Hiburan

Tak Mahu Terus Dibelenggu, Akhirnya Nabila Razali Perjelaskan Isu Terkucil di AJL Malam Tadi

Rasanya ramai mengetahui bahawa penyanyi , Nabila Razali merupakan antara penyanyi yang mempersembahkan lagunya di Anugerah Juara Lagu 35 pada malam tadi.

Menjadi persembahan ke 8 bagi Anugerah Juara Lagu (AJL 35), Nabila Razali membuat persembahan lagunya yang berjudul Peluang Kedua.

Ianya hasil komposer daripada Hael Husaini manakala lirik pula daripada MFMF.

Umum diketahui, lagu Peluang Kedua nyanyian Nabila Razali ini antara lagu yang cukup popular pada tahun lalu dan menjadi bualan ramai dengan lirik lagunya.

Tidak kurang juga dengan pelbagai isu. Walau bagaimanapun, ternyata penyanyi terkenal ini tidak mengecewakan peminatnya.

Anugerah Juara Lagu 35 ini berlangsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) yang mana seperti diketahui juga diadakan tanpa penonton.

Perkongsian yang dilakukan diruangan Instagram T`V3 Malaysia itu bagaimanapun turut menerima pujian warganet.

Dia turut mengakui persembahan Nabila Razali best dan kelihatan ada usaha.

Salah seorang juri profesional Anugerah Juara Lagu ke-35 (AJL35) yang berlangsung malam tadi, Azmeer memaklumkan lagu Gila ciptaan Ezra Kong, Loca B dan Noki mempunyai peluang cerah untuk menduduki tiga tangga teratas lagu terbaik.

“Ada sesetengah pihak yang meramalkan lagu Gila berpeluang besar untuk bergelar juara. Sebagai juri profesional.

Saya tidak menafikan perkara itu namun perlu diingatkan, persembahan ke semua finalis malam nanti juga penting,” kata Azmeer.

Komersil Peluang Kedua

Mengulas lebih lanjut tentang kualiti lagu Gila, Azmeer berkata, lagu bernuansa tradisional kontemporari hip hop itu merupakan satu karya yang unik.

“Gila menggabungkan lagu elemen moden dan tradisional. Ada langgam (patah lagu) Melayu yang kuat.

“Dari segi lirik, lagu tersebut merupakan satu karya yang mudah connect (berhubung) dengan kebanyakan realiti kita semua iaitu pandemik Covid-19 yang berlaku di seluruh dunia,” ujarnya lagi.

Dalam pada itu, Azmeer turut tidak menolak kemungkinan lagu Peluang Kedua ciptaan Hael Husaini dan MFMF mampu membuat kejutan malam nanti.

“Jangan pandang rendah kebolehan lagu Peluang Kedua nyanyian Nabila Razali.

Nyanyiannya mengingatkan saya kepada penyanyi lama seperti Allahyarham Rafeah Buang.

“Kita tidak boleh menafikan pencapaian lagu Peluang Kedua dari sudut komersil dan populariti.

“Walaupun Nabila bukan penyanyi bervokal hebat seperti Jaclyn Victor namun dia mempunyai keikhlasan dan penghayatan emosi tersendiri ketika menyanyi.

Sejujurnya, saya tak sabar nak tengok dia nyanyi malam ini sebab masa separuh akhir, dia tak dapat nyanyi sendiri lagunya,” katanya.

Nabila Perjelaskan Isu Terkucil

Nabila berkata bengkak bengkak di tekaknya semakin surut dan vokalnya juga sudah mengalami banyak perubahan berbanding sebelum ini.

“Saya tidak mengambil sebarang tawaran menyanyi, hanya berehat dan menjalankan terapi suara. Alhamdulillah, vokal saya semakin baik.

Saya baru sahaja menjalankan pemeriksaan, doktor memberitahu ada perubahan berbanding sebelum ini.

“Bengkak semakin surut. Disebabkan itu, saya bersedia menyanyi di pentas AJL35, Ahad ini.

Jika tanya mengenai keyakinan, saya percaya kemampuan diri.

“Tidak menafikan tekanan sentiasa ada, tetapi buat masa sekarang, saya lebih fokus pada diri saya.

Paling penting, saya merasakan vokal saya ada perubahan daripada sebelum ini,” katanya kepada BH Online.

Kali pertama beraksi di pentas berprestij itu, Nabila akui berdebar, namun dia akan cuba sebaik mungkin memberikan yang terbaik.

“Gembira dan berdebar, semuanya bercampur baur.

Namun, apa yang lebih mendebarkan adalah mempersembahkan lagu Peluang Kedua. AJL pula pertandingan karya, bukannya nyanyian,” katanya.

Menjalani latihan sejak peringkat Separuh Akhir Muzik Muzik Ke-35 (SFMM35) yang lalu, Nabila berkata banyak yang perlu dpelajarinya dan akan terus mengikuti kelas vokal selepas AJL35.

“Saya berlatih tanpa henti. Boleh dikatakan hampir setiap hari saya menghadiri kelas bersama Datuk Syafinaz Selamat.

“Beliau juga mengatakan vokal saya bertambah baik, tetapi sudah tentu ada banyak yang perlu saya belajar.

Saya tetap akan menghadiri kelas selepas AJL35 untuk terus memantapkan vokal,” katanya.

Berdasarkan penjelasan dari Nabila, kemungkinan vokal beliau terkucil di sebabkan masalah kesihatan dimana peti suara yang belum sembuh sepenuhnya

Apa-apa pun, kita tunggu lagi penjelasan lanjut dari Nabila

Berikut pula komen dari komposer nasyid terkenal Hafiz Hamidun

“Peluang kedua adalah peluang yang paling teruk jika dibazirkan. Dan ia baru saja dibazirkan”

Terdahulu, Nabila mengambil keputusan untuk tidak membuat persembahan ketika Separuh Akhir Muzik-Muzik ke-35 (SFMM35) atas nasihat doktor kerana mengalami masa.lah pada bahagian peti suara.

Nabila terlalu gementar semasa membuat persembahan.

Nabila berkongsi luahan hatinya itu menerusi rakaman video di laman Youtube pada Rabu.

Sedutan rakaman nyanyian secara langsung yang terkucil itu ketika di program tersebut menjadi tular dan mengundang kritikan serta kecaman daripada netizen di laman sosial.

Rata-rata netizen mempertikaikan kemampuan nyanyian pelakon drama Seindah Tujuh Warna Pelangi tersebut memandangkan kejadian itu bukan kali pertama berlaku.

Sementara itu, Nabila mengakui sebagai anak seni, dia juga adalah manusia biasa yang tidak lari daripada melakukan kesilapan.

“Kami anak seni sama macam anda, kita manusia biasa tak boleh lari dari buat kesilapan.

Cuma kesilapan kami ditonton oleh jutaan orang, Bella sedar tentang itu masa nak jadi anak seni dulu… jadi janganlah nak judge je.

Sebelum itu, Nabila buat permohonan maaf di Instagram.

“Syukur ramai mesej tanya keadaan, mereka sangat prihatin… ada yang muncul depan pintu rumah untuk tenangkan saya.

Saya hargai semua itu, baru saya sedar siapa kawan kita sebenar.

“Ini adalah realiti kalau di atas dipuji dan di bawah dikeji…

Cuma komen yang diterima di sosial media sangat kejam dan kasar, kalau nak komen, komenlah secara berhemah,” ujarnya.

Dalam pada itu, bekas peserta program Akademi Fantasia 2013 (AF2013) itu turut menerima sebarang komen yang ditinggalkan netizen dengan hati terbuka.

“Bella nak ucapkan terima kasih kepada semua yang bagi pendapat atas insiden ni positif atau negatif serta menerima dengan hati terbuka dan menjadikan iktibar masa datang.

“Saya tak salahkan sesiapa kecuali diri sendiri dan ada ruang untuk perbaiki diri,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *