Semasa

Akhirnya Kerajaan Bersetuju Tambahkan Jumlah BP R Sebanyak Rm500 Bemula Esok. Baca Cara Nak Mohon

Kerajaan bersetuju untuk memberi bayaran tambahan bagi BPR sehingga RM500 pada bulan Julai.

Menurut Perdana Menteri, bayarannya akan dibuat secara berperingkat mulai esok, 29 Jun.

Tambahnya lagi, BPR fasa tiga dengan kadar bantuan antara RM100 sehingga RM1,400 akan dibayar pada bulan September nanti.

Semakan Status Bayaran RM100, RM300 & RM500 Untuk Isi Rumah dan Bujang Akhir Jun Ini. Alhamdulillah.. moga dapat sedikit meringankan beban semua yang layak.

RM2.1 bilion diperuntuk bagi tambah kadar program Bantuan Prihatin Rakyat (BPR).

Bayaran akan dikreditkan ke akaun penerima pada hujung bulan Jun 2021 ini.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan bahawa golongan B40 akan menerima bantuan tunai sekali beri sebanyak RM500 sementara penerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) berpendapatan RM1,000 ke bawah akan menerima bayaran tambahan sebanyak RM500 mulai Jun ini.

Beliau juga memaklumkan bahawa bantuan melibatkan peruntukan RM1.2 bilion kepada 2.4 juta penerima itu adalah antara inisiatif di bawah Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (PEMERKASA) bagi membantu golongan kehilangan pendapatan.

Bantuan RM500 Untuk B40 & Penerima BPR

Berikut adalah maklumat lanjut tentang bantuan tersebut.

Penerima bantuan adalah mereka yang berumur antara 21 hingga 60 tahun.

Penerima juga tidak perlu membuat pendaftaran permohonan.

Bantuan akan dibayar ke akaun penerima selepas pengesahan kehilangan pendapatan dan semakan silang dibuat melalui sistem Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).

Individu berstatus bankrap juga akan diberi kelonggaran untuk membuka akaun bank secara dalam talian bagi memudahkan mereka menerima bantuan kerajaan melalui permohonan e-mel kepada Jabatan Insolvensi yang mentadbir kes mereka.

Sebarang bantuan tunai yang dikreditkan tidak akan mengalami sebarang potongan ansuran bulanan.

Kelayakan:

Bantuan RM500 one-off kepada golongan B40 yang hilang pendapatan

Bayaran tambahan RM500 kepada penerima BPR yang berpendapatan RM1,000 dan ke bawah

Tarikh Bayaran

Tarikh bayaran RM500 untuk B40 yang hilang punca pendapatan dan penerima BPR yang layak ini dijangka akan disalurkan mulai Akhir Jun 2021

Cara Permohonan

Kemaskini: Penerima yang layak boleh membuat semakan di Portal Rasmi BPR bpr.hasil.gov.my pada penghujung Jun 2021.

Sumber : Brnama

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *