Hiburan

VIDE0 : “Saya M0h0n Maaf Pd Keluarga Sy Dan Keluarga Haris,” Neel0fa Akhlrnya Bersuara lsu Hubvngannya Dgn PU RlZ

Selebriti terkenal, Neelofa akhirnya bersedia untuk menjawab segala isu yang dikaitkan dengannya pada hari ini.

Usahawan berusia 31 tahun itu telah mengeluarkan kenyataan media sekitar pukul 8 malam tadi.

Menerusi perkongsian di laman Instagram, Neelofa telah memuat naik video bagi menerangkan segala tuduhan yang dilemparkan.

Sejak semalam pelbagai spekulasi mengenai hubungan personaliti dan usahawan popular Neelofa, apabila ibu dan adik-beradiknya berhenti mengikuti PU Riz di laman sosial Instagram.

Malah, lebih hangat lagi apabila kesemua mereka (ahli keluarga Neelofa) memuat naik status hampir sama di ruangan IG Stories masing-masing seperti memberi bayangan bahawa ada ‘sesuatu yang tidak kena’.

Menerusi tinjauan di akaun IG ibu artis berkenaan, Datin Noor Kartini Noor Mohamed, foto-foto ketika majlis merisik anak kesayangannya pada 1 November lalu juga dipadam.

Video penjelasan Neelofa mengenai isu hubungannya dengan PU Riz

Semalam, dalam satu laporan Gempak, seorang pengguna twitter memanaskan lagi keadaan apabila paparan skrin mendakwa kononnya Neelofa dan PU Riz sebenarnya sudah pun berkahwin, pasangan tersebut dikatakan telah dinikahkan bapa kandung pemilik jenama Naelofar itu di Kelantan.

Individu di dalam whatsapp itu juga mendakwa kononnya Neelofa kini sedang menjalani rawatan alternatif kerana sudah terkena ilmu pengasih.

Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen dilihat memberikan komen dan pendapat masing-masing menegnai isu ini.

Sebelum ini, majlis merisik telah diadakan di sebuah kediaman di Taman Tun Dr Ismail dan seluruh anggota keluarga pasangan berkenaan terlebih dahulu menunaikan solat Asar yang diimamkan oleh PU Riz.

Sumber yang turut menghadiri majlis merisik itu memaklumkan, keluarga kedua-dua pihak juga menyerahkan kepada Neelofa dan PU Riz untuk menentukan perancangan perkahwinan mereka termasuk jumlah hantaran.

Hubungan akrab Neelofa atau nama sebenarnya Neelofa Mohd Noor, 31, dan PU Riz atau Muhammad Haris Mohd Ismail, 25, dihidu oleh media sejak beberapa bulan kebelakangan ini.

Bagaimanapun, Neelofa yang juga pengasas syarikat Naelofar Hijab dan Nilofa Group dan PU Riz tidak pernah mengiaya atau menafikan hubungan akrab mereka.

Kedua-dua mereka sering dilihat bekerjasama dalam pelbagai program keagamaan selain aktif dalam kerja-kerja kebajikan Pertubuhan Kasih Neelofa yang diasaskan selebriti wanita yang mempunyai lapan juta pengikut di akaun Instagram.

Bagi yang tidak kenal, PU Riz merupakan salah seorang peserta program Pencetus Ummah pada 2016 dan merupakan seorang pendakwah bebas serta kini turut bergelar sebagai seorang pelakon.

Sumber : yoy

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *