Hiburan

“Amanah Orang Kita Kena Jaga” Fara Fauzana Minta Orang Ramai D0akan Faizal Ismail

Bekas penyampai radio Hot FM, Faizal Ismail atau lebih dikenali sebagai FBI sudah lama menyepi sejak melanjutkan pelajaran di luar negara. Kongsi bekas rakan penyampainya, Fara Fauzana berkata dia sering dihujani dengan pelbagai soalan mengenai keadaan semasa FBI.

“Minta Maaf, Amanah Orang Kena Jaga”

Menurut Fara Fauzana atau mesra dipanggil Fafau berkata dia hanya boleh menolak dan memohon maaf sahaja sekiranya ada pihak yang bertanyakan tentang FBI. Kongsinya lagi, perkara tersebut berlaku disebabkan oleh amanah yang diberikan olehnya.

Foto – therealfafau (Instagram)

“Kepada yang bertanya how is Faizal Ismail tapi tiada jawapan dari saya.. Saya minta maaf. Amanah orang kita kena jaga”, kongsinya di Instagram.

Tambah Fafau, bekas rakan penyampainya dan keluarga kini sudah berada di Malaysia setelah tamat pengajian di United Kingdom.

Minta Doakan Yang Terbaik Untuk FBI

Di story Instagram Fafau, dia meminta orang ramai yang mengenali FBI untuk bersama-sama mendoakan yang terbaik untuknya. Malah Fafau juga berharap agar dirinya dan orang lain menjadi lebih baik daripada sebelum ini.

“Kita doakan yang terbaik untuk Faizal Ismail dunia dan akhirat. Hang jangan lupa sebut nama cek dalam doa hang sekali tau..” kongsi Fafau.

Baru-baru ini, FBI dikhabarkan telah mengikuti jemaah tabligh selama tiga hari bagi mendalami agama Islam setelah mengalami kemurungan dan sukar untuk tidur dalam tempoh yang lama.


Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : murai

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *