Semasa

‘Kawasan ni aku pegang tau’ – leIaki acah abang l0ng kwsn akhirnya menerima padah, punca berebut kawasan didedahkan

BATU PAHAT – Tindakan seorang lelaki berlagak samseng memarahi seorang peniaga wanita yang berlaku di sekitar Batu Pahat sebelum video insiden itu tular sejak semalam rupanya kerana berebut kawasan berniaga.

RAKAMAN VIDEO TERBARU ADA DI BAWAH SEKALI

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah berkata, hasil siasatan ke atas video berdurasi dua minit tujuh saat yang tular itu mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah restoran di Parit Raja di sini.

    Menurutnya, ketika kejadian, pengadu yang juga seorang wanita bersama anaknya menunggang motosikal menjual buah potong dari satu kedai ke satu kedai lain pada waktu malam.

“Pengadu sebelum ini menjalankan perniagaan yang sama di sekitar kawasan Tongkang Pecah sejak 10 tahun lalu bersama tiga orang anaknya berusia antara 12 hingga 17 tahun.

      

Ismail berkata, susulan kejadian pada pujul 11.45 malam, 25 Julai lalu, pengadu iaitu wanita berusia 40 tahun tampil membuat laporan polis di Balai Polis Parit Raja.

Tegasnya, lelaki yang berusia 37 tahun itu bagaimana pun berjaya ditahan dan disoal siasat, hasil siasatan mendapati suspek juga adalah seorang peniaga buah potong dan minuman.

“Suspek mengakui memarahi pengadu kerana tidak mahu pengadu menjaja di kawasan Parit Raja kerana boleh menjejaskan perniagaannya,”katanya.

Antara Reaksi Netizen:

            

“Arwah atok aku dulu pernah pesan dekat aku waktu aku tengah membesar..masa tu aku jalan kaki dgn dia pergi masjid nak solat jumaat..dia pesan kita jangan pernah tunjuk hebat kita kat orang..kalau tunjuk orang tau itu kelemahan kita..simpan je diam2 dalam diri..bila perlu baru keluarkan..biar kita menunduk..jangan mendongak angkuh..Al-Fatihah untuk arwah atok” – Asrul Zainal

“Kira kawasan tu, geng dia dah amil permit borong la dari pihak PBT ya.. atau macam Klate, swastakan hak kutipan bayaran parking..?” – Badaruddin

“Apa la nk jadi.. mcm mana mau maju.. sama2 cr rezki ats muka bumi ni sume Allah punya… Apa la bang.. abg punya rezki abg mkn.. kakak tu punya rezki dia mkn.. apa xboleh ke mkn sama2… Dunia dunia.. dunia hanya pinjaman bertolak ansur la…” – Liza Anne

“Tindakan tegas perlu di ambil…jangan bagi muka…nak buat gedebe tempat ore…ingat ini maxico atau Amerika selatan geng mafia kawal daerah….” – Mohd Nor Ismail

Tonton Video :

Sumber Kosmo

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Untuk Komen Dan Share Banyak² Ya.. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *