Semasa

Tengku Jihan Dikatakan Tidak Pakai Facemask Sebab Dia ‘Ank Agong’

KECOH di laman Twitter gara-gara seorang pelayar membuat satu posting mendakwa anakanda Yang di-Pertuan Agong (YDPA),

Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ketika membuat kunjungan ke Pusat Sains Negara (PSN) baru-baru ini.

Melalui satu bebenang di Twitter, pelayar yang memegang akaun hahamimizah mendakwa kesemua anakanda baginda dilihat tidak memakai topeng pelitup muka.

Kerajaan pada 1 Ogos lalu mewajibkan semua rakyat di negara ini memakai pelitup muka terutama ketika menaiki pengangkutan awam dan juga ketika mengunjungi lokasi sesak.

Gambar yang dimuat naik oleh seorang pelayar (kanan) sebagai bukti bahawa Puteri Jihan dan adik beradiknya memakai pelitup muka ketika kunjungan ke PSN baru-baru ini. Foto: Kredit Twitter nrlshd

“Hari tu anak-anak Agong datang Pusat Sains Negara tak pakai mask dan not even one staff tegur. One of them je yang pakai,

the other siblings datang dengan beg LV diaorang stroll PSN camtu je tak pakai mask hahahaha b*b*,” demikian ciapan pelayar berkenaan.

Pelayar itu juga mengatakan situasi yang berlaku itu menjadi salah satu sebab mengapa dia tidak menyukai kerabat diraja.

“Peasants out here getting fined and jailed for the same crime, and these monarchs gets away with it? When someone asked me why I despised the royals, I tell them this.

(Orang bawahan didenda dan dipenjara kerana jenayah yang sama, dan kerabat terlepas? Bila seseorang tanya mengapa saya membenci para bangsawan,

saya memberitahu mereka ini),” tulisnya lagi.

Bagaimanapun, dakwaan tersebut disangkal oleh anak bongsu YDPA, Tengku Puteri Jihan Azizah ‘Athiyatullah.

Menerusi ciapan di Twitter, puteri berkenaan dalam bahasa yang penuh sopan menjelaskan bahawa kesemua adik beradiknya memakai pelitup muka.

“Minta maaf tapi kita semua pakai mask hari tu. And none of us were using LV bags. Please don’t just assume (Dan tiada seorang pun daripada kami memakai beg LV.

Tolong jangan buat andaian),” tulis puteri berkenaan.

Ciapan Puteri Jihan sehingga kini meraih lebih daripada 3,000 retweet.

Bagaimanapun, dakwaan tersebut disangkal oleh anak bongsu YDPA, Tengku Puteri Jihan Azizah ‘Athiyatullah.

Menerusi ciapan di Twitter, puteri berkenaan dalam bahasa yang penuh sopan menjelaskan bahawa kesemua adik beradiknya memakai pelitup muka.

“Minta maaf tapi kita semua pakai mask hari tu. And none of us were using LV bags. Please don’t just assume (Dan tiada seorang pun daripada kami memakai beg LV.

Tolong jangan buat andaian),” tulis puteri berkenaan.

Ciapan Puteri Jihan sehingga kini meraih lebih daripada 3,000 retweet.

Seorang pelayar (kanan) turut memuat naik gambarnya bersama Puteri Jihan dan dua adik beradiknya yang memakai pelitup muka sebagai bukti.

Selain itu, dakwaan berkenaan kemudian turut disangkal oleh seorang pelayar lain.

“Sis u okay? Jangan malukan nama PSN please. I dengan diaorang kot. Oh plus, they wearing Dior not LV

(Lagi satu, mereka guna Dior bukan LV),” tulis pelayar berkenaan.

Malah dia turut memuatnaik sekeping gambarnya bersama Puteri Jihan dan dua adik beradiknya yang lain,

iaitu Tengku Ahmad Ismail Mu’adzam Shah dan Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah yang memakai topeng pelitup muka.

Sementara itu, ruangan komen di Twitter Puteri Jihan turut dibanjiri komen netizen yang mengecam tindakan pelayar berkenaan dan menggesa tindakan tegas dikenakan terhadapnya.

Malah mereka dalam masa yang sama memuji Puteri Jihan kerana menggunakan bahasa yang sopan sekali pun dilontarkan kecaman.

“Bahasa yang tiada adab terhadap golongan diraja adalah satu penghinaan.

Permohonan maaf tidak cukup untuk gadis tersebut. PDRMsia perlu lakukan sesuatu,” komen seorang pelayar.

“Gadis itu sepatutnya kena diambil tindakan. Dia tak boleh sesuka hati tuduh Royal Family tanpa bukti,” komen seorang pelayar lain.

“Tengok bahasa yang dia gunakan. Then tengok reply dari Tengku.

Siap ada perkataan ‘maaf’. Itu bezanya dia dengan Tengku,” komen seorang netizen lain pula.

Bagaimanapun, hasil carian mStar mendapati tweet pelayar berkenaan kemudian telah dipadamkan.

Sumber : M STAR

Artikel lain.

Sayu Lihat Tuan Pergi Kucing Peliharaan Dibuang Tepi Jalanan Buat Netizen Geram

Kucing merupakan haiwan peliharaan yang cukup manja. Keakrabannya dengan manusia membuatkan si comel itu sukar untuk berdikari andainya pernah menjadi peliharaan di rumah.

Namun begitu, tindakan individu tidak bertanggungjawab membuang kucing-kucing di tepi jalan kerana enggan memeliharanya lagi adalah satu perkara yang agak zalim.

Buang kucing sebab anak ada asma

Lebih geram apabila tindakan tersebut dirakam dan dimuat naik ke media sosial. Sudah pasti ramai warganet yang menonton berasa tidak gembira di atas perilaku sebegitu.

Perkara ini telah dikongsikan di Facebook Persatuan Haiwan Terbiar Malaysia dan membuatkan lebih ramai yang berasa bengang.

Ramai yang marah

Tindakan pengguna Instagram yang memuat naik tindakan sepupunya itu mengundang padah apabila berjaya dikesan oleh orang ramai dan memakumkan kepada persatuan tersebut.

Menerusi keterangan daripada Persatuan Haiwan Terbiar, mereka yang membuang haiwan peliharaan boleh dikenakan tindakan di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015.

Jika tertangkap, hukuman penjara maksimum 3 tahun dan denda maksimum RM100,000.

Termenung lihat tuan berlalu pergi

Sebab bukan baka kayangan kan?

Walaupun mempunyai alasan kukuh membuang kucing-kucing tersebut, namun apa yang dilakukan oleh wanita itu sedikit sebanyak

membuatkan ramai yang terkilan melihat kucing-kucingnya temenung apabila tuannya bergerak pergi.

Susulan daripada itu, Facebook Persatuan Haiwan Terbiar telah sesak dibanjiri dengan komen-komen daripada pencinta haiwan.

Rata-rata mereka berasa sedih kerana mereka seakan tidak mahu berusaha mendapatkan ‘keluarga’ baru buat kucing tersebut dan sewenangnya membuang si comel itu di jalanan.

Kucing peliharaan tak sama dengan kucing jalanan

Kalau iklankan ramai je nak ambil

Sumber : KLM

ARTICLE BERLAINAN :

Bekas peserta Keynote tuntut hutang RM6,000. Ini respond pihak Ajai

SELEPAS 10 tahun, anggota kumpulan SOG, Raja Nazrin Shah Raja Azaham selaku pemenang tempat kedua program Keynote yang disiarkan pada 2010 masih lagi menuntut wang kemenangan serta elaun yang dijanjikan berjumlah RM6,000.

Di Twitter, Nazrin turut berkongsi potongan akhbar dan menaikkan isu mengenai bayaran yang katanya belum dilangsaikan oleh komposer, Ajai.

“Wang kemenangan yang dijanjikan adalah RM5,000 manakala elaun sebagai peserta adalah RM1,000.

Jadi, jumlah keseluruhan wang RM6,000 itu belum saya terima sampai sekarang,” katanya kepada Harian Metro.

Nazrin ketika dihubungi berkata, dia juga pernah menaikkan isu sama berkenaan pada Mac tahun lalu,

tetapi menerima panggilan daripada pihak pengurusan Ajai dan dimaki hamun.

“Saya beberapa kali membangkitkan isu ini termasuklah pada Mac tahun lalu ketika Ajai bersama Exist ingin mengadakan konsert.

Saya memuat naik satu perkongsian mengenai hutangnya di Facebook.

“Tak lama kemudian, saya dihubungi pihak pengurusannya yang juga isterinya, Kak Liza dan dilemparkan dengan pelbagai makian.

“Dia meminta saya untuk menurunkan perkongsian di Facebook itu dan berkata akan meneruskan dengan tindakan undang-undang, jika saya tidak berbuat demikian,” katanya.

Tambah Nazrin lagi, dia juga dimaklumkan bahawa Ajai bukan orang yang bertanggungjawab menerbitkan program itu.

“Selepas itu, saya ada terbaca satu kenyataan daripada pihak pengurusannya (Ajai) yang mengatakan bahawa dia bukanlah salah seorang ‘orang kuat’ dalam syarikat produksi itu sedangkan kami, peserta-peserta sedia maklum mengenai posisinya.

“Ada juga peserta lain yang tidak mendapat bayaran seperti dijanjikan. Malah, ada yang tampil mengucapkan terima kasih kepada saya dan mungkin ada juga yang malas untuk berdebat,” katanya.

Selain Nazrin, program Keynote itu turut menobatkan Mohd Farhan Izharruddin sebagai juara manakala tempat ketiga pula dimenangi oleh Khairul Nizam Nazri

Ajai hanya tenaga pengajar

TERPALIT kontroversi mengenai ‘hutang RM6,000’ yang didakwa pemenang tempat kedua program Keynote, Raja Nazrin Shah Raja Azaham, pihak pengurusan komposer Mohd Faizal Maas atau Ajai tampil memberikan kenyataan balas.

Ajai menerusi pengurus yang juga isterinya, Liza Ilias menegaskan bahawa tanggungjawab Ajai dalam program yang disiarkan pada 2010 itu adalah sebagai dekan atau ketua tenaga pengajar sahaja.

“Dia memang ada keluarkan idea itu, tapi ia dijual kepada produksi yang menerbitkan program berkenaan. Jadi, tugasnya dalam program Keynote itu tak lebih daripada tenaga pengajar.

“Jadi, isu mengenai hadiah atau bayaran wang kemenangan, bukan menjadi tanggungjawabnya. Syarikat produksi itu pun dah tak wujud dan penerbitnya pun dah meninggal dunia,” katanya kepada Harian Metro.

Liza juga tidak menolak, pihaknya ada menghubungi Nazrin untuk memintanya menurunkan perkongsian di Facebook kerana itu membabitkan nama baik Ajai dan Exist.

“Pihak kami ada menghubunginya pada 9 Mac tahun lalu kerana perkongsiannya bukan sahaja mencalarkan nama Ajai,

tetapi juga membabitkan nama Exist yang nak mengadakan konsert pada ketika itu.

“Apa yang saya lihat, individu ini seperti ingin menangguk di air yang keruh. Saya dah jelaskan situasi dan posisi Ajai dan dia kena faham mengenainya,” katanya.

Kata Liza lagi, pihaknya tidak mahu memperbesarkan perkara ini.

“Kalau boleh, kami tak mahu sampai ke tahap perlu mengambil tindakan undang-undang. Dia adalah orang yang berpelajaran dan sepatutnya faham apa yang berlaku.

“Sepatutnya, dia mainkan peranan positif di dalam industri dan gunakan cara yang betul untuk menaikkan namanya serta kumpulan yang dianggotai.

“Ajai sentiasa menyokong bakat-bakat muda ini, tapi ada dalam kalangan mereka yang suka bercakap tanpa berfikir panjang,” katanya.

Selain Nazrin, program Keynote itu turut menobatkan Mohd Farhan Izharruddin sebagai juara manakala tempat ketiga pula dimenangi oleh Khairul Nizam Nazri.

Sumber : m star

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *