Semasa

Vide0 : Sindiket Macau Scamm Tumpas Lagi Dan Kali Ini RM2.5 juta ditemui oleh Polis Bukit Aman

MALAYSIA: Jabatan Siasatan Jenyah (JSJ) Bukit Aman merampas wang tunai berjumlah RM2.5 juta dalam serbuan ke atas sebuah kediaman di Cheras, di sini, malam tadi.

Wang tunai berkenaan yang dipercayai disimpan untuk proses pengubahan wang haaram adalah hasil daripada kegiatan mempromosikan aktiviti pelaacvran secara dalam talian di negara China.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenyah Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed, berkata terdahulu sepasukan pegawai dan anggota dari Bahagian Juudi, Mksiat dan Kngsi Gelap (D7) Bukit Aman menyerbu satu unit kediaman di sebuah kondominium di Bandar Hussein Onn, Kajang, sekitar jam 2 petang semalam.

“Hasil serbuan pertama itu, pihak polis menaahan lapan warga China termasuk seorang wanita berusia antara 22 hingga 28 tahun selain merampas dua komputer riba, 15 telefon bimbit dan dua kertas catatan jadual kerja harian.

“Siasatan awal mendapati kediaman berkenaan dijadikan sebagai ‘calling centre’ untuk mempromosikan aktiviti peelacvran untuk pelanggan di China,” katanya malam tadi.

Beliau berkata sindiiket yang turut bekerjasama dengan rakyat tempatan itu turut dipercayai menjalankan aktiviti penipuan dalam talian atau Macau Scam.

“Susulan dari serbuan pertama itu, polis kemudian menyerbu sebuah kediaman di Jalan Desa Bukit Tiara, Taman Taynton View, Cheras dan menaahan lapan lagi individu.

“Dalam serbuan ini pihak polis menemui wang tunai sebanyak RM2.5 juta yang disimpan dalam beberapa bagasi di beberapa bilik berasingan,” katanya.

Huzir berkata pihaknya percaya wang berkenaan akan digunakan untuk aktiviti pengubahan wang haraam namun siasatan lanjut sedang dijalankan.

“Kalau wang tunai ini adalah dari hasil yang sah mereka pastinya menyimpannya di bank atau agensi kewangan yang sah, namun apabila mereka menyimpannya dalam rumah ini berkemungkinan wang dari aktiviti yang salah,” katanya.

Dalam serbuan kedua itu pihak polis merampas tiga komputer riba, empat telefon bimbit serta sejumlah kecil pil dipercayai daadah.

Katanya, pihak polis juga mengesan adanya aktiviti pelaburan jenis mata wang krypto dalam komputer riba yang dirampas.

“Polis juga yakin siindiket ini menjadikan negara ini sebagai hub panggilan serta menjadikan dua rakyat Malaysia sebagai koordinator bagi menyediakan kelengkapan komputer, kediaman, untuk melancarkan aktiviti promosi peelacvran, peniipuan serta juudi dalam talian untuk sasaran mangsa di China,” katanya.

Jangan mudah terjerat helah Macau Scam

BARU-BARU ini media melaporkan penahanan beberapa individu, termasuk pegawai kanan Polis Diraja Malaysia (PDRM) oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkait kes pengubahan wang haraam hasil kegiatan jvdi dalam talian dan Macau Scam.

SPRM turut membekukan 730 akaun bank berjumlah RM80 juta dan merampas kira-kira RM5 juta kerana disyaki terbabit sindiiket itu.

Berdasarkan statistik 2018, Jabatan Siasatan Jenyah Komersial (JSJK) melaporkan kerugian akibat penipuan Macau Scam meningkat 55.5 peratus berbanding 2017. Ia membabitkan kerugian lebih RM224.6 juta dengan 4,965 kes direkodkan berbanding tahun sebelumnya.

Realitinya, penipuan Macau Scam semakin menjadi-jadi memandangkan masih ramai tidak faham taktik dan strategi penipuan digunakan. Jnayh ini akan terus berlaku jika orang ramai masih leka atau bersikap tamak untuk menjadi kaya tanpa berusaha keras.

Secara ringkas, siindiket Macau Scam menawarkan pelbagai perkhidmatan seperti cabutan bertuah, tipu culik dan minta wang tebusan, spoofing pegawai polis atau agensi kerajaan, pegawai bank negara atau bank komersial.

Spoofing adalah teknik di mana pemanggil berkomunikasi menggunakan platform Suara Melalui Protokol Internet (VoIP) bagi membolehkan pemanggil meletakkan sebarang nombor telefon untuk memperdaya penerima kononnya pemanggil adalah daripada nombor telefon yang tertera pada skrin telefon.

Modus operandi digunakan menyamar pegawai polis, mahkamah, Bank Negara Malaysia (BNM), SPRM atau agensi tertentu dalam usaha menakutkan mangsa supaya terjebak.

Mengambil kira modus operandi semakin canggih, keupayaan pihak berkuasa juga perlu dipertingkat untuk memantau dan menguatkuasakan undang-undang.

Mekanisme Suruhanjaya Syarikat Malaysia dengan Akta 778 yang dikuatkuasakan Januari 2017 berkaitan mengawal selia aktiviti pengumpulan dana melalui tawaran kepentingan kepada awam juga perlu diperkukuh dan diperhebat sebagai usaha memastikan penipuan berleluasa dapat dibanteras dan dihentikan segera.

Jika didekati dan diperkenalkan sesuatu skim menjanjikan pulangan bulan dan bintang, ia menunjukkan unsur pelanggaran Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haraam 2001.

Jnayh pengubahan wang haraam biasanya dikaitkan pelbagai kesalahan.

Antaranya menipu, rasuah atau merompak bank, di mana wang diperoleh dengan cara ini perlu ‘dicuci’ supaya terus dapat digunakan. Kaedah untuk mencuci wang haraam ini adalah dengan menubuhkan perniagaan.

Berdasarkan laporan media, sindiiket menggunakan ejen di Malaysia untuk menguruskan pelaburan dengan mencari perniagaan berpotensi sebagai platform membersihkan wang hasil penipuan.

Terkini, sindiiket mendekati selebriti dan menyatakan minat melabur dalam perniagaan atau menyuntik modal untuk golongan ini mulakan perniagaan.

Dakwaan menyatakan kegiatan dilindungi polis, termasuk pegawai atasan yang menerima habuan daripada siindiiket antara penyebab Macau Scam sukar dibendung dan keuntungan haraam diperoleh mudah dicuci.

Terkini, SPRM menyiasat siindiket Macau Scam dan jvdi dalam talian yang disyaki ‘mencuci’ ratusan juta ringgit diraih daripada kegiatan mereka dalam perniagaan dan ada diusahakan selebriti terkenal tempatan.

Kita harus berwaspada dan tidak mudah terpedaya dengan muslihat atau tipu helah sebegini. Usahlah cepat panik dan mengikut arahan diberikan pemanggil, tanpa terlebih dahulu menghubungi polis atau institusi kewangan terbabit.

Tenangkan dahulu diri anda. Usah hubungi semula nombor telefon yang anda terima. Sebaliknya dapatkan nombor telefon rasmi syarikat, organisasi atau institusi terbabit untuk pengesahan lanjut.

Jangan sekali-kali dedahkan nombor akaun bank, nombor kad mesin juruwang automatik (ATM) atau kad kredit anda kepada orang tidak dikenali. Paling penting rujuk laman sesawang rasmi BNM untuk mendapatkan maklumat dan nasihat terkini berhubung penipuan.

Jika ada maklumat berkenaan Macau Scam, usah teragak-agak hubungi SPRM untuk membantu. Keselamatan sebagai pemberi maklumat dijamin sepenuhnya mengikut Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010.

Marilah kita bersama-sama memastikan Malaysia bebas daripada Macau Scam ini. Biar Malaysia maju dengan usaha dan kerja keras kita.

Penulis adalah Pensyarah Kanan Kewangan di Fakulti Pengurusan dan Perniagaan, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Pasir Gudang

Sumber : mediabawang

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *