Semasa

Terb0ngkar Kegiatan Sebenar 4 Anggota. Datuk Bandar MBSA Mula Bersuara Dan Ini Kata-Kata Kpd Asri

Penangan video Asri Janggut, seorang lagi anggota penguat kuasa Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) ditahan kerana disyaki menerima rasvah.

Ia menjadikan jumlah keseluruhan svspek ditahan setakat ini adalah seramai empat orang.

Difahamkan mereka mendapat habuan bagi melindungi premis perniagaan yang menjalankan kegiatan perniagaan tanpa lesen di Sungai Buloh, dekat Kuala Lumpur.

Dalam pada itu, MBSA menasihatkan peniaga khususnya di Bandar Baru Sungai Buloh supaya mematuhi arahan dikeluarkan sehingga isu berniaga tanpa lesen diselesaikan.

Datuk Bandar Shah Alam, Datuk Haris Kasim berkata, pihaknya sedang mengenal pasti tapak sesuai untuk mereka berniaga.

Katanya, sebelum ini sudah ada tapak yang disediakan, namun ada peniaga yang enggan berpindah ke lokasi berkenaan.

Kata-kata buat Asri Janggut

” Saya mengikuti isu ini secara dekat dan perlu mendapatkan laporan terperinci daripada pegawai penguat kuasa MBSA.

” Kita juga ucapkan terima kasih kepada Mohd Asri (Mohd Asri Hamid) atas aduan dibuat.

” Tindakan akan diambil seperti mana rutin yang dijalankan sebelum ini.

” Saya juga berharap isu ini tidak berpanjangan kerana kita ada banyak lagi kerja untuk diselesaikan.

” Kita hadapi kesukaran, tetapi menjadi tanggungjawab kita untuk terus memastikan peraturan ditegakkan,” katanya kepada Harian Metro.

Beliau mengulas kontroversi membabitkan pentadbir akaun Facebook Hot Burger Malaysia, Mohd Asri Hamid, 42, atau Asri Janggut yang turut mendakwa premis perniagaan diusahakan warga Aceh ‘kebal’ kerana tidak dikenakan tindakan atas kesalahan menjual rokok seludup.

Dua versi video berdurasi 13 minit 28 saat dan lapan minit 29 saat yang dibuat secara langsung mendapat perhatian Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin yang turun melawat lokasi berkenaan semalam.

Haris berkata, tindakan menyita barangan perniagaan peniaga burger di situ dilakukan selepas teguran dan nasihat tidak diendahkan sebelum ini.

” Ia mengikut Undang-Undang Kecil Penjaja MBSA 2007 Peruntukan 19 (Meninggalkan Barang Perniagaan Di Tempat Awam) & Peruntukkan 3 (Menjaja Tanpa Lesen) serta Peruntukkan 42 (Kuasa Sitaan).

” Mereka yang barangan disita, boleh berhubung dengan pegawai MBSA dan selepas menjelaskan kompaun, barangan terbabit boleh diambil semula,” katanya.

Katanya, beliau mengalu-alukan kerjasama orang ramai untuk tampil membantu MBSA bagi memastikan aktiviti perniagaan dijalankan seperti sepatutnya dan tiada pelanggaran undang-undang.

” Kita juga minta supaya orang ramai khususnya netizen supaya tidak membuat tuduhan melulu kepada penguat kuasa yang menjalankan tugas mengikut peraturan sedia ada dan bukannya suka-suka.

” Sudah tentu akan ada tindakan kepada pegawai penguat kuasa MBSA jika mereka didapati menyalahgunakan kuasa ketika bekerja.

” MBSA juga bersedia membantu pihak polis menjalankan siasatan atas dakwaan ada aktiviti perjvdian membabitkan premis,” katanya.- lawaksiot

Ramai pula tak pvasahati dgn Asri Janggut. Dia tampil mohon maaf kepada semua

Pengasas rangkaian Hot Burger, Mohd Asri Hamid mengkritik sebahagian anggota p0lis yang disifatkannya sebagai tidak menjaga akhlak dengan baik.

Dalam satu video yang tersebar di laman-laman media sosial hari ini, beliau yang juga dikenali sebagai Asri Janggut berkata, kebanyakan daripada pegawai p0lis hari ini tidak menjaga solat dan menghisap rokok.

“Kebanyakan yang masuk jadi p0lis, jadi tentera ini tidak jaga solat. Terlalu mudah, cair, cepat. Hisap rokok, tak jaga sembahyang.

“Cuba tanya anggota p0lis, subuh sembahyang tak? Bila terakhir sembahyang subuh bawa isteri(berjemaah) subuh?

“Pernah tak tanya anak apa itu (khalimah) syahadah, benda(perkara merupakan) kunci (agama),” katanya ketika menghadiri satu forum anjuran Persatuan Pengguna Islam (PPIM).

Kebanyakan polis tak jaga solat kata Asri

Posted by Suara.TV on Tuesday, August 11, 2020

Jangan la mcm tu pulak saudara….adakah kamu nampak anggota PDRM ATM tak solat???? Bila bersuara renung2 kan lah….yg baik kita jd kan ikut yg tidak baik kita canggah….kadang2 kerana mulut badan binasa…kamu mgkn berjaya ketika viralkan tentang judi dan sbg nya disungai buloh….jgn kerana itu kamu dah bongkak….anggota PDRM ATM ramai berkecil hati, adakah anda sanggup berjumpa setiap anggota seluroh malaysia utk meminta maaf….fikir2 kan lah sblm lidah berkata2″-tulis seorang netizan

“MENVDUH kebanyakan anggota polis, tentera tak sembahyang, tak jaga solat ni statement tak betul brudder. Bab ibadah ni jangan semudah itu jatuhkan hukvman. Ko pasang CCTV ke kat kuarters depa? Iskh ko ni kan”-Bekas Wartawan Syahril A.Kadir

Susulan dari itu, ramai netizan tidak bersetuju dengan pandangan Asri sehingga beliau tampil memohon maaf

“Bismillah.. assalammualaikum semua,berkenaan tentang solat,saya akui kelemahan,keterlanjuran,kejahilan saya saya merasa amat- amat menyesal,malu,bersalah atas perkara tersebut,saya ingin memohon jutaan maaf atas kejahilan saya”-Asri Janggut

Berikut reaksi dari netizan

“Apabila ilmu pendidikan dh tinggi, jgn sampai menguasai kewarasan otak utk berfikir negatif kpd org lain..Selama ni kita berjaya atas sokongan dorongan mereka ( pelanggan). sehari je buat statement panas, dan sehari tu jgk hidup kita hancur disbbkn mereka..

“Huh sgt mengguris hati kata2 tu.. xboleh pukul rata tuan Asri.. sy bukan anggota pun trut rase itu keterlaluan.. moga Allah mengampunkan, dan merahmati anggota keselamatan kita…ape2 pun kite phm niat baik tuan.. cuma cara penyampaian kurg sesuai pd sy.

“bismillah..maafkan saya tuan..sy akui kesilapan ini.. maafkan saya”-Asri

Dalam pada itu bekas wartawan Utusan Malaysia Syahril A. Kadir juga mempunyai pandangan yang sama

“TOKSAHLA dok pertikai ibadah orang. Cakap yang perlu sudahlah. Aku mulalah menyampah bila masuk benda over-over sangat nih”

“Pengajaran. Nak mengecam berpada-pada, nak memuji tak perlu over. Kan dah mendapat”

“S4lah mereka mungkin sepelaung, tetapi jasa mereka cecah segunung!”-Syahril A. Kadir

“KALAU ada yang terlupa, izinkan aku mengingatkan. Pada 2 Mac 2013, enam pegawai dan anggota polis terbvnuh dalam s3rangan hendap oleh pengg4nas Sulu di Kampung Simunul, Semporna, Sabah.  Di Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu segalanya dizahirkan. Hakim diberitahu, ketika myat-myat pegawai dan anggota p0lis ini dikeluarkan dari lokasi, ada mngsa telah dip3nggal kepala mereka dan dic4catkan.

Ada mngsa yang dic4catkan dengan 0tak dan mata kanan h1lang daripada tengk0rak serta terdapat k3laran pada mukanya. Ada juga anggota p0lis terbabit yang mukanya telah dik0yakkan dan hanya kelihatan tulang. Malah salah seorang daripada enam anggota itu leh3rnya hampir pvtus dengan k3pala dan tVbuhnya hampir terp1sah.

“Pada Mac lalu, kita tidak mungkin lupa bagaimana Koperal Safwan Muhammad Ismail, 31, terbvnuh setelah terc4mpak akibat dirempvh sebuah pacuan empat roda dipandu pemandv mabvk ketika mengadakan sekatan jalan raya (SJR) Op C0VID-19 di Plaza Tol Kajang Selatan Lebuhraya LEKAS.

MEREKA ini adalah di antara ribuan warga PDRM yang telah terk0rban akibat dibvnuh sama ada oleh pengg4nas komunis, pencerob0h atau penj3nayah sewaktu menjalankan tugas untuk mempert4hankan negara dan kita semua. Justeru, waima kita m4rah, kesal atau kec3wa sekalipun bila ada ‘pengkh1anat’ dalam PDRM, jangan sekali kita ‘pukul rata’ seolah-olah pasukan itu telah h1lang secara total integriti dan rvntuh kredibilitinya.

“Berpada-padalah dalam mengkrit1ik. Tolong bezakan antara menegur dan mencac1. Jangan kerana m4rahkan nyamuk, habis rumah kita b4kar rentvng. Salah mereka mungkin sepelaung, tetapi jasa mereka cecah segunung!

“Dalam soal mesin judi ni, satu benda kena ingat, kita boleh m4rahkan taukeh judi, kita boleh m4rahkan PBT, kita boleh m4rahkan polis yang amik rasvah, at the end of the day kalau korang tak masuk dan berjudi kat dalam tu – semua benda ni takkan berlaku. ‘Penawaran’ berlaku bila ada ‘permintaan’. Orang putih dalam pepatah mereka ada mengatakan – its takes two to Tango. Orang Melayu kata tepuk sebelah tangan tak berbunyi. M4rah sakan ni sebab benci rasuah ke atau marah kat diri sendiri sebab bertaruh punyalah banyak cuma ciput je yang ko dapat CUCI?

Jangan kecam penguat kuasa kena tahan, kata Asri

Dalam pada itu  Pengasas Hot Burger Malaysia, Mohd Asri Hamid meminta warganet supaya tidak mengecam dan memaki-hamun tiga penguat kuasa Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) yang ditahan serta akan dihadapkan ke mahkamah bagi permohonan reman di bawah Sekyen 11 Kanun Acara Jenayah kerana mereka juga mempunyai keluarga.

Beliau berkata, ALLAH SWT sedang mengangkat darjat mereka dengan ujian ini dan Insya-ALLAH mereka akan menjadi manusia yang lebih baik selepas ini.

“Kita mungkin tidak diuji sebegitu, jadi jangan memaki mereka berlebihan. Saya minta warganet jangan kecam mereka.

“Saya lihat ramai yang kecam polis dan pihak berkuasa tempatan (PBT). Jangan, mereka juga ada maruah. Tidak semua penguat kuasa bertindak begitu. Saya harap selepas daripada ini semua pihak turunkan ego masing-masing,” katanya pada Wacana Sinar Harian Siri Ke- 186 bertajuk Isu Judi: Fitnah atau Realiti? di Studio F Kompleks Kumpulan Karangkraf di sini hari ini.

Tiga anggota penguat kuasa MBSA, Cawangan Sungai Buloh ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki melindungi premis perniagaan tanpa lesen.

Penguat kuasa berusia antara 41 hingga 49 tahun itu turut disyaki mengutip dan menerima rasuah secara bulanan.

Suspek ditahan dalam satu operasi khas SPRM ketika hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya.

Mengulas lanjut, Asri berkata, sudah sekian lama isu mesin judi haram berlaku di negara ini tetapi tidak ada satu formula bagi memastikan aktiviti tersebut hilang di negara ini.

“Berapa banyak wacana tentang perkara ini dibuat tetapi ia tidak selesai juga. Sebenarnya ia memerlukan formula yang memastikan ia tidak boleh bertapak di Malaysia.

“Bagi tauke mesin judi ini, dia memikirkan soal perniagaan dan untung. Mereka tidak kira soal halal dan haram tetapi kita orang Islam ini ada batasnya, ada perkara halal dan haram,” katanya.

Jelasnya, anggota dan pegawai penguat kuasa perlu memahami agama dan itu merupakan formula bagi menyelesaikan masalah yang timbul.

“Kita mahu orang yang menjaga negara ini faham tentang agama. Sebaiknya angkat pelajar daripada mahad tahfiz untuk menjadi pegawai polis, imigresen, PBT dan sebagainya. Mereka ini faham tentang agama.

“Satu perkara yang saya ingin tekankan ialah PBT bila jumpa dengan peniaga, jangan berlagak samseng, tidak salah jika kita bercakap lembut. Siapa lagi kita mahu bercerita masalah kalau bukan penguat kuasa,” katanya.

Terdahulu, Asri pada Sabtu baru ini memuatnaik tiga siaran langsung di Facebook mengenai kewujudan beberapa premis judi di sekitar Jalan Besar, Bandar Baru Sungai Buloh.

Melalui siaran tersebut, dia turut mendakwa wujud beberapa premis judi serta gerai peniaga warga Indonesia keturunan Aceh yang menjual rokok seludup di sekitar Jalan Besar Bandar Baru Sungai Buloh.

Rentetan itu Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Shafa’aton Abu Bakar mengadakan satu sidang akhbar tergempar, sambil manafikan dakwaan tersebut.

Shafa’aton turut berkata akan memanggil Mohd Asri bagi membantu siasatan kerana mendakwa pihak berkuasa tidak melakukan pemantauan terhadap kegiatan perjudian dan penjualan rokok seludup di kawasan Sungai Buloh.

Pihak polis juga telah membuat satu laporan polis bagi menafikan kewujudan beberapa premis judi di sekitar Jalan Besar, Bandar Baru Sungai Buloh yang didedahkan Asri itu.

Sementara itu Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin, memaklumkan langkah itu adalah tindakan biasa bagi membolehkan polis menyiasat dakwaan yang dibuatnya.

Jelas beliau, dalam masa yang sama tindakan dan siasatan juga boleh diambil ke atas polis yang mungkin terbabit.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *