Semasa

“Nak Dia Mkn, Takvt Kurang Zat, Tapi..”- Baru Je Terima Hukvman, Akhirnya Amira Dedah Punca Dia Derra Adik Alia

Pasangan suami isteri mengaku bersalah atas pertuduhan menganiaya sehingga menyebabkannya kecederaan fizikal kepada seorang kanak-kanak perempuan berusia 4 tahun yang juga anak angkatnya dengan menggunakan penyangkut baju dan batang penyapu.

Pengasas kosmetik, Amira Hamzah, 28, dan suaminya Muhammad Fitri Jasmani Josmani, 30, seorang pemandu lori yang juga warganegara Singapura masing-masing telah didenda RM20,000 di  Mahkamah Sesyen Bandar Baru Bangi.

Tak ada niat pukul Alia

Menurut laporan dari Berita Harian, pasangan tersebut memaklumkan yang mereka tidak mempunyai niat memperlakukan anak angkat mereka sebegitu rupa kerana hanya inginkan kanak-kanak tersebut makan makanan berzat memandangkan mangsa tidak mahu menjamah nasi.

Semasa prosiding kes itu juga, mereka telah meminta maaf diatas keterlanjuran yang dilakukan sehingga mendatangkan kecederaan kepada kanak-kanak terbabit.

“Kami minta maaf, tiada niat untuk mendera, kami cuma pukul sebab nak pastikan dia makan, kami takut dia mengalami masalah kurang zat makanan,” kata Amira.

Walau bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya, Hakim Amir Abdul Hamid memohon agar mahkamah menjatuhi hukuman denda dan penjara yang maksimum sebagai pengajaran kepada kedua-dua tertuduh.

Tambahnya, tertuduh sebagai penjaga didapati melakukan perbuatan  zalim itu sehingga mengakibatkan kecederaan di bahagian badan, tangan dan kaki mangsa sejak April hingga Julai.

“Kanak-kanak itu masih kecil tapi mereka menggunakan alasan memukul hanya kerana isu remeh iaitu enggan makan nasi.

“Saya percaya kejadian itu akan menyebabkan mangsa mengalami trauma seumur hidupnya,” katanya.

Selain itu, Muhammad Fitri  juga telah didenda RM10,000 atau penjara enam bulan oleh mahkamah sama selepas didapati tinggal lebih tempoh yang dibenarkan di Malaysia pada  22 Julai lalu jam 2.30 pagi.

Terdahulu, video seorang wanita memukul anak angkatnya dengan batang penyapu dan penyangkut baju telah tular di media sosial dipercayai kerana kanak-kanak tersebut enggan makan nasi.

Difahamkan juga, kanak-kanak dikenali sebagai Alia itu tidak mempunyai dokumen pengenalan diri dan ibunya merupakan seorang warganegara Indonesia.

Sumber: omm

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Untuk Komen Dan Share Banyak² Ya.. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *