Semasa

‘Abg takde adab dgn lsteri sy, sy takde adab dgn abg’ – Pakcik kena marah sebab tegur penampiIan lsteri orang

Gara-gara menegur penampilan seorang pengunjung wanita di Negeri Sembilan Festival 2022 (NSFEST 2022), seorang peniaga buku dimarahi di depan khalayak ramai.

RAKAMAN VIDEO TULAR ITU ADA DI BAWAH SEKALI

Berdasarkan video yang dimuat naik oleh wanita terbabit menunjukkan, suaminya memarahi peniaga itu yang didakwa tidak beradab dengan isterinya menyebabkan dia bengang.

“Jaga adab tu bang! Abang tak ada adab dengan isteri saya, saya tak ada adab dengan abang! Okey?! Ingat, dosa dia (isteri) saya tanggung!” tegasnya.

      

“First time nampak suami I marah orang macam ni. I terkejut dia terus pergi sound abang ni selepas i beritahu dia.

“Time ni I rasa bangga jap sebab nampak suami I gentleman sangat bila orang kacau bini dia. Love you sayang.

“Abang ni (peniaga) jual buku kot kat event ni. Bila I lalu sebelah, dia terus cakap ‘Tak malu ke pakai macam ni?’. I terus pandang dia dan jeling, beritahu suami sebab dia still duk pandang-pandang.

“Perempuan please hati-hati kalau lalu sebelum abang ni,” katanya.

Di ruangan komen, netizen memberi pelbagai reaksi negatif dan positif.

“Betul, dia suruh jaga adab. If you’re stranger, as Muslims, you should tegur in private or whispers to the husband. Itu cara yang sah,” kata Izara.

“Kalau aku, aku tak bangga pun kalau laki aku macam ni. Aku lagi malu sebab kita ada suami, patut suamilah yang tegur cara pakaian isteri, bukan orang lain,” kata Mellow Ais.

“Nak backup isteri dah betul, tapi itulah tak kena tempat. Last-last semua orang backup pakcik tu,” kata Tuan MD Zaki.

Melalui pemerhatian di ruangan komen, majoriti netizen menyokong tindakan peniaga berkenaan membuat teguran itu meskipun pahit untuk ditelan.

              

Tonton Video Penuh : SILA KLIK DI SINI

Sumber: TikTok Mia Khalidah

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Untuk Komen Dan Share Banyak² Ya.. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *