Semasa

“Tolonglah Faham, Kami Sangat Penat, Ada Yang Muntah Tidak Bermaya“- Frontliners Menangis, Sabah Bagai Di Landa Garuda

Kerajaan Pulau Pinang meluluskan peruntukan RM115,984 sebagai bantuan bekalan makanan dan minuman kepada kakitangan Jabatan Penjara Pulau Pinang.

Serta pasukan keselamatan lain yang bertugas di kawasan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

“Peruntukan ini meliputi bakul makanan masing-masing bernilai RM100 kepada keluarga kakitangan Jabatan Penjara Pulau Pinang

dan Pengkalan Perubatan kepada petugas-petugas perubatan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Penjara reman dan kuarters kediaman di daerah Timur Laut, Pulau Pinang dikenakan PKPD berkuat kuasa semalam membabitkan 2,306 banduan

304 petugas dan keluarga di kuarters kediaman.

Turut terbabit 220 kakitangan penjara yang tidak menetap di dalam kuarters.

Dalam pada itu, Pengarah Penjara Reman Pulau Pinang Mohamed Jusoh Ismail berkata, semua ahli keluarga kakitangan Penjara Reman Pulau Pinang yang tinggal di kuarters berkenaan akan menjalani ujian saringan Covid-19 secara berperingkat bermula hari ini.

Sementara itu, kerajaan negeri Sabah turut menyalurkan bantuan bakul makanan kepada 1,900 ketua isi rumah di Felda Umas, Kalabakan yang dikenakan PKPD berkuat kuasa 13 hingga 26 Oktober ini.

Pegawai Daerah Kalabakan Abdul Rashid Abdul Harun berkata, pihaknya akan memastikan bantuan makanan tersebut sampai kepada kesemua penduduk.

Dalam pada itu, Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Seri Dr Ronald Kiandee dan Ahli Dewan Undangan Negeri Labuk Samad Jambri juga menyampaikan bantuan peralatan perubatan dan keperluan.

Seperti alat pengimbas suhu badan, alat penyukat tekanan darah dan cecair pembasmi kuman kepada petugas barisan hadapan di Hospital Beluran dan Ibu Pejabat Polis Daerah Beluran hari ini.

“Tolonglah Faham, Kami Sangat Penat, Ada Yang Muntah Tidak Bermaya“- Frontliners Menangis, Sabah Bagai Di Landa Garuda

Sabah seperti dilanda garuda, peningkatan kes Covid-19 meningkat begitu mendadak.

Ketakutan, keresahan dan kesedihan melanda masyarakat di negeri bawah bayu ini.

Pertugas di bahagian hadapan tidak terkecuali.

Masing-masing bertungkus lumus bekerja siang dan malam membantu menyengkang virus ini dari terus menular.

Hospital Queen Elizabeth secara rasmi dijadikan hospital Covid-19 untuk merawat pesakit yang jumlahnya semakin meningkat saban hari.

“Apabila saya mula datang ke Hospital Queen Elizabeth pada bulan Mei lalu, hampir tiada kes korona virus.

Apabila ia meletus di Lahad Datu dan Semporna, keadaan masih terkawal dan kami berhati-hati.

“Tetapi apabila pilihanraya bermula, ia jadi tidak menentu. Stesen orang PUI dipenuhi dengan cepat,”

Jelas petugas perubatan berusia 27 tahun yang tidak mahu namanya disiarkan ini.

Dia berpendapat, kawalan pergerakan dibuat terlalu lambat kerana ramai yang telah meninggalkan Semporna ke Kota Kinabalu dan Semenanjung Malaysia.

Jika sebelum ini hanya terdapat beberapa sahaja wad yang diasingkan tetapi kini terdapat 10 wad seperti itu di Hospital Queen Elizabeth.

Ia menyebabkan semua kes ortopedik dan pembedahan dirujuk ke Hospital Queen Elizabeth II.

“Apabila kami mendapat berita yang Unit Rawatan Rapi (ICU) di Hospital Queen Elizabeth II dikawal.

Ia seperti satu tamparan kerana bukan hanya pesakit Covid-19 sahaja yang memerlukan ICU tetapi pesakit lain juga.

“Kebanyakan pesakit di sini berasal dari kampung pendalaman.

Mereka mengumpul wang dari orang-orang kampung hanya untuk membayar kos pengangkutan untuk ke hospital.

Saya punya pesakit yang menderita thalassemia tetapi tidak dapat menjalani pemindahan darah kerana mereka tidak mempunyai pengangkutan,” katanya.

a tent in the room: Stesen imbasan di Hospital Queen Elizabeth Hospital. (Gambar petugas kesihatan)

 Stesen imbasan di Hospital Queen Elizabeth Hospital. (Gambar petugas kesihatan)

Menurutnya, ramai pesakit yang tidak percaya bahawa mereka mendapat virus tersebut kerana mereka tidak ke luar negara malah tiada sebarang hubungan dengan pesakit Covid-19.

Mereka sangat risau keadaan keluarga dan merasa bersalah jika keluarga mereka dijangkiti.

Katanya lagi, apabila masa bertugas habis, dia bukan hanya kepenatan tetapi seluruh badannya lencun dibasahi peluh.

“Apabila anda memakai pakaian PPE, ia seperti membungkus diri anda dengan plastik yang tiada udara.

Anda akan berpeluh sehingga seluruh baju lencun dan memandangkan kami harus menghadkan jumlah PPE yang dipakai.

Kadang-kala ada yang terpaksa memakainya selama sembilan jam.

“Saya sangat penat. Kadang-kadang tangan saya menggeletar apabila ingin melakukan ujian IV.

Ada rakan saya yang hampir muntah kerana kehilangan banyak air,” katanya menceritakan bagaimana situasi petugas kesihatan sepertinya.

Tinggal bersama keluarga menjadikan dia gusar akan menjangkitkan virus itu kepada keluarganya.

Apatah lagi bapanya berusia 60 tahun dan ibu 54 tahun, membuatkan dia sentiasa berhati-hati.

Dan takut apabila mendapat tahu individu yang diuji adalah positif Covid-19.

“Tetapi itulah yang harus saya hadapi setiap hari, keberangkalian membawa balik virus itu ke rumah walau telah mengambil semua langkah keselamatan itu pasti.

Ia mencabar minda dan menjadikan kita sentiasa dalam ketakutan dan paranoid,” ujarnya.

a large room: Ujian imbasan dilakukan di bahagian kecemasan. (Gambar petugas kesihatan)Ujian imbasan dilakukan di bahagian kecemasan. (Gambar petugas kesihatan)

Walaupun terpaksa bekerja berjam-jam lamanya tetapi dia akur.

Itulah pekerjaannya dan dia merasa bangga dapat memberi khidmat kepada negara terutama di waktu begini.

Dalam keadaan pandemik yang sedang meningkat, dia merayu kepada rakyat Malaysia untuk menjaga SOP dengan serius.

Dan tidak keluar rumah tanpa sebarang urusan penting.

“Anda mungkin masih muda dan sihat tetapi anda masih boleh membawa balik virus itu kepada keluarga anda.

Kami, petugas kesihatan akan melakukan yang terbaik untuk anda semua.

Ya, kami agak penat tetapi kami tetap akan berikan khidmat terbaik kepada negara.

“ Semua orang boleh memainkan peranan membantu dalam pelbagai cara.

Samada dengan menyumbang pakaian PPE atau membuat sumbangan tunai,” akhirinya.

sumber : FMT

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *