Viral

Beng4ng dengan Jiran Suka Buat Pagar Jadi Ampaian, Tegur Banyak Kali Pun Tak Diendahkan

Seorang wanita meluahkan rasa bengang dengan perangai jiran yang dengan selamba menjadikan pagar rumahnya sebagai ampaian. Perbuatan jirannya yang pentingkan diri meskipun sudah ditegur beberapa kali sangat lah keterlaluan dan tidak menghormati sesama jiran.

Wanita Bengang Jiran Suka Buat Pagar Jadi Ampaian, Tegur Banyak Kali Pun Tak Diendahkan - sajagempak.com

Berlaku di Indonesia, wanita ini berkongsikan luahan rasa tidak puas hatinya dalam video berdurasi 31 saat yang jirannya menggantung selimut tebal dan tikar sehingga sukar untuk dia keluar masuk rumah.

VIDEO 1:

Apa yang buat dia geram adalah jirannya yang langsung tidak bertimbang rasa dan tidak mengendahkan tegurannya meskipun dia sudah beberapa kali menegurnya dengan cara baik.Wanita Bengang Jiran Suka Buat Pagar Jadi Ampaian, Tegur Banyak Kali Pun Tak Diendahkan - sajagempak.com

Di hantaran lain, dia turut menunjukkan jiran dengan ‘selamba’ menggantung tuala kecil dan kain buruk tanpa rasa bersalah. Macam ni pun ada?

VIDEO 2:

Sementara itu di ruangan k0men, rata-rata netizen berang dengan sikap keterlaluan jirannya itu. Mereka juga buntu bagaimana untuk menyelesaikan masalah jika teguran tidak dihiraukan. Namun ada juga yang mendakwa selimut-selimut itu sebenarnya kepunyaan wanita ini yang sengaja nak buat content TkTok.

Apa-apapun, dimana pun kita berada, sentiasalah hormati jiran dan orang-orang di sekeliling kita. Hidup berjiran memerlukan persefahaman dan sikap toleransi dan bertolak ansur, nescaya kita akan lebih selesa dan lebih tenteram jika mmepunyai jiran-jiran yang prihatin dan menghormati satu sama lain.

Sumber : tikt0k

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *