Semasa

Walaupun Tidak Rapat Dengan Arw4hh Anak, AR Badul Tetap Mahu Tuntut Hak. Badul Jelaskan Bukan Kerana Nak Harta Sebenarnya

SELEPAS lebih setahun kema-tian anaknya dalam kejadian pilu akibat tertem-bak, pelakon dan pelawak veteran, AR Badul tidak berselindung bahawa hubungan dia dengan anaknya, Allah-yarham Mejar Mohd Zahir Armaya tidak begitu rapat namun haknya sebagai bapa dinafikan.

Cerita Badul atau nama sebenarnya Armaya Aman Ramlie, 71, keadaan itu berlaku kerana mereka jarang bertemu selepas dia dan bekas isteri yang kini menetap di Sabah, Rusunjan Mohammad membawa haluan masing-masing.

“Sampai dia besar saya memang jarang lihat dia. Suatu ketika dulu saya pernah nak pergi ambil dia.

“Tapi anak-anak sendiri kata saya bukan bapa mereka… ini benar-benar terjadi,” demikian luahan Badul kepada mStar.

Badul ditemui di kediamannya di Taman Setapak, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Ujar Badul, lebih kecewa apabila kisah keretakan rumah tangga serta hubungan dengan anak-anak dijadikan alasan untuk menafikan haknya ke atas harta peninggalan ar-wah Mohd Zahir yang ma-ut ketika melakukan demonstrasi keupayaan di Kem Kok Lawi, Sabah pada 4 September 2019.

“Apabila terjadi perkara begini (ke-ma-tian Mohd Zahir), pihak sana (bekas isteri) mengatakan saya tidak ambil tahu (tentang anak).

“Tapi saya bapa dia… pihak ATM juga tak beri apa-apa kepada saya, katanya saya tidak layak. Malah insurans pun kata saya tak layak,” katanya.

Sebelum Badul pernah mendesak supaya inkues diadakan bagi mencari punca kema-tian anaknya itu namun menarik balik hasrat berkenaan demi masa depan tiga orang cucunya.

“Mereka katakan kalau saya nak buat inkues, anak-anak dia akan kehilangan hak. Jadi selepas memikirkan mengenai hal itu, saya tarik balik permintaan untuk inkues.

AR Badul melahirkan kekecewaan apabila haknya sebagai bapa dinafikan.

“Tapi yang saya nak inkues sekarang ini ialah sebagai bapa… dia larang saya untuk mendapatkan segala-galanya, dengan siapa nak minta tolong pun tak tahu,” katanya.

Tambah Badul lagi, dia tidak berniat untuk membolot harta peninggalan ar-wah Mohd Zahir namun sekadar mahu kewujudannya sebagai bapa kandung diberi perhatian.

“Bukan nak duit tu, tapi hak saya. Hasil sumbangan orang tu saya tak kisah, itu hak dia. Tapi berkaitan (hak) ayah.

“Macam disekat, konon saya tak ambil tahu fasal anak sejak kecil… (kena ingat) saya ni bapa dia.

“Mungkin banyak cerita buruk saya tentang anak-anak diceritakan. Pihak sana katakan dia yang jadikan (didik) anak menjadi manusia… kata dialah,” ujar Badul.

Mohd Zahir, 36, pegawai komando daripada 11 Rejimen Gerak Khas, mening-gal dunia akibat terkena temba-kan ketika melakukan aksi demonstrasi sempena pelancaran Divisyen Kelima dan Briged Ke-13 Infantri Malaysia di Kem Lok Kawi, Kota Kinabalu, Sabah.

Akibat kejadian itu, pihak Majlis Angkatan Tentera Ke-578 (MAT 578) yang bersidang pada 17 September 2019 bersetuju untuk menaikkan pangkat Allahyarham kepada Leftenan Kolonel.

Allah-yarham meninggalkan seorang balu iaitu Nour Shafinar Harun, 32, dan lima orang anak termasuk dua daripada perkahwinan terdahulunya.

Sumber : MSTAR ONLINE

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *