Viral

Vide0 : Ingatkan TV Rosak, Penyampai Berita Vir4l Tercegat Saja Ketika Siaran Langsvng

Mengendalikan sebarang program siaran secara langsung termasuklah berita bukanlah mudah.

Hakikatnya terdapat banyak cabaran tak terduga boleh berlaku seperti gangguan teknikal mahupun kesilapan yang tidak disengajakan.

Itulah detik yang dialami seorang penyampai berita TV3 semalam apabila berdepan situasi agak ‘janggal’ ketika liputan berita sedang disiarkan di seluruh negara.

Nak dekat 2 minit tercegat depan TV tanpa cakap langsung…ingatkan TV rosak

Babak itu malah sempat dirakam oleh seorang pemuda dikenali sebagai Nick Sohide sekali gus menjadi tular di aplikasi TikTok.

Perkara yang paling mencuri tumpuan adalah lelaki berkenaan dilihat berdiri tegak saja tanpa berkata apa-apa selama kira-kira 2 minit.

Situasi tersebut bagaimanapun dikawal dengan penuh profesional, dia malah sempat keluar dari frame sebelum kembali untuk menutup segmen berita tersebut.

Bingung melihatkan gelagat penyampai berita tersebut, perakam video ini siap menyuruhnya lontarkan sebarang dialog sambil berseloroh bahawa dia ingin tahu tentang perkembangan semasa.

Kesian member…tiba-tiba berita habis macam tu je

Meskipun tak diketahui punca sebenar di sebalik kejadian tersebut, tetapi paparan itu telah berjaya meraih lebih 200 ribu jumlah tontonan setakat ini.

Selain pada awalnya menyangkakan TV mengalami kerosakan, rata-rata netizen akui terhibur apabila segmen berita tersebut tiba-tiba habis begitu saja.

Apa pendapat anda.Jangan lupa SHARE dan komen yang baik-baik sahaja.

Sumber : nick_sohide  / beritaterkini

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *