Hiburan

Takut Diceralkan Ardi, Nia Ramadhani Haramkan Buka 2 Benda Ini

Sebut sahaja nama Nia Ramadhani, pasti ramai teringat pelakon itu mencipta nama menerusi drama sinetron Bawang Putih Bawang Merah.

Hampir 10 tahun mendirikan rumah tangga dengan usahawan Ardi Bakrie, Nia mengakui ada masanya hubungan mereka turut diuji.

Namun, Mia berkata dia mempunyai cara tersendiri untuk memastikan hubungannya dengan suami kekal harmoni.

Ujarnya, komunikasi dalam hubungan suami isteri sangat penting kerana pasangan kita tidak boleh baca fikiran kita.

“Saya tak suka apabila ada masalah kita bertanya kemudian pasangan hanya mendiam diri. Sikap begitu tidak akan menyelesaikan masalah.

“Pasangan kita bukannya ada kuasa psikik, boleh baca apa dalam fikiran kita. Jadi bukan salah dia, tapi salah kamu kerana tidak beritahu apa yang kamu tak suka,” katanya.

Nia memberitahu dia masih berpegang pesanan ayahnya dalam menjaga keharmonian rumah tangga jangan memeriksa telefon bimbit dan dompet suami. Malah, Nia mengakui sejak 10 tahun lalu dia tidak pernah buka dompet dan telefon suaminya.

“Nasihat papa sebelum berkahwin, dia pesan supaya saya tak buka dompet dan telefon milik suamu. Bukan sebab takut pasangan kita berbohong atau apa,

cuma kalau kita jenis kuat cemburu takut mesej perbualan biasa akan jadi masalah besar.

“Sampai sekarang saya tak pernah buka dompet dan telefon suami, tak mahu lihat,” katanya.

“Nia Ramadhani dan Ardi Bakrie bernikah pada 1 April 2010 dan kini memiliki tiga orang anak iaitu Mikhayla Zalindra Bakrie, Mainaka Zanatti Bakrie dan Magika Zalardi Bakrie.

Info menarik mengenai Nia

Nia Ramadhani (lahir Prianti Nur Ramadhani binti Priya Ramadhani; 16 April 1990) merupakan seorang pelakon Indonesia berdarah Sunda.

Nia dan kakaknya, Thalita Ramadhani dibesarkan oleh ibunya, Chanty Mercia setelah kedua orang tua mereka bercerai ketika Nia berumur 4 tahun.

Nia Ramadhani juga pernah rapat dengan anggota daripada peribadi Peterpan yang ketika ini di penjara,

Nia memulakan kerjayanya di dunia lakonan sejak usianya menjangkau 15 tahun. Namanya mula dikenali ketika membintangi drama “Bawang Merah Bawang Putih”.

Sumber : kec0h ape

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *