Semasa

Pertahankan keIab crackhouse dari di tutup, “Kalau rasa tak perlu follow saya lagi silakan..”-Afdlin shauki

Pelakon dan pelawak, Datuk Afdlin Shauki terus menerima kecaman netizen selepas tidak bersetuju dengan penutupan sementara Crackhouse Comedy Club yang mencetuskan kontroversi, baru-baru ini.

Berikutan itu, Afdlin tampil dengan satu lagi kenyataan di laman Facebook menegaskan bahawa dia bukan menyokong si penghina Islam sebaliknya menyifatkan penutupan premis itu membabitkan periuk nasi orang ramai.

Menurut pelawak berusia 51 tahun itu, dia pernah membuka restoran Comedy Planet suatu ketika dulu yang menjadi platform untuk para pelajarnya membuat persembahan sambil menjana pendapatan.

“Kenapa saya berkata saya menentang penutupan adalah kerana isu periuk nasi orang yang mencari rezeki dengan membuat komedi. Semua orang ada kelebihan mereka yang di beri untuk mencari nafkah.
So isu dia kita kena dakwa pesalah tu! Tapi bayangkan seorang datang ke tempat kerja awak dan tiba-tiba mendajal korang semua sampai tempat kerja semua kena tutup. Apa perasaan anda? Penghinaan kepada agama kita memang tak boleh terima!
“Apa minah tu buat memang haram jad*h. Jadi kawalan yang lebih baik harus dilakukan di mana-mana tempat persembahan. SOP memang sudah ada tapi kalau orang tak ikut kita kena ambik tindakan segera.
“Open mike kami lakukan dan di buka untuk orang yg nak mencuba dan di restoran saya tak pernah kami alami apa-apa penghinaan kepada agama pasal SOP yang kami beri pada pelawak,” tulisnya.

Afdlin berkata, dia terkesan dengan tindakan individu yang menghina agama apatah lagi dirinya aktif melakukan kerja-kerja amal di jalan-Nya.
“Tak kisahlah korang nak cakap apa pasal saya, tapi untuk mengelakkan fitnah, biar saya beri sedikit lagi penerangan.
“Aku seorang beragama islam yang sangat terkesan dan sekeras-kerasnya melaknat apa yang dibuat oleh mana-mana orang yang menghina islam. Di dunia memang patut di saman dan dipenjarakan , tapi di akhirat dia sendiri mesti mahu ingat.
“Orang yang mengenali saya mengetahui komitmen saya kepada agama islam, kerja-kerja NGP di Palestin, Syria dan usaha saya untuk sentiasa memberi manafaat kepada orang di sekeliling saya.
“Yang tak mengenali saya, akan cakap apa saja yang diorang suka. Saya maafkan,” katanya.

Tambah pelakon filem Baik Punya Cilok itu, dia meminta orang ramai memahami apa ingin disampaikan sebelum ingin mengecam selain hanya memberi pendapat ikhlas daripada hatinya.

“So takpe, cakaplah awak nak cakap pasal saya. Tapi periksa dulu apa yang saya maksudkan. Tak pernah sekalipun saya cakap yang saya menyokong penghina islam itu!
“Sekarang ni saya menyalahkan beliau kerana menghina agama islam! Dan menabur pasir di atas periuk nasik pengkarya yang cuba mencari sesuap nasi.
Ingat tak masa pandemik di mana anak-anak seni dan ramai rakyat malaysia tak boleh cari makan? Anak seni masih susah lagi dan inilah tempat mereka bagi anak bini makan!
“Kalau awak rasa tak perlu follow saya lagi silakan. Saya cuma bercakap dari hati dan bercakap benar. Saya selalu praktikkan Jangan komen bila marah. Fikir dulu kemudian baru komen. Itu maksud saya dengan tenang-tenang aja di pos sebelum ni,” ujarnya.


Terdahulu, tular satu video memaparkan seorang wanita berpakaian sopan sambil memperkenalkan diri sebelum tiba-tiba dia menanggalkan baju kurung serta tudungnya dalam satu acara komedi di sebuah kelab di Taman Tun Dr Ismail (TTDI), Kuala Lumpur.

Sumber: Facebook Afdlin Shauki

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Untuk Komen Dan Share Banyak² Ya.. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *