Hiburan

Terpksa Tolak Gelarn ‘D0ktor’.. Alasan Yang Diberikan Wany Hasrita Buat Peminat Sebak Dan Kagum

SINOPSIS kasih sayang penyanyi Wany Hasrita terhadap ibunya, Norita Jaafar bak kiasan syurga di bawah telapak kaki ibu.

Setiap bakti dan pengorb4nan yang dicurahkan, semuanya demi wanita yang dipanggil ibu itu.

Bahkan, selebriti berusia 28 tahun itu sanggup mengenepikan cita-cita bergelar doktor untuk terjun ke bidang nyanyian bagi menyara ibunya.

“Jodoh ibu dan ayah tidak lama. Mereka berp1sah tatkala saya menginjak usia 12 tahun. Sejak episod perpis4han itu saya dibesarkan dan tinggal bersama ibu sehingga hari ini.

“Bayangkan betapa akrabnya hubungan kami berdua. Biarpun kadangkala berlaku perbezaan pendapat, tetapi kasih sayang kami tidak pernah pudar. Semakin hari semakin sayang.

“Ibulah sumber inspirasi dan peniup kekuatan agar saya sentiasa berani berdiri di atas kaki sendiri. Walaupun ada masanya saya mengalami ‘kejatvhan‘, namun mood sedih itu tidak lama kerana ibu berada di sisi,“

jelas pemilik nama sebenar Nurshazwany Hasrita Hasbullah ketika ditemui SinarPlus pada sesi fotografi di butik villa Azura Couture, Shah Alam, Selangor minggu lalu.

Bicara lanjut, sisi empati beliau semakin sarat apabila ibunya, Norita Jaafar, 49,

yang bekerja di syarikat cari gali minyak dan gas terpaksa diberhentikan kerja (retrenchment) kira-kira empat tahun lalu.

WANY HASRITA (kiri) menzahirkan pengorbanan dan kerja kerasnya dalam bidang nyanyian dan akademik adalah untuk membalas jasa seorang wanita yang dipanggil ibu.

“Justeru, sebagai anak tunggal, saya turut terpukul dengan situasi tersebut. Maklumlah, selama ini kos pendidikan dan sara hidup kami terletak pada bahu ibu.

“Enggan terus berada dalam kesempitan hidup, maka solusi terbaik saya menerima tawaran menjadi artis rakaman di syarikat FMC (Fantasia Music City)

dan melupakan impian seketika menyambung pengajian dalam bidang kedoktoran di peringkat lebih tinggi,“

luah Wany Hasrita yang menzahirkan kesyukuran apabila niatnya untuk menyara ibu dipermudahkan ALLAH SWT.

Biarpun ketika itu perlu membahagikan masa antara karier nyanyian dan melunaskan pengajian tahun akhir,

namun keutamaan pencinta warna terang tersebut tetap pada akademik.

Hasrat beliau adalah ingin menjadi artis yang mempunyai ilmu dan pengetahuan.

Berkat sokongan padu ibu dan kegigihannya,

Wany Hasrita berjaya memperoleh segulung Ijazah Sarjana Muda Sains Perubatan dari Universiti Sains dan Pengurusan (MSU).

“Setiap hari keluar sahaja rumah untuk bekerja, saya berdoa agar semua berjalan lancar.

Diharapkan rezeki yang diperoleh mampu menampung kehidupan dan mengukir senyuman pada wajah ibu,“ tuturnya.

Butiran kata itu bukan sekadar taburan janji manis tetapi disusuli tindakan.

Terbaharu, menerusi laman sosial Intagram peribadi,

beliau berkongsi video kegembiraan apabila impian memiliki kediaman yang selesa untuk berteduh bersama ibu terlaksana.

“Alhamdulillah, untuk segalanya. Betullah, kata-kata itu satu doa. Setiap hari menyebut hendak membeli rumah,

menunaikan haji dan umrah. Akhirnya, doa untuk membeli rumah dipermudahkan.

“Ini azam saya tahun 2019, tetapi setahun tertangguh. Namun begitu, ALLAH tahu bila waktu terbaik untuk beri pada hamba-NYA. Ibu, ini rumah kita.

Terima kasih pada semua yang mendoakan,“ coret beliau dalam satu entri Instagram selepas singgah kediaman dua tingkat di sebuah kawasan di Semenyih, Selangor.

Berjuang demi Syria

Sembang kami pada petang Khamis minggu lalu rancak meskipun hujan lebat membasahi bumi.

Penulis gali satu persatu sisi diri artis yang terkenal dengan lagu Menahan Rindu itu.

Lantas, penulis bertanya tentang penglibatannya dalam misi kemanusiaan.

Tanpa berfikir lama, Wany Hasrita dengan penuh keterujaan berkata, jiwanya mudah tersentuh apabila melibatkan hubungan sesama manusia dan hal-hal kemasyarakatan.

Justeru, beliau nekad untuk bekerjasama dengan pertubuhan bukan kerajaan yang bermatlamat menghulurkan bantuan kepada insan memerlukan ataupun melibatkan alam sekitar.

Lagipun, Islam sentiasa menekankan agar manusia saling membantu antara satu sama lain. Firman ALLAH SWT: “…Dan tolong-menolonglah kamu dalam

(melakukan) kebaikan dan ketakwaan dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan permusuhan.

Bertakwalah kepada ALLAH, sesungguhnya ALLAH sangat berat seks4an-NYA.“(Surah al-Ma‘idah, ayat 2).

Justeru, titik permulaan pemenang Anugerah Bintang Paling Popular 2018 adalah dilantik menjadi Ikon Kemanusiaan Syria Care bersama rakan artis, Khai Bahar.

“Bersyukur dengan rezeki-NYA yang memberi saya peluang menyumbangkan khidmat untuk kerja amal ini.

Biarpun belum berkesempatan menjejakkan kaki ke Syria, tetapi itu bukan alasan saya tidak boleh membantu.

“Tiada batas untuk menghulurkan pertolongan sesama manusia. Tidak kira tempat kita atau di luar,

mereka memerlukan bantuan. Kita harus saling membantu tidak kira bangsa atau agama,“ luahnya.

Beliau juga reda apabila kunjungan ke Syria dijadualkan pada bulan April lalu terpaksa ditunda berikutan pand3mik Cov1d-19.

Wany Hasrita menambah, beliau berharap, menerusi penyertaannya bersama pihak Syria Care sedikit sebanyak dapat

menyuntik kesedaran dalam kalangan masyarakat tempatan mengenai pend3ritaan yang dialami oleh rakyat Syria.

“Ini soal kemanusiaan yang mana kita hanya perlu menjadi manusia untuk merasa kasihan,“

ujarnya yang sentiasa menyeru rakyat Malaysia khususnya para pengikutnya dalam laman sosial Instagram menyumbang kepada Syria Care.

Aktif

Siapa sangka di sebalik keanggunannya menyarungkan persalinan busana fabrik songket dan bercucuk sanggul lintang pada ketika mengalunkan lagu tradisional, Canggung, beliau sebenarnya wanita aktif dan l4sak.

Wany Hasrita yang memiliki ketinggian 164 sentimer itu berkongsi satu kisah lucu yang menyebabkan dirinya dimarahi teruk oleh bapanya, Hasbullah Hassan.

Masakan tidak, jika kanak-kanak perempuan berusia enam tahun bermain boneka dan masak-masak,

beliau pula lebih asyik bermain di longkang besar bersama budak lelaki.

“Biasalah zaman kanak-kanak. Tak terfikir pun soal bahaya. Keutamaan masa itu hanyalah keseronokan bermain dengan kawan-kawan. Ingatkan dapat sembunyikan daripada pengetahuan ayah dan ibu, tetapi lain pula ceritanya.

“Sebaik saja ayah mengetahui aktiviti nakal saya, apa lagi saya bukan sahaja dimarahi, bahkan turut dipukul.

Sejak itu, sedikit demi sedikit saya cuba berubah menjadi anak perempuan yang lebih sopan,“

seloroh Wany Hasrita yang pernah bergayut di buaian kepala di bawah, badan di atas.

Pun demikian, beliau jujur mengatakan bahawa pengalaman dipvkul sedikitpun tidak menerbitkan perasaan benci terhadap bapanya.

Beliau mengerti tindakan orang tuanya itu adalah untuk mendidik, apatah lagi anak perempuan wajar menjaga tingkah laku.

Bagaimanapun, satu perkara yang tidak berubah, beliau sukar berpisah daripada terus melakukan aktiviti lasak dan mencabar.

Penangan sikap tersebut secara tidak langsung telah mendorong Wany melibatkan diri dalam dunia perlumbaan kereta di bawah program Toyota Gazoo Racing.

“Sememangnya, saya suka memandu laju di lebuh raya terutamanya perjalanan jarak jauh. Justeru, apabila ditawarkan menyertai program berkenaan (Toyota Gazoo Racing), tanpa berfikir panjang saya menerima pelawaan tersebut.

“Lagipun daripada memecut di atas jalan raya, lebih baik saya berlumba di litar kerana ia lebih selamat. Menariknya,

menerusi program seumpama ini, para peserta juga berpeluang mempertingkatkan skil pemanduan dan diberi latihan intensif oleh jurulatih bertauliah,“

katanya yang pernah berdepan detik cemas apabila keretanya terseret akibat gagal mengawal ketika mengambil selekoh tajam di Litar Sepang Antarabangsa, Selangor.

Selain beliau, program Toyota Gazoo Racing turut disertai barisan selebriti wanita tempatan lain seperti Diana Danielle, Janna Nick dan Nabila Razali.

Sebelum menamatkan bicara, Wany Hasrita yang merupakan juara cabaran Toyota Gazoo Racing Festival dan Perlumbaan Toyota Vios kelas selebriti di

pekarangan Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Gong Badak, Kuala Terengganu pada tahun lalu menitipkan pesanan:

“Tahap keselamatan memandu di atas jalan raya dan di litar adalah berbeza.Bagi individu minat berlumba kereta,

anda disaran memilih platform betul dan mendalami ilmu terlebih dahulu daripada mereka yang pakar .

Ia bukan sahaja untuk diri sendiri, bahkan demi menjaga keselamatan orang lain

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *