Semasa

Tidak pakai topi keledar. Loke minta saman semua. Sekali nama Anwar pun kena petlk

BEKAS Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook menggesa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk mengenakan saman terhadap segelintir pemimpin negara yang didakwa tidak memakai topi keledar.

Ketika perbahasan di Dewan Rakyat di Parlimen, beliau mendakwa beberapa pemimpin tidak memakai topi keledar semasa berkempen untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Slim, baru-baru ini.

Susulan itu, beliau merujuk kepada laporan media yang memetik JPJ Terengganu bahawa penunggang motosikal perlu sentiasa memakai topi keledar sewaktu menunggang motosikal di kawasan kampung.

Ini termasuk kepada semua wakil rakyat pembangkang dan tidak terkecuali adalah Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim.

Mereka termasuk bekas perdana menteri Najib Razak, Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi, timbalan presiden parti itu, Mohamad Hasan; Menteri Belia dan Sukan, Reezal Merican Naina Merican; Menteri Wilayah Persekutuan Annuar Musa, dan calon BN bagi kerusi Slim Mohd Zaidi Aziz.

Ahmad Fadhli Shaari (PAS-Pasir Mas) kemudian berkata bahawa dia juga ada gambar Menteri Besar Negeri Sembilan Aminuddin Harun dan Ketua Menteri Sabah Shafie Apdal yang menunggang tanpa topi keledar, dan ingin mengikut Loke dalam bertemu JPJ.

Pada sebelah petang, Azeez Abdul Rahim (BN-Baling) berkata dia juga mempunyai bukti bahawa pihak pembangkang, termasuk Anwar melakukan kesalahan yang sama.

“Saman semua, ketua pembangkang pun saman,” kata Loke.

“Tetapi masalahnya ada ramai orang melihat remeh perkara ini, tak pakai topi keledar… termasuk pemimpin-pemimpin negara. Termasuk menteri, termasuk ahli Parlimen.

“Terutama dalam kempen pilihan raya kecil. Ada orang politik terutama pemimpin negara, nak tunjukkan mereka dekat dengan rakyat ambil (tunggang) motosikal.

“Ambil motosikal tak apa, tapi pakailah topi keledar. Pakai helmet, tunjukkan satu contoh yang baik,” katanya.

Malah, beliau menunjukkan bukti bergambar di Dewan Rakyat yang memaparkan beberapa pemimpin yang menunggang motosikal tanpa memakai topi keledar ketika PRK Slim.

Sehubungan itu, Anthony Loke menegaskan bahawa beliau akan menyerahkan kepada JPJ supaya tindakan saman dikenakan ke atas pemimpin-pemimpin negara yang didakwa melakukan kesalahan tersebut.

“Gambar-gambar ini saya akan hantar kepada pihak JPJ, saya sarankan penguat kuasa JPJ hantar saman kepada orang-orang ini.

“Jangan bagi muka. Tunjukkan bahawa penguatkuasaan undang-undang secara sama rata. Pihak JPJ yang duduk di belakang sana jangan bimbang ada back up daripada perdana menteri. Sebab perdana menteri mengeluarkan kenyataan semalam tak ada pilih kasih.

“Semua sama rata. Kalau menteri buat s4lah pun, menteri kena. Jadi, tunjukkan kita mengambil tindakan supaya beri mesej kepada orang ramai bahawa pakai topi keledar ini penting untuk menyelamatkan ny4wa dan memastikan keselamatan kita sendiri,” tambah Anthony Loke.

Terdahulu, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dilaporkan bahawa tiada sesiapa pun terkecuali dikenakan tindakan sekiranya didapati mel4nggar peraturan yang ditetapkan.

Beliau merujuk kepada Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali yang didakwa melanggar perintah kuarantin selepas pulang dari Turki, 7 Julai lalu.

Menurut Muhyiddin, kerajaan ambil maklum dan memandang serius hal itu serta mahu siasatan menyeluruh dan tindakan sewajarnya diambil mengikut proses undang-undang negara ini.

“Kerajaan Perikatan Nasional (PN) berpendirian bahawa setiap rakyat Malaysia adalah tertakluk di bawah undang-undang negara dan tidak ada sesiapa pun yang terkecuali,” katanya dalam kenyataan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *