Hiburan

Tasha Shilla s3lamat melahirkan cahaya mata sulung, comel sangat

Pelakon Tasha Shilla selamat bersalin cahaya mata sulung pada Sabtu.Berita gembira itu dimaklum Tasha menerusi hantaran terbaharu di akaun Instagramnya hari ini.

Tasha menyatakan rasa syukur kerana diberi peluang untuk merasai kehadiran zuriat selain mengucapkan kata-kata sayang kepada suaminya, Atiq Idris.

“Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Ilahi dengan limpah inayahNya dan keizinanNya dapat saya melahirkan anak sulung lelaki kami pada hari Ramadhan ke-12, 1442 AH / hari Sabtu April 24, 2021.

“Terima kasih pada semua yang telah mendoakan kesihatan saya dan keluarga sepanjang masa.Saya sangat hargai pada semua pihak yang telah membantu menyempurnakan proses bersalin ini terutamanya pihak keluarga, sahabat-sahabat, team medical di hospital.

“Yang paling teristimewa dalam hidup saya, suami Atiq Idris, thank you so much berikan saya semangat, sentiasa membahagiakan saya dan menjadi suami yang soleh. I love you so much,” coretnya

Tasha dan Muhammad Atiq Idris berkahwin pada 28 Februari 2020 di Masjid wilayah Kuala Lumpur selepas dua bulan berkenalan.

Tahniah Tasha dan keluarga..

Biodata penuh Tasha Shilla

1. Nama penuhnya, Natasha Sheila binti Abdul Razak.

2. Kelahiran Ampang, Selangor pada 25 Januari 1987.

3. Berusia 32 tahun.

4. Berdarah campuran Melayu dan Jawa.

5. Merupakan pelakon dan model.

6. Mula menceburi bidang seni sejak tahun 1999.

7. Membintangi sitkom popular ntv7, Spanar Jaya seawal usia 12 tahun.

8. Bekas peserta pertandingan Dewi Remaja 2005/06 yang turut disertai pelakon Scha Al-Yahya dan Izreen Azminda.

9. Pernah bersaing dalam pertandingan nyanyian, Gempak Superstar 2016 meskipun hanya bertahan sehingga konsert minggu ketiga. Beliau mempertaruhkan lagu Wanita Terbahagia, dipopularkan Bunga Citra Lestari di minggu pertama, Aku Wanita Biasa (Krisdayanti – Minggu 2) dan My Heart Will Go On (Celine Dion – Minggu 3). Sembilan lagi pelakon yang terlibat ialah Nazim Othman, Izreen Azminda, Sherry Ibrahim, Raja Ilya, Arja Lee, Siti Elizad, Soffi Jikan, Ryzal Jaafar dan Dazrin Kamarudin.

10. Pernah berhubungan cinta dengan Hans Wong yang berbangsa Cina sekitar 2013, begitupun hubungan itu berakhir pada 2015.

11. Membintangi filem KL Menjerit 1, Ratu The Movie, Klip 3GP, Rock Oo, Chikaro dan Bravo 5.

12. Juga drama, antaranya Spanar Jaya, Dilema Wanita, Dottie, Gemilang, Tentang Dhia, Atas Nama Cinta, Rindu Bertamu Di Abu Dhabi, Bunga April, Ariana Rose, Maaf Jika Aku Tak Sempurna, Tabir Zulaikha, M.A.I.D dan terkini, Kamar Kamariah.

13. Termasuk telefilem Ku Yakin Berlaku, Panggilan Arwah, Cinta Dalam Botol, Mencari Jannah, Cinta Di Menara Burj Khalifa, Abang Samseng Jemur Kain, Penjaga Garisan Itu Suami Aku, Kasut Untuk Ayah, Haloba, Syaitan dan banyak lagi.

14. Menghiasi video muzik ‘Luar Biasa’ nyanyian Shahir Zawawi pada 2012.

15. Mengungguli kategori Artis Baru Wanita Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011 dan Anugerah Heroin Baru Terhebat menerusi filem Ratu The Movie di Anugerah Blokbuster 2012.

Sumber: Gempak | iluminasi

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *