Dunia

Gadis perjelas gambar didakwa jadi spy keluarga atas bumbung rumah masa raya

SESI bergambar menjadi elemen penting setiap kali kita meraikan Hari Raya Aidilfitri.

Namun, gadis Bugis ini tampil berbeza apabila dia membuat sesi photoshoot di atas bumbung kediaman keluarganya di Labuan.

“Bila famili kau buat open house dan kau dilantik jadi spy tengok-tengok kalau polis ada buat ambush,” tulis kapsyen pada gambar itu di Facebook.

Menurut gadis yang mahu dikenali sebagai Selvia itu, foto tular berkenaan sebenarnya dirakam pada Aidilfitri tahun lalu dan ia tidaklah sebagaimana yang disangka oleh netizen.

Jelasnya, ia sekali lagi tular pada tahun ini dengan pelbagai kapsyen dan andaian dalam kalangan netizen.

“Ia sebenarnya gambar masa raya tahun lepas. Saya dah kongsi di Facebook masa raya tahun 2020 tapi kali ni orang viralkan balik.

“Terkejut juga tengok gambar tu viral. Kebanyakan komen terhibur dengan gambar itu. Ada juga sikit-sikit yang kecam.

Selvia tak sangka gambarnya tular sekali lagi tahun ini.

“Kapsyen jadi spy rumah terbuka tu ada individu di Facebook yang buat. Bukan saya. Itu sebenarnya kami suka-suka OOTD di rumah saja.

“Masa tu saya bergambar dengan adik,” ujarnya ketika dihubungi mStar.

Labuan dalam PKPP sekarang, kami dibenarkan ziarah, tapi kami pergi rumah-rumah keluarga terdekat saja.
SELVIA
Menurut penuntut Universiti Malaysia Sabah (UMS) itu, raya kali ini tetap diraikan meriah biarpun situasinya sama sahaja seperti tahun lalu memandangkan pandemik Covid-19 masih belum berakhir.

Biarpun penduduk di sana berada dalam penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), dia sekeluarga tetap beringat dan mematuhi prosedur operasi standard (SOP).

13 adik-beradik Selvia bersama ipar-duai dan anak sauara meraikan Aidilfitri di kediaman keluarga di Labuan.

“Labuan dalam PKPP sekarang, kami dibenarkan ziarah, tapi kami pergi rumah-rumah keluarga terdekat saja.

“Di rumah kami sendiri pun, kami hadkan sesiapa yang nak datang. Raya tetap meriah walaupun pandemik masih ada.

“Kami 13 beradik cuba wujudkan suasana meriah. Makan-makan di rumah, buat doa selamat dengan keluarga,” ujarnya yang juga pelajar bidang Pemasaran Perniagaan.

Kata Selvia, dia berharap Covid-19 berakhir segera agar Aidilfitri boleh diraikan dengan lebih meriah pada tahun hadapan.

Di Instagram mStar, foto Selvia turut tular sehingga meraih lebih 25,000 tanda suka (likes).

Anjur rumah terbuka Aidilfitri, lelaki dikompaun RM2,000

Dalam perkembangan lain SEORANG lelaki dikenakan kompaun RM2,000 kerana menganjurkan rumah terbuka sempena Hari Raya di Tanjung Malim, Perak.

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, pihaknya menerima aduan mengenai aktiviti kunjung mengunjung di rumah berkenaan, dan menyiasat perkara tersebut pada Jumaat.

“Apabila kita sampai kira-kira pukul 5.45 petang, tetamu telah tiada.

“Tuan rumah berusia 31 tahun bagaimanapun mengaku menganjurkan rumah terbuka untuk rakan-rakannya,” katanya selepas membuat tinjauan di sekatan jalan raya (SJR) di Plaza Tol Jelapang di Ipoh, Sabtu.

“Kita mengeluarkan k0mpaun RM2,000 kepada lelaki itu,” tambah beliau.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata, pihaknya turut mengesan pasangan yang menyalahgunakan permohonan merentas negeri untuk balik kampung.

“Seorang lelaki membuat permohonan rentas negeri untuk balik jumpa isteri tetapi pada pemeriksaan SJR, sebenarnya isterinya turut berada dalam kenderaan.

“Lelaki berkenaan dikenakan kompaun dan diarahkan untuk berpatah balik,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *