Semasa

Terkini, Menteri Jawab Adakah Larangan Rentas Negeri Akan Dilaksana Semula Sebab Kluster Sivagangga

Menerusi sidang media perkembangan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), Ismail Sabri umum larangan rentas negeri hanya untuk kawasan yang bersasar sahaja.

Soalan dari sidang media

Susulan kluster sivagangga, adakah kerajaan bersedia dengan pertimbangan untuk melaksanakan larangan rentas negeri khususnya melibatkan negeri negeri yang terlibat dengan kluster sivagangga tersebut.

Jawapan Ismail Sabri Pada Min 25

Gambar Hiasan

“Kita tidak lagi menghadkan pergerakan seluruh negeri, seperti saya kata tadi kita berfokus, targeted. Kita bersasar, kawasan situ yang ada kes positif, kawasan situ yang kita sekat dari segi pergerakan”.

“Mereka tidak boleh keluar daripada PKPD yang telah pun kita laksanakan. Jadi dalam kawasan tersebut, bukan seluruh negeri kedah atau seluruh negeri perlis”

Masyarakat perlu mengambil serius dengan saranan Kementerian Kesihatan dan kerajaan bagi membendung gejala wabak C0vid-19 yang berlaku di negara kita.

Menerusi satu status daripada laman Facebook rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menasihatkan orang ramai untuk tidak menunding jari kepada mana-mana pihak bagi kes-kes kluster terbabit , namun jadikan kes ini sebagai satu teladan kepada semua.

Dari Sivagangga ke Napoh, akhirnya TEMCO

Kluster PUI Sivagangga paling mendapat perhatian masyarakat di negara ini. Kes indeks kluster ini telah ingkar arahan HSO dan menyebarkan jangkitan kepada pekerja-pekerjanya di kedai makan di Napoh, Kedah, serta kepada pelanggan dan seterusnya merebak ahli keluarga dan saudara mara terdekat.

Setakat 9 Ogos, 45 positif dari kluster ini dan telah menjangkau generasi ketiga melibatkan tiga negeri, Kedah, Perlis dan Pulau Pinang.

Penerangan mengenai Sivagangga

Sivagangga juga dieja Sivagangei atau Sivagangi adalah satu daripada 9 daerah di negeri selatan India, Tamil Nadu. Kluster ini dinamakan Sivagangga kerana kes indeks mempunyai sejarah perjalanan ke daerah itu.

PUI pula digunakan untuk individu yang baru pulang dari luar negara. Sivagangga dilaporkan daerah paling rendah kes C0VID19 di Tamil Nadu.

Kluster ini adalah contoh teladan terbaik akibat yang berlaku jika kita ingkar atau melanggar arahan kerajaan. Akibat kluster ini, 4 mukim di Kubang Pasu dan dua kampung di Perlis dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Secara Pentadbiran (TEMCO) dan beberapa sekolah terpaksa ditutup.

Namun, ini bukan lagi masa menuding jari dan menyalahkan mana-mana pihak. Perkara yang telah berlaku dijadikan panduan untuk kita mematuhi setiap arahan kerajaan khasnya nasihat kesihatan oleh KKM.

Jika kita alpa dan bersikap tidak kisah, kesannya bukan sahaja pada diri sendiri dan keluarga malah masyarakat sekeliling serta negara.


Langkah-langkah pencegahan mesti dilakukan setiap masa kerana amalan kesihatan awam ini paling berkesan mengelak jangkitan sebelum vaksin dihasilkan. Pakai pelitup muka sebaik keluar rumah untuk membiasakan diri dengan budaya norma baharu untuk melindungi diri.

Sumber : Bernama / KKM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *