Semasa

Vide0 : Sakan Tunjuk Aksi ‘Tunggang’ RX-Z, lnstafemes ‘insaf’ Bila JPJ Datang ke Rumah

Walaupun sekadar merakam video menaiki kenderaan untuk dijadikan ‘content’ di media sosial.

Namun pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) tetap akan mengambil tindakan sekiranya melanggar peraturan jalan raya.

Demikian kata Pengarah JPJ Terengganu, Zulkarnain Yasin ketika mengulas saman dikenakan terhadap seorang Instafamous.

Ini kerana melakukan aksi menunggang RX-Z menjadi tular di aplikasi TikTok dan Instagram baru-baru ini.

Menurut laporan Harian Metro, gadis berasal dari Dungun itu telah dipanggil dan menjelaskan denda.

Ini bagi dua kesalahan yang tidak sepatutnya dia lakukan semasa menunggang motosikal tersebut.

Rakaman Video ada di Bawah Sekali

                        

Zulkarnain berkata, siasatan tetap akan dijalankan dan akan mengambil tindakan jika pihaknya menerima laporan.

Ini mengenai kesalahan seperti itu walaupun daripada media sosial peribadi.

“Jika sabit kesalahan boleh didenda RM2,000 bagi setiap satu kesalahan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Tambah beliau, pihaknya mempunyai cara tersendiri bagi memantau kesalahan dibuat pengguna jalan raya di media sosial sekiranya terdapat bukti yang kukuh dan jelas.

Terdahulu, video berdurasi 14 saat tersebut memaparkan gadis berkenaan yang memakai busana kebaya merah menunjukkan ‘kehebatan’ menunggang RX-Z di Kampung Bukit Merah, Padang Pulut.

Sumber : Harian Metro / Ahmad Rabiul Zulkifli

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *