Semasa

Bengang Persenda Agama, “KaIau Itu Anak Aku, Memang Aku R4jam Dah” Ogy Ahmad

Bengang Persenda Agama, “Kalau Itu Anak Aku, Memang Aku Rejam Dah” Ogy Ahmad

Isu wanita mempersendakan agama dalam jenaka lawak yang dibuatnya turut mendapat respon pelakon dan pengarah terkenal, Fauziah Ahmad Daud.

Pelakon yang lebih mesra disapa Ogy itu menyifatkan pelawak yang berjenaka dengan cara memainkan isu-isu sensitif merupakan pelawak yang tidak mempunyai kreativiti.

Orang yang memepersendakan agama dalam berjenaka ini maknanya dia tak kreatif. Betul, kreativiti tidak ada had tapi apa sahaja yang menyentuh isu sensitiviti awak jangan sesekali lakukannya. Ia mudah sahaja.

Beliau ketika ditemui Harian Metro turut menambah bahawa meskipun ada pihak yang senang dengan tindakan mempertahankan agama Islam, perkara itu tetap perlu diteruskan kerana sudah menjadi tanggungjawab seorang muslim untuk mempertahankan agama.

Bila perkara itu dah dipaparkan kepada kita, maka tanggungjawab kita untuk bersuara. Saya tak peduli kalau ada artis-artis lain yang nak pertahankan mereka. Itu masalah mereka.

Sebagai orang Islam saya mesti bersuara bila mereka berkata buruk pada agama saya. Saya tak boleh terima, saya sangat-sangat tak boleh terima itu. Saya akan pertahankan agama dan bangsa saya.

Dalam pada itu, Ogy turut memaklumkan bahawa apa yang dipersembahkan itu merupakan satu bentuk kebiadaban dan bukanlah sejenis lawak jenaka.

Itu bukan lagi jenaka dan dia memang biadap. Charlie Chaplin tak perlu pun biadap. Kalau nak hidupkan budaya barat awak pergilah ke negara sana. Setakat TTDI tak payahlah.

Kemudian, mereka mainkan kalam-kalam Allah seperti Insya-Allah. Apa itu? Itu saya memang tak boleh terima. Saya tak peduli orang nak cakap apa tentang saya. Ini adalah tanggungjawab saya sebagai orang Islam. Kita akan ditanya di sana nanti, apa kita cakap?

Kak Ogy dah mula bersuara tu, jangan main-main.

Kredit: Harian Metro

sumber: ohmedia

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Untuk Komen Dan Share Banyak² Ya.. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *