Keluarga

VIDE0 : Dah Siap Makeup, Wanita Kecewa Bakal Suami Tak Hadir Majlis Kahwin

Buat bakal raja sehari, hari perkahwinan adalah moment yang paling dinanti-nantikan. Walau bagaimanapun,

ia bertukar menjadi mimpi buruk buat seorang wanita ini apabila bakal suami tidak hadir di majlis bahagia mereka.

Dah tiba hari kahwin, pengantin lelaki pulak tak datang.. Entah kenapa

Itulah realiti sebenar yang dikongsi Atiqah Alzaraffe menerusi sebuah video di aplikasi TikTok. Impian ibu tunggal ini untuk membina mahligai musnah sekelip mata apabila lelaki tersebut tak kunjung tiba. Walhal, semua persiapan untuk pernikahan mereka sudah siap 100 peratus.

Dah siap makeup.. Tapi pengantin perempuan dan keluarga hanya mampu reda

Wanita itu sudah siap mengenakan makeup dan lengkap dengan busana pengantin pada hari berkenaan. Hantaran juga elok tersusun rapi di samping pelamin yang tersergam indah.

Namun ahli keluarga wanita tersebut hanya mampu reda menerima ketentuan yang telah ditetapkan oleh Allah S.W.T. Walaupun hari bahagia itu tidak dapat diteruskan, mujurlah keluarga termasuk diri sendiri sudah memaafkan apa yang berlaku.

Awak beruntung sebab Allah tunjukkan dia bukan lelaki yang terbaik. Pasti ada hikmahnya

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen sebak melihat nasib yang menimpa wanita tersebut.

Selain itu, mereka juga tidak putus-putus memberikan sokongan supaya Atiqah dapat bangkit kembali daripada kekecewaan selain teruskan hidup seperti biasa.

Apa pendapat anda.Jangan lupa SHARE dan komen yang baik-baik sahaja.

Sumber : TikTok Atiqah Alzaraffe / daunkering

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *