Semasa

Terkini ubat antivirus ini yang digunakan untuk merawat pesakit C0vid 19 disahkan tidak lagi berkesan dan ia turut beri kesan yang lain

Ubat antivirus remdesivir didapati tidak berkesan dalam merawat pesakit C0vid-19 malah tidak membantu mengurangkan kes pemergian akibat wabaak itu.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kajian klinikal oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) iaitu ‘Solidarity trial’

turut membuktikan ubat anti malaria hydroxychloroquine, serta ‘lopinavir’ dan ‘ritonavir’, tidak berkesan dalam merawat pandemik itu.

“Jadi kita dapat simpulkan, remdesivir tak berkesan untuk kita merawat pesakit C0vid-19 dari tiga sudut iaitu pemergian,

kemasukan ke h0spital atau keperluan bantuan pernafasan. “Dulu kita tiada bukti yang kukuh,

tetapi hari ini kita sudah ada kajian. Bukan hanya di Malaysia tapi ia juga membabitkan negara yang di bawah payung WHO,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media harian mengenai perkembangan terkini C0vid-19 di Putrajaya, hari ini.

Sebelum ini, remdesivir, hydroxychloroquine, lopinavir dan ritonavir digunakan bagi rawatan pesaklt C0vid-19.

Namun berdasarkan kajian, kata Noor Hisham, pihaknya mendapati ubat dexamethasone berkesan untuk menghalang radang paru-paru dan memberikan hasil positif terhadap pesakit.

Katanya, kajian klinikal berkenaan membabitkan pesakit Covid-19 dari 30 negara termasuk Malaysia.- HMETRO

Amalan norma baharu. Pakar Epidemilogi terus buat kenyataan berkenaan vaksin C0VID19 dan harap semua maklum dengan perkara ini

Semasa kita diambang gelombang kedua Covid-19, pelbagai pendapat yang dilntarkan oleh pakar dan orang awam bagi memastikan wabaak ini tidak terus menular.

Memandangkan vaksin juga masih belum dipasarkan secara rasmi dan tiada khabar angin bila ia akan mula digunakan.

Pihak kerajaan sehingga kini berterusan mencari jalan terbaik untuk merawat para pesakit.

Pada masa yang sama, seorang Pakar Epidemiologi Jabatan Perubatan Kemasyarakatan dan Pencegahan Universiti Malaya (UM),

Prof Datuk Dr Awang Bulgiba Awang Mahmud berpendapat bahawa hidup dalam norma baharu adalah ‘vaksin’ terbaik untuk melawan C0vid-19 ini.

Tambah beliau, vaksin yang yang bakal dihasilkan bukan satu kepastian dapat melindungi masyarakat daripada dijangkiti virus terbabit.

“Kita tidak mahu apabila mendapat vaksin dan terus diberi (kepada pesakit) akan menimbulkan masalah lain pula,

sebab itu vaksin ini bukan satu kepastian yang dapat melindungi kita. Itu sebabnya norma baharu penting, malah inilah vaksin kita sebenarnya.”

Bimbang dengan peningkatan kes, pastikan rakyat patuh SOP. Dr Awang Bulgiba turut menyatakan kebimbangan kerana jumlah kes berkemungkinan tidak menunjukkan

penurunan berterusan dalam tempoh beberapa minggu akan datang.“Saya melihat kes tiga angka akan berterusan untuk beberapa minggu lagi,

justeru pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di beberapa negeri diharap dapat membendung penularan virus itu.”

Selain itu, beliau mengesyorkan supaya kerajaan membuat kajian tingkah laku masyarakat terhadap pematuhan prosedur operasi standard (SOP)

supaya masyarakat dapat biasakan diri dengan norma baharu. “Kerajaan wajar membuat kajian supaya pematuhan SOP menjadi sebahagian daripada norma baharu masyarakat.”

Kita tak tahu bila wabak ini akan hilang. Tapi hidup perlu diteruskan. Tak susah pun nak ikut SOP betul tak? Semoga kita terus kuat hadapi dugaan ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *