Semasa

TERKINI: PKPB Dilaksanakan Di Seluruh Semenanjung Kecuali 3 Negeri Ini

Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dilaksanakan di seluruh negeri di Semenanjung kecuali Perlis, Pahang dan Kelantan selama selama 4 minggu bermula 9 November hingga 6 Disember 2020.

Menurut Menteri Kanan Keselamatan Malaysia, Datuk Ismail Sabri dalam sidang media hari ini, bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Selangor serta Sabah secara automatiknya PKPB disambung sehingga 6 Disember 2020.

Jelasnya lagi, semasa PKPB berlangsung, rakyat tidak dibenarkan untuk merentas daerah seperti SOP sebelum ini.

Sementara itu, katanya, kerajaan akan meneruskan arahan dikeluarkan bermula 24 Julai lalu kepada rakyat pulang ke tanah air dan warga asing yang masuk ke negara ini untuk menjalani kuarantin wajib di stesen kuarantin ditetapkan.

“Sebelum ini memang kita perkenalkan kuarantin wajib di hotel tetapi kemudian kita longgarkan sedikit apabila kita benarkan kuarantin kendiri di rumah.

“Tetapi banyak berlaku masalah apabila kebenaran kuarantin kendiri di rumah diizinkan sebab ramai yang tidak mematuhi SOP yang dikeluarkan oleh kerajaan.

“Jadi kita berbalik kepada kuarantin wajib di stesen kuarantin, lebih-lebih lagi hampir semua negara di seluruh dunia kini menunjukkan peningkatan kes yang mendadak,” katanya.

Sumber : bernama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *