Semasa

Tun Beritahu Dekat Rakyat Jika Ada Pilihan Raya Akan Datang, Beliau Tak Nak Tanding Dan Ini Sebabnya

Berita gempar khususnya buat para penyokong Tun Dr Mahathir Mohamad.

Dr Mahathir Mohamad tidak berhasrat untuk bertanding pada pilihan raya umum (PRU) akan datang sekiranya dilaksanakan

mengikut tempoh penggal semasa memandangkan usianya sudah mencecah 98 tahun ketika itu.

Namun bekas perdana menteri keempat dan ketujuh itu bersedia menawarkan nasihat serta berkongsi pengalaman dengan parti yang baru ditubuhkannya, Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) jika perlu.

Dr Mahathir berkata demikian ketika ditemui wakil media di Pusat Khidmat Ahli Parlimen Langkawi, di Langkawi, Sabtu.

Ditanya jika ada keperluan Parlimen dibubarkan bagi memberi laluan kepada PRU pada ketika ini,

Ahli Parlimen Langkawi itu berkata penularan pandemik C0vid 19 menyukarkan perkara tersebut.

“Dalam keadaan biasa boleh (dibubarkan) kerana PRU beri balik kuasa kepada rakyat tentukan siapa jadi kerajaan.

Tetapi waktu ini negara hadapi masalah C0vid 19, masalah ini menyebabkan kos untuk

mengadakan PRU tinggi dan mendedahkan rakyat kepada penularan penyakitt itu.

“Saya yakin kalau PRU diadakan seperti biasa, ramai rakyat akan terkena C0vid 19, ramai akan pergi mengadap ilahi.

Alhamdulillah, cuaca di Langkawi cukup baik.

Posted by Dr. Mahathir bin Mohamad on Friday, September 25, 2020

Soalnya sama ada kita lebih utamakan politik atau nyawa rakyat?,” katanya.

Isu PRU kembali dibangkitkan sesetengah pihak selepas Ketua Pembangkangg Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Rabu lepas mendakwa menerima sokongan yang

“kukuh dan meyakinkan” daripada ahli parlimen untuk menubuhkan kerajaan baharu.

Sebelum ini Anwar Ibrahim pada sidang akhbar tergempar mendakwa beliau

mempunyai sokongan majoriti untuk menubuhkan kerajaan baharu bagi menggantikan PN.

Ahli Parlimen Port Dickson itu bagaimanapun tidak memaklumkan jumlah sokongan ahli Parlimen diterima dengan

alasan akan memaklumkan perkara itu kepada Yang di-Pertuan Agong terlebih dahulu.

Selepas pengumuman itu pula, Ahli Parlimen Rembau Khairy Jamaluddin Abu Bakar menoktahkan cerita tumbangnya kerajaan Perikatan Nasional selepas

Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa mempunyai majoriti.

Menerusi ciapan di laman Twitternya, Khairy Jamaluddin yang juga Menteri Sains,

Teknologi dan Inovasi memuat naik sekeping gambar mesyuarat Kabinet di Pejabat Perdana Menteri.

“Baru selesai mesyuarat jemaah menteri. Tiada apa-apa yang tumbang atau jatuh,” ciapnya.

Untuk rekod, penggal Parlimen ke-14 akan tamat pada 16 September 2023.

Sumber : m star

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *