Semasa

Mengakhiri Gelaran ‘PM Tepi’, Nama DS Anwar Akhirnya Jadi Sebutan Setelah Dapat Sokongan Majoriti

Perbincangan mengenai Perdana Menteri Kesembilan hangat menjadi tumpuan seluruh rakyat Malaysia selepas Tan Sri Muhyiddin Yassin meletakkan jawatannya semalam.

Beberapa parti politik dijangka mengadakan mesyuarat masing-masing untuk membincangkan langkah lanjut masing-masing.

Ia selepas pemimpin mereka menghadap Yang di-Pertuan Agong awal petang tadi.

Seorang sumber memberitahu Malaysiakini, Umno kesemua 38 ahli parlimen Umno akan bertemu di ibu pejabat parti terbabit di tengah Kuala Lumpur pada jam 8.30 malam ini.

“Semua 38 ahli parlimen Umno akan bertemu malam ini,” kata sumber itu.

Sementara itu, sumber DAP juga berkata setiausaha agung parti itu, Lim Guan Eng akan memberikan taklimat secara dalam talian bersama semua ahli parlimen mereka malam ini.

“Kami akan mengadakan mesyuarat dalam talian pada jam 8.30 malam,” kata salah seorang ahli parlimen DAP melalui sistem pesanan ringkas (SMS).

Di pihak Amanah pula timbalan presiden parti itu, Salahuddin Ayub, memberitahu presiden mereka, Mohamad Sabu, akan memberi taklimatnya kepada 10 ahli parlimen yang lain.

“Kami akan mengadakan mesyuarat dalam setengah jam lagi,” kata ahli parlimen Pulai itu ketika dihubungi Malaysiakini awal malam ini.

Ketika berita ini disiapkan, PKR masih belum memutuskan untuk mengadakan pertemuan, kata pengarah komunikasinya, Fahmi Fadzil.

Terdahulu, Al-Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah berkenan menerima menghadap pemimpin parti politik di Istana Negara.

Ia susulan peletakan jawatan Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri semalam.

Muhyiddin – yang kini menjadi perdana menteri sementara – berbuat demikian selepas kehilangan sokongan majoriti ahli parlimen apabila hanya 100 orang yang berada di belakangnya.

Sejurus selepas pertemuan di antara Agong dan pemimpin parti, Presiden PKR Anwar Ibrahim berkata baginda bertitah supaya semua ahli politik untuk bersatu menentang Cvd-19 dan menempa “politik baru”.

Anwar berkata, semua yang hadir juga mempunyai persetujuan untuk menghentikan “politik lama”.

Nama DSAI Paling Teratas

Banyak desas-desus mengatakan ketua parti pembangkang, Dato’ Seri Anwar Ibrahim (DSAI) bakal mengambil alih tampuk kekuasaan itu.

Ianya setelah mendapat angka sokongan yang mencukupi daripada beberapa ahli parlimen yang lain.

Menurut sumber terdekat Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu, sokongan adalah peribadi dan dikemukakan dalam bentuk warkah untuk diserahkan kepada Istana Negara.

Antara ahli parlimen yang turut memberikan majoriti kepada Dato’ Seri Anwar adalah ahli parlimen daripada Perikatan Nasional (PN).

sokongan yang diberikan

Walau bagaimanapun menurut sumber tersebut, sokongan yang diberikan bukanlah berbentuk perjanjian kepercayaan seperti yang digembar-gemburkan.

Tapi hanyalah majoriti untuk membentuk sebuah kerajaan baharu.

Anwar dikatakan telah menerima sebanyak 105 sokongan dari kalangan ahli parlimen.

Dan hanya memerlukan kira-kira 6 lagi sokongan ahli parlimen daripada blok kerajaan untuk mendapatkan sokongan secara majoiriti.

Jangan Ulang Kesilapan Lepas – Sabri Yunus

Andainya Pakatan Harapan (PH) mendapat peluang menjadi kerajaan semula, ada pesanan yang disampaikan pelakon, pelawak dan pengarah terkenal tanah air untuk gabungan tersebut.

Menurut Sabri Yunus, jika ditakdirkan PH memerintah Malaysia, gabungan itu mesti belajar daripada kesilapan lalu dan menjadi perikatan polik dengan wajah yang baru.

PH dulu, katanya, melakukan begitu banyak kesilapan dan kegalalan.

Paling parah, katanya, PH gagal menguruskan isu hubungan di antara kaum dan ia kemudian melarat kepada kemelut lain termasuk membabitkan aspek keagamaan.

“Tak hormat bahasa dan budaya, ekonomi juga gagal, rasuah tak selesai,” katanya dalam hantaran di media sosial petang tadi.

Sabri berkata berbekalkan pengalaman selama 22 bulan menjadi kerajaan, PH sepatutnya tahu apa yang perlu mereka lakukan jika terpilih menjadi kerajaan semula.

Dengan itu katanya PH boleh hadir dengan jiwa baru.

“Pengalaman gagal dah ada. Mesti dah tahu gagal di mana, apa yang gagal, maka tidak patut ulangi gagal yang sama.

“Ini harapan ambo, rakyat kecil yang menagihkan keharmonian dan keselesaan,” katanya.

PAS Salahkan Umno

Beberapa pimpinan ulama PAS semakin giat menggambarkan betapa mereka marah kepada sesetengah pemimpin Umno yang dianggap menjadi punca kejatuhan kerajaan Perikatan Nasional (PN) dan kemelut politik sekarang.

Mereka juga secara berlapik dan tersirat menyarankan agar orang ramai tidak mengundi pemimpin terbabit dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Malah ada antara mereka – bersumpah atas nama Tuhan – mendakwa memang tidak mempercayai pemimpin Umno terbabit sejak awal lagi selepas berasa ragu dengan “senyuman sinis” individu terbabit.

Anggota Jawatankuasa Dewan Ulama PAS Pusat, Mokhtar Senik, berkata sebelum ini dia sudah memberi peringatan kepada kawan-kawannya agar berwaspada dengan individu tersebut.

Tanpa menamakan siapa tokoh berkenaan, Mokhtar berkata, langkah, fikrah, kata-kata dan karakter individu terbabit sudah lama menggambarkan dia akan mengkhianati kerajaan PN.

Namun katanya ada antara mereka tidak percaya, tidak senang bahkan mereka menyindir serta menyingkirkan dia dari kumpulan WhatsApp.

Tidak terkilan dengan layanan yang diterimanya, Mokhtar bagaimanapun berkata, telahannya menunjukkan dia benar apabila pemimpin berkenaan “khiianat” kepada PN.

Mokhtar turut melampirkan tulisan di Facebook itu dengan komen didakwanya dibuat mengenai individu tersebut pada Jun lalu.

Sudah ada rasa hati

Dalam hantaran itu Mohktar berkata, dia menyaksikan sendiri Presiden PAS Abdul Hadi Awang dipeluk oleh individu berkenaan dan dia menyaksikan wajah pemimpin Umno terbabit.

“Wallahi saat itu hati saya tidak percaya dengan kamu. Saat teman-teman saya memuji-muji kamu, saya kawal lidah agar tidak memuji sama.

Maaf, hati saya tetap ragu dengan lirik wajah senyum sinismu.

“Teman-teman saya bertanya kenapa saya tidak dapat menerima kamu? Saya jawab jauh di lubuk hati, saya tidak percayakan kamu.

Saya tidak bertuhankan rasa hati. Tapi saya berjaga-jaga dengan rasa hati saya.

“Alhamdulillah, suara hati saya benar. Kamu khianati tok guru kami. Kamu khianati pengikut-pengikut kecuali orang yang sekluster dengan kamu,” katanya.

Mengakhiri Gelaran 'PM Tepi', Nama DS Anwar Akhirnya Jadi Sebutan Setelah Dapat Sokongan Majoriti

Walaupun tidak menyebut nama sesiapa, dipercayai Mokhtar merujuk kepada Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi, yang kini mengetuai gerakan menarik sokongan ahli parlimen Umno daripada Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin.

Sebagai rekod Ahmad Zahid sebelum ini menjadi teraju utama yang menggabungkan Umno dan PAS melalui Muafakat Nasional (MN).

Sementara itu seorang lagi anggota Jawatankuasa Dewan Ulama PAS Pusat, Ahmad Dusuki Abdul Rani, pula bersuara mengenai perlunya mandat daripada rakyat.

Katanya pelantikan perdana menteri baru selepas ini akan terus jadi pertikaian tanpa mandat tersebut.

PRU ke-15 medan terbaik

Justeru katanya kemelut berkenaan perlu dipulihkan dengan adanya mandat berkenaan untuk mana-mana pihak menjadi kerajaan.

“Krisis berlanjutan ini disebabkan 15 orang ahli parlimen Umno yang menarik sokongan kepada kerajaan PN sebelum ini,” katanya juga di media sosial.

Dia turut menyalahkan pembangkang yang didakwanya kemaruk kuasa selepas ia terlepas daripada mereka selepas 22 bulan menjadi kerajaan.

“Sesiapa pun yang dilantik selepas ini untuk menjadi perdana sebelum pilihan raya umum terjadi, akan berhadapan kebuntuan dan keabsahannya akan dipertikai.

Ini kerana keegoan dan kesombongan kegilaan kuasa ini berterusan. Kecuali Allah menyatukan hati sesama kepimpinan kembali,” katanya.

Justeru kata Ahmad Dusuku PRU ke-15 diperlukan untuk menamatkan kemelut perebutan kuasa yang berlaku sekarang.

“Rakyat! Jangan undi mereka, dan jangan pilih mereka! Ingat tu,” katanya.

Pesuruhjaya PAS Perak Razman Zakaria pula memberi gambaran betapa ramai lagi mereka yang bersih daripada pertuduhan mahkamah boleh diangkat sebagai pemimpin.

“Ke mana mereka nak bawa kita? Pertimbangan agama, bangsa, negara, rakyat, atau kedudukan parti dan diri mereka?” tanya exco Perak itu.

Menurut Razman, ketika ini masih ramai rakyat yang ikhlas, bersih dari pertuduhan dan cerdik pandai untuk diangkat.

“PRU ke-15 medan terbaik untuk kita semua,” katanya.

Sumber : mKini, Khairil Anwar Mohd Amin/Sinar Harian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *