Semasa

“Didakwa miIiki kekayaan cecah RM22 Juta tapi sentiasa rendah diri, Adi Putra minta jangan geIar dia jutawan

Sentiasa Rendah Diri “Didakwa Milik Kekayaan Cecah RM22 Juta,Tapi Adi Putra Minta Jangan Digelar Dia Jutawan” Adi Putra minta jangan gelar dia jutawan

Baru-baru tular sebuah portal tempatan yang mendedahkan pelakon berbakat besar, Datuk Adi Putra memiliki nilai kekayaan sebanyak AS$5 juta iaitu RM21.9 juta.

Nilai tak penting kerana ia sementara

Diminta mengulas lanjut mengenai dakwaan tersebut, Adi atau nama sebenarnya Mohamed Hadi Putera Halim memberitahu nilai tersebut adalah tidak penting. Ini kerana ia hanyalah pinjaman dari Yang Maha Esa.

“Saya hanya meminjam daripada Allah,” katanya ketika ditemui di sidang media pelancaran filem Air Force The Movie: Selagi Bernyawa.

Apa yang penting adalah hala tuju sebagai hamba Allah

Menurut pelakon kelahiran Singapura ini, dia mengatakan hala tuju dirinya sebagai hamba Allah adalah lebih penting jika hendak dibandingkan dengan nilai kekayaan.

“Angka itu diberikan orang dan boleh jadi lebih dan boleh jadi kurang.

“Namun, ia hanya angka dan apa yang lebih penting adalah hala tuju kita sebagai manusia dan hamba-Nya.”terangnya.

Adi tak suka digelar jutawan

Selain itu, aktor drama popular, Cinta Si Wedding Planner itu meminta orang ramai tidak menggelarkan dirinya sebagai seorang jutawan. Katanya, dia lebih selesa bergerak di belakang tabir.

“Kalau boleh janganlah gelar saya jutawan. Saya lebih selesa bergerak di belakang tabir.

“Saya rasa semua dapat melihat sendiri di media sosial saya.”katanya lagi.

Untuk rekod, Adi menubuhkan syarikat agensi pengurusan umrah dan haji bermula tahun 2013 dan masih beroperasi sehingga ke hari ini dengan membawa jemaah umrah dan haji.

Sumber : Harian Metro via OMM

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Untuk Komen Dan Share Banyak² Ya.. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *