Hiburan

Tak Tahan Kena Kecam, Aisyah Akan Ambil Tindakan Undang² Terhadap Netzen ini

Juara Gegar Vaganza musim keempat (GV4) iaitu Aishah meluahkan rasa terkejut.

Ini apabila Noraniza Idris turut menerima nasib sama seperti dirinya apabila persembahan nyanyiannya dikecam oleh netizen.

Aishah berkata dia akui geram apabila ada segelintir individu mengkritik nyanyian Noraniza Idris seolah kononnya mereka ini lebih arif dalam bidang seni suara.

“Allahuakbar, seminggu dua ini saya mengharungi cabaran kecaman di alam maya.

Rupanya teman duet final GV7 nanti juga mengalami nasib yang sama.

Saya pula yang geram membaca komen-komen ini.

“Komen-komen negatif daripada orang yang macam dia pandai sangat tentang muzik dan seni suara.

Tapi hakikatnya orang-orang ini sendiri kalau kita letak atas pentas hampir pasti akan barai persembahannya,” tulisnya menerusi Instagram.

Kata Aishah lagi, setiap orang mempunyai cita rasa mereka tersendiri dalam muzik dan suara penyanyi.

Namun tidak perlu sesekali memperlekehkan meskipun ia bertentangan dengan selera masing-masing.

Jika tidak sukakan persembahan tersebut, tukar siaran lain atau tutup sahaja televisyen.

“Ini program hiburanlah, chill skit dan beradab boleh tak?

Kalau kita tak suka suara seseorang, itu cita rasa masing-masing, dah selera kau macam tu, okaylah..tapi perlu ke nak kecam?

“Tak rasa rugi ke nanti? Berbaloi ke hilang pahala amalan kita kerana tidak menjaga kata-kata kita untuk program hiburan?

“Tak suka tak apa, tapi beradablah sikit. Orang yang diumpat tu ada suami, ada anak-anak, ada keluarga.

Tak suka, pergilah toilet ke, makan ke apa ke masa dia menyanyi.

Kalau tak pun, tutup saja tv tu atau tukar saluran,” ujarnya.

Kata Aishah lagi, hanya mereka yang pernah menyertai program realiti itu sahaja yang faham betapa mencabarnya untuk meneruskan perjuangan setiap minggu.

Aishah turut meminta agar orang ramai menghargai bakat penyanyi di Malaysia.

“Perjalanan berminggu-minggu dalam GV bukan mudah kalau jiwa dan hati tak kental memang akan kecundang.

Yang tak pernah lalui takkan tahu. Macam manalah industri seni kita nak maju kalau kita tak henti bashing (hentam) karyawan kita sendiri.

“Sedangkan yang luar datang nyanyi ramai pun macam Tok Ram kata macam’hauk’, tapi orang kita agungkan.

Hormatlah bakat-bakat insan yang kita ada, carilah kebaikan mereka, kerana kita pun sempurna sangat ke? Sila muhasabah diri,” katanya.

Terdahulu, persembahan Noraniza Idris di konsert separuh akhir Gegar Vaganza musim ketujuh (GV7) dikecam netizen yang tidak berpuas hati  serta mempertikaikan prestasi persembahannya pada minggu lalu.

“Kalau tazkirah agama tak jalan, akta komunikasi boleh jaga mulut-mulut puaka!” 

TERLAJAK perahu boleh undur, terlajak kata badan binasa.

Itulah yang terjadi kepada seorang netizen yang meninggalkan komen negatif di Instagram penyanyi Aishah pada Rabu.

Beberapa jam selepas menulis komen berniat buruk, individu dipercayai seorang wanita itu tampil membuat permohonan maaf kepada Aishah.

Tindakan itu dibuat kerana berasa takut dengan maklumat berhubung Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) yang dimuat naik penyanyi itu di laman sosial.

Aishah menerusi laman Instagram miliknya berharap netizen menghentikan budaya menulis komen biadab tanpa berfikir tentang risiko akan datang.

Tak Tahan Kena Kecam, Aisyah Akan Ambil Tindakan Undang² Terhadap Netizen ini

Aishah memuat naik paparan skrin individu tersebut membuat permohonan maaf di Instagram.

“Setelah diingatkan tentang AKM kelam kabut minta maaf ya.

Beberapa jam saja berasakan dihimpit tekanan komen orang lain menghemtam diri… tahu ya rasa kemurungan.

“Suami pun dah sound kan? Yang kami ini korang tiap hari buat ‘lauk’ saja.

Itu tanpa memikirkan hati dan perasaan bukan saja tuan badan tetapi suami, anak-anak dan keluarga kami.

“Hentikan budaya komen tanpa berfikir, tanpa adab… terlajak perahu.

Kalau tazkirah agama tak jalan, maka semoga AKM boleh menjaga mulut-mulut puaka ini.

“Katakan tidak untuk cyber bullying, kejayaan Malaysia sebagai negara tak bergantung kepada keterbukaan yang melampau ini,” kata Aishah.

Hentikan budaya komen tanpa berfikir, tanpa adab… terlajak perahu.

Sebelum ini, Aishah memuat naik paparan skrin komen individu tersebut yang mengatakan penyanyi lagu Janji Manismu itu tidak sesuai untuk berada dalam industri sekarang.

Malah individu tersebut meminta Aishah menutup semua akaun laman sosial memandangkan juara Gegar Vaganza musim keempat itu mudah terasa atau ‘sentap’ dengan komen netizen.

Dalam pada itu, menerusi kenyataan permohonan maaf individu tersebut mengakui perbuatannya itu boleh dikenakan tindakan undang-undang.

“Saya menyedari tulisan saya merupakan perbuatan yang melampau batas dan melanggar akta AKM yang boleh dikenakan tindakan undang-undang.

Tak Tahan Kena Kecam, Aisyah Akan Ambil Tindakan Undang² Terhadap Netizen ini

Aishah mahu netizen menghentikan budaya komen melampau di laman sosial.

“Sebagai pengguna media sosial, saya tidak boleh mengeluarkan ayat yang boleh menggores perasaan sesiapa sahaja.

Saya menyedari kesilapan saya dan menyesalinya.

“Saya memohon maaf kepada Aishah. Saya memohon semua pengguna media sosial bertanggungjawab diatas semua penulisan anda.

Ini sebab dipertanggungjawab di akhirat.

“Akhir kata… saya memohon maaf dan merayu kepada kak Aishah untuk maafkan saya,”

Tulis individu tersebut di laman Instagram miliknya.

Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) mempunyai peruntukan utama yang membolehkan tindakan penguatkuasaan diambil ke atas aduan-aduan berkaitan kandungan jelik di Internet.

Seseorang yang melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun.

Atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *