Hiburan

VIDE0 : “Juara Lawak Solo Is Back” – Danial Zaini Pecah Habis, Pantun Sambil Tiru Suara

Bertemakan ‘Majlis Keramaian’ dalam persembahan minggu ke-3, semua kumpulan yang bertanding dalam ‘Muzikal Lawak Superstar’ telah memberikan persembahan paling lucu dan sangat bertenaga.

Selain mendapat markah juri ‘5 Star‘ buat julung-julung kalinya, kumpulan Heart yang dianggotai Danial Zaini, Azmi Caliph Buskers dan Ezad Lazim telah dipilih sebagai penerima ‘Superstar of the Week‘.

Pandai meniru suara orang lain sejak pembabitannya dalam program ‘Lawak Solo’, ternyata percaturan Danial Zaini untuk masukkan elemen tersebut telah membuahkan hasil.

Dalam sketsa malam tadi, dia menjadi watak ayah kepada Azmi yang ingin masuk meminang dan melamar anak perempuan Ezad Lazim. Ternyata nada suara dan setiap pantun lawak yang ditampilkan oleh Danial Zaini bersama ahli kumpulannya berjaya mencuit hati ramai.

Dalam pada itu, ‘Heart’ juga sempat menghadiahkan sejambak bunga kepada juri sebagai tanda permohonan maaf susulan persembahan minggu sebelumnya.

Rata-rata netizen akui cukup terhibur dengan bakat unik Danial Zaini serta persembahan keseluruhan Heart yang cukup ‘pecah’ semalam.

Di samping itu, mereka memuji tindakan kumpulan tersebut yang mengakui kesilapan serta terus mohon maaf kepada pihak juri.

Apa pendapat anda.Jangan lupa SHARE dan komen yang baik-baik sahaja

Sumber : astrogempak / daunkering

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *