Infomaklumat

Tertuduh His4p G4nja Sebelum Kejadian, Pengakuan Mengejutkan Saksi Kebakaran Tahfiz lttifaqiyah

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini mendengar perbicaraan kes seorang remaja yang didakwa membunvh 23 penghuni Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah dalam kebakaran tiga tahun lalu.

Seorang saksi memberitahu bahawa dia bersama tertud0h dan beberapa rakan menghisap g4nja sebelum kejadian itu.

Saksi pembelaan ketiga Imran Fazley Abu Bakar, 19, berkata enam rakan termasuk tertud0h datang ke rumahnya sebelum mereka bersama-sama menaiki motosikal ke sebuah pondok di Taman Balak, Datuk Keramat di sini, untuk menghisap g4nja, antara jam 1 hingga 2 pagi, 14 September 2017.

” Sebelum bergerak ke Taman Balak, saya menunggu abang saya pulang daripada berniaga di Pasar Malam, Sentul untuk bersama-sama pergi ke sana (Taman Balak) kerana g4nja ada pada dia.

” Kami (lapan orang) kemudian sama-sama bergerak ke pondok itu menaiki motosikal.

” Kami tiba di pondok berkenaan bersama-sama namun dua rakan saya iaitu Shahrul dan Haikal beredar ke tempat lain.

” Saya tidak tahu ke mana mereka pergi,” katanya ketika pemeriksaan utama oleh peguam Mohd Haijan Omar yang mewakili remaja itu pada perbicaraan kes bela diri remaja berkenaan hari ini.

Imran Fazley yang merupakan anak kedua daripada empat beradik itu berkata mereka berada di pondok berkenaan lebih kurang 20 minit sebelum melepak di sebuah warung di taman berkenaan.

Katanya, ketika berada di warung berkenaan, Shahrul dan Haikal kembali menyertai mereka dan selepas berbincang mereka semua ke pusat snuker kecuali Haikal.

Mohd Haijan: Lepas itu kamu pergi mana?

” Kami semua balik ke rumah saya dalam pukul 4 pagi. Saya, abang, tertud0h dan seorang lagi rakan kemudian pergi semula ke pondok itu untuk menghisap g4nja pada pukul 4.28 pagi,” katanya yang membantu ibunya berniaga nasi ayam.

Pada 28 Januari lalu, Mahkamah Tinggi memerintahkan remaja terbabit membela diri atas pertuduhan tersebut, manakala rakannya yang berumur 19 tahun dilepas dan dibebaskan tanpa dipanggil membela diri atas pertuduhan sama.

Remaja berkenaan yang kini berumur 19 tahun memberi keterangan secara bersumpah di kandang saksi pada 2 dan 3 Mac lalu.

Dua remaja lelaki yang ketika kejadian berumur 16 tahun didakwa bersama-sama membunvh dan menyebabkan kem4tian 23 penghuni pusat tahfiz di Jalan Keramat Hujung, Kampung Datuk Keramat, di sini antara 4.15 pagi dengan 6.45 pagi, pada 14 September 2017.

Mereka masing-masing menghadapi 23 pertuduhan membunvh mengikut Sksyen 302 Kanun Kesksaan dibaca bersama Sksyen 34 kanun sama, yang memperuntukkan hukuman m4ti, jika sabit kesalahan.

Bagaimanapun, pesalah di bawah umur 18 tahun tidak boleh dikenakan hukuman m4ti di bawah Sksyen 97(1) Akta Kanak-Kanak 2001, namun boleh diganti dengan hukuman pnjara selama diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong dan mengikut Sksyen 94 akta sama juga mempunyai kuasa untuk memerintahkan supaya ibu bapa dikenakan denda atau membayar pampasan.

Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Azman Abdullah bersambung esok untuk pemeriksaan balas oleh Timbalan Pendakwa Raya Julia Ibrahim

Sumber : hm / malaysiaunited

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *