Semasa

Arwah Suami Dihinaa Netizen, Isteri Mngsa KemaIangan ‘Reempit’ Luah Sesuatu yg Mengejutkan

GEORGE TOWN – Empat penunggang motosikal dilaporkan maut dalam kejadian kemalangan di Lebuh Raya Tun Dr. Lim Choong Eu menghala ke pusat bandar di sini pagi tadi.

RAKAMAN VIDEO ADA DI BAWAH SEKALI

Tiga mangsa dilaporkan meninggal dunia di tempat kejadian dipercayai akibat kecederaan parah pada badan dan kepala kira-kira pukul 5 pagi tadi.

Manakala seorang lagi meninggak ketika rawatan di hospital.

selamat dikebmi malam td
 selamat dikebmi malam td selamat dikebmi malam td selamat dikebmi malam td

Bagaimanapun, dua penunggang motosikal lagi dilaporkan mengalami kecederaan dan kini menerima rawatan di Hospital Pulau Pinang.

Selamat Dikebumikan

Jenazah rakan pasangan kembar yang terlibat dalam kemalangan melibatkan lebih lima motosikal di Lebuh Raya Tun Dr. Lim Choong Eu, menghala ke pusat bandar ini pagi tadi, Muhammad Eizreel Muhamad Roszadi, 25 selamat dikebumi malam tadi.

Bapa kepada dua cahaya mata iaitu Nur Qisya Eizreel, 8, dan Nur Diyana Mikayla, 4, dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Al-Huda di Sungai Ara kira-kira pukul 10 malam.

Pasangan kembar tersebut ialah Muhamad Shazwan Hakim, 22, juga maut maut di tempat kejadian dan Muhamad Shazwan Hafis, 22, mengalami cedera parah.

Dianggarkan lebih 150 rakan dan sanak-saudara hadir mengiringi jenazah Muhamad Eizreel yang juga anak sulung daripada dua beradik itu.

Isterinya, Norhanazielah Hanazi, 28, berkata, dia reda dengan pemergian suaminya meskipun dia kini dalam keadaan sarat mengandung sembilan bulan.

“Bertambah sedih apabila melihat anak-anak kecil menangis bila beritahu yang bapa mereka sudah tiada,” katanya ketika ditemui Kosmo! di sini.

Bapa kempunan lihat wajah anak ketiga

Penunggang motosikal yang maut dalam kemalangan di Lebuh Raya Tun Dr. Lim Choong Eu, Gelugor di sini semalam, tidak sempat menatap wajah anak ketiganya yang dijangka lahir pada ming­gu hadapan.

Arwah Suami Dihiina Netizen, Isteri Mngsa KemaIangan 'Rempiit' Luah Sesuatu yg Mengejutkan Arwah Suami Dihiina Netizen, Isteri Mngsa KemaIangan 'Rempiit' Luah Sesuatu yg Mengejutkan

Norhanazielah Hanazi, 28, berkata, dia tidak dapat menahan kesedihan dan masih terkejut dengan kejadian yang menimpa arwah suaminya, Muhamad Eizreel Muhamad Roszaidi, 25, pada pukul 4.30 pagi semalam.

Wanita itu pergi ke lokasi kejadian walaupun sarat me­ngandung untuk melihat sendiri keadaan suaminya selepas dimaklumkan kejadian tersebut oleh rakan-rakan.

“Lagi bertambah pilu apabila anak-anak berusia lapan dan empat tahun menangis apabila diberitahu bapa mereka mening­gal dunia.

“Saya pula sedang menghitung hari untuk bersalin anak ketiga kami yang dijadualkan pada 27 Julai ini.

Arwah yang paling tidak sabar menanti kehadiran cahaya mata ini dan segala kelengkapan sudah siap dibeli,” katanya ketika ditemui semalam.

Norhanazielah memberitahu, arwah suaminya menghantar pesanan WhatsApp pada pukul 2 pagi untuk bertanyakan tentang keadaannya dan anak-anak.

Cerita wanita itu, sejak ke­belakangan ini, arwah mahu sentiasa berdamping dengannya dan anak-anak di rumah.

“Dia sanggup tidak pergi kerja semata-mata mahu membawa kami berjalan-jalan dan makan,” katanya yang membe­ritahu suaminya bekerja sebagai runner.

Rakan kenalan mangsa memuat naik komen tentang mangsa :

Arwah Suami Dihiina Netizen, Isteri Mngsa KemaIangan 'Rempiit' Luah Sesuatu yg Mengejutkan Arwah Suami Dihiina Netizen, Isteri Mngsa KemaIangan 'Rempiit' Luah Sesuatu yg Mengejutkan Arwah Suami Dihiina Netizen, Isteri Mngsa KemaIangan 'Rempiit' Luah Sesuatu yg Mengejutkan

Selain Muhamad Eizreel, turut terkorban dua rakannya iaitu Muhamad Shazwan Hakim Mohd. Abdul Sani, 22, dan Ahmad Haikal Naif Ahmad Nazrul, 19.

Jenazah Muhamad Eizreel dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Al-Huda di Sungai Ara.

Sumber Kosmo

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Untuk Komen Dan Share Banyak² Ya.. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *