Keluarga

“Yang Rep0rt Ank aku Main kat Luar tu Memang Bab1” Berang Ank kena Tahan P0lis, si Ayh yg duduk di H0spital Sebab C0VlD Bertindak Luar Dugaan

(Gambar diatas adalah sekadar hiasan)

Individu yang dikenakan perintah kuarantin di rumah perlu mengasingkan diri daripada ahli keluarga mereka sehingga ujian swab kedua mengesahkan mereka negatif COVID-19.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, tindakan itu perlu dilakukan bagi mengelak mereka yang dikuarantin menjangkiti ahli keluarga lain.

“Mereka yang diarah menjalani kuarantin wajib di rumah sepatutnya berada dalam bilik di rumah dan tidak boleh berlegar-legar dalam rumah.

“Makanan juga perlu diletakkan di luar pintu, ketuk bilik mereka, ambil makanan dan selepas itu keluarkan makanan tersebut.

“Jadi itu sebenarnya maksud kuarantin di rumah bukan duduk di ruang tamu dengan ahli keluarga yang lain sebab walaupun disahkan negatif.

Tetapi pada hari ke-13 kuarantin, mereka akan diperiksa sekali lagi dan apabila negatif kali kedua barulah mereka akan dianggap bebas sepenuhnya daripada COVID-19,”

Beliau berkata dalam sidang media harian pada Sabtu.

Tambah Ismail, mana-mana individu yang mengingkari proses kuarantin wajib dan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan.

Mereka akan dikenakan kompaun sebanyak RM1,000 atau dihadapkan ke mahkamah.

Berang Anak kena Tahan Polis, si Ayah yg duduk di Hospital Sebab C0VlD Bertindak Luar Dugaan

Seperti semua sudah maklum, sekiranya ada adalah kontak rapat kepada pesakit c0Vld19 haruslah kuarantin diri anda dan asingkan diri anda.

Bukan suka suka diminta kuarantin tetapi ini adalah untuk berhentikan penyebaran w4bak c0v19.

Sebelum ini banyak juga kes kes dimana ada individu yang ingkar arahan kuarantin dan keluar dari rumah atau pusat kuarantin.

Perkara ini amat menyedihkan kerana sifat pentingkan diri sendiri membahayakan nyawa orang lain.

Seorang peguam bernama Nor Zabetha telah kongsikan satu gambar perbualan whatsapp berkenaan kisah sebuah keluarga yang tidak kuarantinkan diri mereka.

 

Sikap beginilah menyebabkan penularan wabak Covid-19 semakin meningkat di negara kita.

Kisahnya, sahabat saya mengadu. Ada salah seorang bapa pelajar di sekolah anaknya, positif Covid.

Bapa tersebut kini sedang dirawat di wad.

Semua ahli keluarganya tinggal di rumah.

Walaupun si bapa di dalam wad kerana positif Covid, ahli keluarga langsung tidak peka dan bersikap pentingkan diri sendiri.

Dibiarkan anak kecil ini berlari-lari dan bermain-main di kawasan perumahan dan bergaul dengan rakan-rakan yang lain.

Penduduk lain jadi bimbang. Kalau saya pun pasti bimbang, sepatutnya satu keluarga ini perlu dikuarantin dahulu.

Ada seorang penduduk yang menghubungi pihak polis dan melaporkan tentang isu ini.

Polis datang ke kawasan tersebut dan membawa anak ini bersama datuknya ke balai.

Barangkali sebagai amaran kerana anak kecil begini tidak mungkin ditangkap.

Kemudian si bapa yang mendapat makluman berkenaan isu polis ini, terus menyerang group Whatsapp penduduk.

Dituduhnya siapa yang mengadu itu babi dan dia akan cari siapa yang membuat aduan kepada polis.

Haihh. Saya fikirkan kalau sudah positif Covid, pasti sudah insaf memikirkan dugaan yang Allah berikan.

Mungkin juga sedar bahawa penyakit ini tidak mengenal sesiapa.

Ini tidak habis dibabikan orang yang peka dan bimbang tentang kesihatan penduduk yang lain.

Diugutnya pula hendak mencari si pengadu, nanti bila dia keluar dari hospital. Kalau dia keluar.

Gangster sungguh kau, bang! Bukan sahaja kau gangster, kau juga sejenis yang pentingkan diri sendiri.

Orang macam ini kalau ramai di Malaysia, maka meningkat naiklah kes Covid di Malaysia.

Sikap tidak ambil peduli, tidak mahu dengar arahan, bebal dan keras kepala kepada begini mungkin boleh jadi punca peningkatan kes.

Seperti di USA yang setakat hari ini, jumlah positif Covid adalah 8.3 juta dan kematian telah pun mencecah 224 RIBU++.

Semoga jenis perangai begini adalah minoriti dalam masyarakat kita. Geram saya dengan sikap begini.

 

Sikap beginilah menyebabkan penularan wabak Covid-19 semakin meningkat di negara kita. Kisahnya, sahabat saya mengadu….

Posted by Nor Zabetha on Sunday, October 18, 2020

Sumber :  Nor Zabetha / kotak media

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *