Semasa

KesaI Mat Kilau Papar Askar Sikh Cederakan Orang Tua Dan Kanak-Kanak, Persatuan Sikh Malaysia Tampil Menyuarakan Kebimbangan

United Sikh Malaysia menyuarakan kebimbangan terhadap bahagian fiksyen yang dipaparkan dalam filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan yang menurut mereka boleh menimbulkan salah faham agama dan kaum.

RAKAMAN ADA DI BAWAH SEKALI

Pertubuhan itu berkata, pihaknya kecewa apabila Mat Kilau menggambarkan kaum dan agama lain seperti Sikh sebagai penjahat.

“United Sikh Malaysia menggesa industri filem Malaysia tidak menghasilkan filem yang memberi kesan pada sentimen agama dan kaum dan berpotensi menimbulkan salah faham agama dan kaum.

              

Filem Mat Kilau arahan Syamsul Yusof mula ditayang di layar perak pada 23 Jun lalu. Naskhah itu diilhamkan dari tokoh pejuang kemerdekaan, Mat Kilau yang menentang penjajah British di Pahang.

Karya itu menampilkan Beto Kusyairy, Fattah Amin, Yayan Ruhian, dan Johan As’ari sebagai pelakon pembantu.

Idea untuk filem itu mula diutarakan pada 2017 dengan penggambaran dijalankan pada 2018 dan selesai pada 2021.

Menjengah ke ruang komen laman facebook MalaysiaKini, rata-rata netizen tampil berkongsi pendapat berkenaan perkara tersebut.

“Itulah yg sebenarnya berlaku, real thing. Takkan askar Punjabi yg bertugas di bawah British kita tukar kpd bangsa Tionghua pulak.Langsung saya tak boleh brain bantahan ini.” – Syed

“Sejarah kalau diubah maka jalan ceritanya dusta.terimalah hakikat itu memang sejarahnya.kalau tengok filem perang oleh america Russia korea seperti itu juga filem nya tiada pun masalah” – Juni

“Tak perlu sensitive sangat lah… gambar Louis Koo , Rosyam Noor, jadi org jahat, takan Melayu nak marah? gambar Ipman, mat salleh , org Japan yg jahat, takan meraka nak marah pula? Penatlah” – Lucas

“Fakta sejarah.. dah mmg semasa zaman penjajahan British ..India Sikh la yg jadi askar upahan… xkan nak ubah kata Sikh la yg mempertahankan tanah melayu pada ketika itu.. ker malu la tu dpt tahu dulu2 nenek moyang korg khadam British ..haishhhhh” – Toni

“dah mmg fakta sejarah org sikh dulu bkhidmat untuk kerajaan british .jdi buat ape nak pertikaikan..kalau tak camne korg blh wujud kat tanah melayu kan?? lgipun peristiwa dah lama berlaku ..dah jadi malaysia ..” – Fieda

Sumber Facebook MalaysiaKini

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Untuk Komen Dan Share Banyak² Ya.. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *