Hiburan

“Yang balik kampung berduyun-duyun tu hang! Yang b0d0h tiba-tiba artis”-Faezah Elai

Faezah persoalkan tindakan netizen yang gemar menyalahkan selebriti atas kesalahan orang lain.

PELAKON Faezah Elai mengakui dia berasa marah apabila segelintir netizen asyik mengaitkan kes pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) dengan golongan selebriti.

Malah Faezah atau nama sebenarnya Noor Faezah Md Elai, turut persoalkan tindakan netizen yang menyalahkan selebriti terhadap kenaikkan kes C0v1d-19 sedangkan ia berpunca daripada sikap tidak bertanggungjawab segelintir rakyat.

“Sakit pula hati bila tak ikut SOP, artis yang kena maki… kerana seorang dua artis habis semua kata ‘ikut SOP! Jangan jadi macam selebriti!’. Sekarang ini yang jalan jem hari itu balik kampung, artis ke?

Minta surat kebenaran polis dengan alasan menipu, salah artis juga ke?

FAEZAH ELAI

PELAKON

“Yang terlepas balik berduyun-duyun sampai kes C0v1d naik kat pantai timur, artis salah juga ke? Minta surat kebenaran polis dengan alasan menipu, salah artis juga ke?

“Rasa-rasanya yang kena Covid ada sampai meninggal sebab manusia bangang yang balik kampung habis jangkit kat satu kampung, artis juga yang kena bodoh,” kata Faezah.

 

Pelakon drama siri Cinta Fatamorgana ini berkongsi luahan dan pendapatnya mengenai situasi yang terjadi di masa kini di laman Facebook miliknya.

Isu selebriti melanggar SOP kini menjadi perbualan hangat netizen selepas pengacara dan usahawan terkenal Neelofa berdepan dengan beberapa tuduhan antaranya tidak memakai pelitup muka di sebalik purdah.

Status yang dimuat naik Faezah di Facebook miliknya.

Selain Neelofa, selebriti Norman Hakim dan Abby Abadi turut disiasat polis selepas didakwa melanggar SOP Aidilfitri apabila foto mereka dipercayai melakukan aktiviti ziarah raya pada 1 Syawal lalu menjadi tular.

Dalam pada itu, isteri kepada pengarah drama, Heykal Hanifah ini menganggap ramai rakyat Malaysia lebih gemar mencari kesalahan orang lain demi menutup kesilapan sendiri.

“Memang orang Malaysia ini jenis manusia yang suka cari salah orang lain untuk tutup salah sendiri ke macam mana? Yang terlepas balik kampung itu hang!

“Yang kena C0v1ditu hang! Yang bodoh tiba-tiba artis… my foot!”

Sumber: mStar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *