Semasa

Waris kandung Amir mahu tuntut wang derma orang ramai, dakwa netzen

Netizen tidak berpuas hati dengan keputusan keluarga kandung Amir yang mahu mengebumikan jenazah kanak-kanak itu di Melaka sekaligus menafikan permintaan keluarga angkat yang mahu mengebumikannya di Rawang.

Mereka menganggap, keluarga kandung tidak layak untuk menguruskan jenazah Amir berdasarkan insiden yang meragut nyawa arwah baru-baru ini.

Malah, mereka menuduh keluarga kandung mahu menuntut wang sumbangan orang ramai kepada Amir.

Terdahulu, keluarga kandung telah menuntut jenazah kanak-kanak itu di Jabatan Perubatan Forensik Hospital Melaka, pagi ini.

Sumber daripada keluarga angkat kanak-kanak itu berkata, keluarga ibu kandungnya bertegas untuk mengebumikan jenazah kanak-kanak terbabit di kampung ibunya.

Katanya, keputusan itu dicapai lewat malam tadi antara kedua-dua keluarga.

Difahamkan, keluarga waris turut meletakkan syarat membenarkan hanya dua wakil keluarga angkat dibenarkan untuk menguruskan jenazah Amir.

Sumber : wowberita

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *