Dunia

Wanlta Rimas dgn Jiran ‘0ver Baik’, Seminggu Sampai 4 Kali Hantar Makanan, Rvpanya ini Pvncanya

MEMPUNYAI jiran yang baik merupakan salah satu bentuk rezeki yang dikurniakan Allah.

Islam sendiri menuntut umatnya agar menghormati dan menjaga adab dalam tetangga.

Siapa yang tidak suka apabila mempunyai jiran sering mengambil berat, bertanya khabar malah boleh diharapkan untuk meminta pertolongan di saat memerlukan.

Begitu juga dengan wanita ini yang meluahkan rasa bersyukur mempunyai jiran yang disifatkannya sangat baik dan ramah tamah.

Namun begitu, di sebalik sikap tersebut, wanita ini berkata dia kurang selesa dan sedikit rimas.

Ini apabila jirannya itu terlalu kerap memberikan makanan kepada keluarganya.

“Kami ada jiran yang baru pindah, suami isteri memang peramah. Yang perempuan tu selalu sedekahkan apa saja makanan.

Boleh kata dalam seminggu tu empat kali sedekah makanan dekat famili saya.

“Saya mula tak selesa. Saya tak suka orang beri-beri makanan ni.

Mungkin dia tengok saya anak ramai kot, asyik nak sedekah,” katanya menerusi perkongsian di laman Facebook Kisah Rumbah Tangga.

Wanita tersebut rimas dengan sikap jirannya yang gemar memberi makanan sama ada yang dimasak sendiri atau dibeli. Gambar hiasan

Menurut wanita itu, dia enggan terus membiarkan situasi itu berlanjutan kerana tidak mahu terhutang budi.

Justeru, dia mencuba beberapa cara untuk mengelakkan jirannya terus mencari peluang untuk memberikan makanan kepada keluarganya.

“Rasa nak cakap je ‘tak payah nak bagi sedekah dekat saya sebab saya kurang selesa’. Saya kurangkan bercakap dengan isteri jiran yang itu.

“Nampak gayanya dia mula faham saya kurang suka.

Sekarang saya kurang bersembang, tapi suami pula rajin bersembang dengan dia. Saya cuma kurang selesa, takut terhutang budi dengan jiran.

“Dah cakap dekat suami tapi dia kata berjiran jangan sombong. Kadang-kadang saya jadi tak suka tengok jiran over macam tu.

Tolong bagi nasihat dekat saya,” katanya memohon pandangan daripada ahli kumpulan laman berkenaan.

“Terasa saya. Harap sangat sis ini bukan jiran saya sebab saya pun sejenis manusia yang suka kongsi rezeki” – Netizen

Sehingga kini posting tersebut meraih lebih daripada 220 shares dengan dibanjiri ribuan komen netizen.

Menjengah ke laman komen, rata-rata netizen memberikan reaksi yang pelbagai.

Ada yang mengatakan wanita tersebut sepatutnya bersyukur dikurniakan jiran yang gemar berbahagi rezeki dengan orang lain, ada juga yang seolah-olah dapat memahami perasaan wanita berkenaan.

Antara komen netizen yang memberi pandangan terhadap perkongsian wanita berkenaan.

Namun ada juga netizen yang seolah-olah ‘terasa’ kerana ada dalam kalangan mereka sememangnya gemar memberi sedekah makanan kepada jiran masing-masing.

“Terasa saya. Harap sangat sis ini bukan jiran saya sebab saya pun sejenis manusia yang suka kongsi rezeki.

Kadang-kadang saya masak lebih bagi dekat jiran sebelah rumah. Kadang-kadang tu saya beli makanan dekat luar, beli lebih dan bagi jiran.

“Belajar bersyukur sis. Orang memberi kita merasa, orang berbudi kita berbahasa.

Orang yang suka bagi makanan ni bukan dia minta balas semula sis tapi jenis suka berkongsi je.

“Sis, bagi alamat rumah. Kita swipe tukar rumah hari ni juga nak tak? Alhamdulillah, dapat jiran baik,” demikian antara komen netizen.

“Macam2. Terlalu baik pon masalah jugak buat dia. Org dah bg ambik sajalah. Xnk terhutang budi konon.

Biasa org kalau bg ikhlas x harapkn balasan pon.

Lain pulak jiran depan umah aku, dah la masa mula2 pindah dulu sombong nk mampus, aku tegur pun buat layan x layan, gigeh aku bg slm dan tanya baru pindah ke?

Konon2 nk nampak mesralah.. Pastu Terus dia jawab ada masalah ke? Pulak. Tu yg dia balas. .

Mcm menyesal betul tegur. Sejak dari tu ternampak muka dia mmg aku xkn pandang.

Mmg dah xnk ambik tau langsung. Ari tu dia tertidur mati dlm umah kot, bini memekik2 panggil,kunci tertinggal kt dlm kot.. aku tgk lama bini dia tunggu.

X sampai hati dan x serik aku pun tanya la kenapa, tau dia buat apa.. Pandang muka aku pun x.

Pastu mmg aku haramkn nk tegur dorg lg. Mmg jenis makhluk asing punya jiran.”

Sumber : m Star

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *