minta maaf saya tidak bercakap p.0litik di sini) tapi yakin dengan kerjasama kita, pimpinan dalam kerajaan serta rakyat dan NGO (pertubuhan bukan kerajaan) kita boleh menang menghadapi pep.er4ngan ini,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas membuat tinjauan ke pusat penyimpanan dan agihan Bakul P.rihatin Negara di Kompleks Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) di Putrajaya.

Muhyiddin berkata, program tersebut merupakan salah satu usaha yang akan diteruskan di samping langkah-langkah lain yang telah dilaksanakan untuk menguruskan m.asalah C0vld

Beliau berkata, usaha itu menunjukkan ada sedikit cahaya di hujung terowong kerana v.akslnasi dengan angka terkini mencapai lebih 421,000 dos sehari dan jumlah pemberian itu akan terus bertahan dalam angka itu.

“Selain itu fokus kita adalah di kawasan Greater Klang Valley iaitu di Selangor, Kuala Lumpur, Pahang, bahagian selatan Perak dan utara Negeri Sembilan yang kita lihat k.es masih tinggi.

“Saya percaya langkah-langkah tumpuan khusus di kawasan ini, maka k.es C0vld dapat diurus baik,” katanya.

Perdana Menteri pada masa sama yakin pr0ses v.akslnasi berjalan agak baik dan mengikut jadual dan berharap dalam tempoh beberapa hari atau bulan akan datang, pembekalan v.aksln akan meningkat dan bertambah.

Katanya, jadual yang diunjurkan dalam pelan PPN iaitu sebelum akhir tahun, sebahagian besar rakyat sudah mendapat s.untlkan.

Sumber : Utusan

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *