Meskipun sudah hari ketiga bergelar suami isteri, selebriti popular Neelofa dan pendakwah bebas Haris Ismail atau PU Riz.
Ia tetap menjadi bualan orang ramai terutama dalam kalangan peminat mereka di media sosial.
Terdahulu, Menerusi posting laman Instagram @lofa.page, beberapa video pendek dikongsi memaparkan pasangan tersebut sedang menikmati menu daging produk ibu Neelofa iaitu Noor Kartini.
Dapat dilihat selebriti berusia 32 tahun itu menyediakan juadah makanan.
Mereka sambil bergurau senda dengan suaminya yang nampak tersipu malu.






























Lebih menjadi perhatian peminat apabila bekas pengacara MeleTOP itu menganggap suaminya sebagai ‘tikus makmal’.
Ini untuk merasai produk makanan miliknya ibunya selain meminta PU Riz bersikap jujur.
“Ghoyak molek, ghoyak molek (beritahu jujur),” soal Neelofa selepas suaminya memuji kesedapan menu daging tersebut.
TuIar Bila Netizen Dakwa Neelofa & Suami Tiba di Langkawi
Tular sekeping gambar di laman Twitter mendakwa Neelofa selamat tiba di Langkawi, tiga hari selepas selebriti popular itu mendirikan rumah tangga.
Menerusi laman Twitter, pengguna @arxxxxmand memuat naik tangkapan skrin sebuah posting dari laman Facebook.
Ia memaparkan seorang wanita berpakaian serba hitam bersama seorang lelaki berkemeja putih serta kopiah.
Tangkapan skrin yang menulis ‘Selamat datang ke Langkawi Neelofa’ itu sekali gus mengundang netizen bagi membuat andaian dan spekulasi terhadap selebriti berusia 32 tahun itu.
Menerusi pemerhatian di laman Facebook pula, seorang pengguna bernama PakYuss MoSalah berkongsi dua keping gambar.
Ia dipercayai bersama Neelofa dan suaminya Haris Ismail dengan meletakkan ‘tag’ lokasi di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi.
“Tugas-tugas khas, bawak pengantin baru Neelofa pusing-pusing Langkawi,” tulis PakYuss MoSalah.
Berikutan itu, warganet di Twitter mula memberikan pelbagai reaksi mengenai dakwaan tersebut terutama soal rentas negeri.
Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan kesahihan gambar-gambar tersebut.
Malah, tiada sebarang muat naik dikongsi di media sosial bekas pengacara MeleTOP itu mengenai dakwaan berkenaan.
Awal Ashaari Ceritakan Kenapa Tak Pakai Mask Di Majlis Nikah Neelofa
Apa yang menjadi perhatian kami apabila pengacara hebat, Awal Ashaari tampil memuat naik satu posting foto dia dan isterinya, Scha Alyahya bersama pasangan sejoli di atas pelamin tanpa memakai pelitup muka.
Dalam posting tersebut Awal menerangkan pada bahagian kapsyen kenapa mereka tidak memakai pelitup muka.
Ini apabila berada di majlis gilang-gemilang tersebut sebelum ada pihak yang cuba meny1asat mereka.
Menurutnya, sepanjang masa mereka memakai face mask cuma mereka hanya menanggalkan topeng muka.
Ianya hanya ketika ingin makan dan bergambar bersama pengantin di atas pelamin saja.
Dalam pada masa yang sama, Neelofa memberi komen pada posting tersebut dengan mengucapkan terima kasih kepada pasangan tersebut.
Ini serta meletakkan emoji gelak dan love tanda dirinya sentiasa menyayangi sahabatnya itu.
Malah, pengikut Awal juga memberi emoji gelak sakan kerana terhibur dengan penjelasan pengacara Melodi itu.
Apa pun yang terjadi, kami doakan hubungan Neelofa dan Haris kekal sehingga akhir hayat.
Sumber: instagram
Sumber : Kool Fm