Semasa

Syvrga Buat PeIarian. Kemarhan Terhadap R0hingya Semakin Meningkat Di MaIaysia

Seorang pegawai Kementerian Kesihatan yang memakai suit khas memberi arahan kepada pendatang asing yang mahu dibawa untuk menjalani saringan C0VID-19 dengan sebuah van ke Hospital Kuala Lumpur

Seorang pegawai kanan Malaysia pada Isnin menggesa semua pihak bertenang di tengah-tengah meningkatnya “kemarahan masyarakat” terhadap etnik Rohingya yang berada di negara itu, yang kerajaannya dikritik kerana menolak kemasukan pelarian berikutan kebimbangan penularan wabaak C0VID-19.

Kata-kata kecaman terhadap etnik Rohingya meningkat apabila kumpulan-kumpulan hak asasi manusia antarabangsa menyuarakan kerisauan mereka berhubung bot-bot yang membawa ratusan pelarian itu yang masih terdampar di antara Malaysia dan Bangladesh, setelah kedua-dua negara menolak untuk membenarkan kenderaan itu mendarat di kawasan masing-masing.

Kerajaan Malaysia dan masyarakat secara umumnya bersimpati dengan etnik minoriti Myanmar yang ditindas itu, tetapi keadaan berubah ketika negara itu sedang menghadapi wabaak kor0navlrus, kata Ismail Sabri Yaakob yang merupakan menteri kanan bagi keselamatan.

“Semasa PKP [Perintah Kawalan Pergerakan], isu ini menjadi besar, malah pihak berkuasa terkejut dengan jumlah berita dan catatan media sosial yang mencetus kemarahan orang ramai terhadap mereka,” katanya kepada wartawan di Putrajaya, dengan merujuk kepada etnik Rohingya.

“Saya minta semua rakyat supaya bertenang dan tidak menimbulkan isu-isu yang boleh membangkitkan kemarahan dan mencetuskan situasi yang tidak diingini,” kata Ismail Sabri.

Malaysia melaksanakan perintah kawalan pergerakan sejak 18 Mac dengan C0VID-19 menjangkiti 5,820 orang dan meragut 99 nyawa di negara itu, menurut angka rasmi terkini. Sebagai sebahagian daripada langkah itu, pelancong dan pelawat asing dilarang memasuki negara berkenaan.

Kesan yang tidak dijangka daripada dasar sedemikian terungkap apabila Bangladesh, pada pertengahan April lalu, membawa ke darat sekumpulan etnik Rohingya yang kelaparan, yang mendakwa bahawa mereka telah dilarang mendarat di Malaysia setelah dua bulan berada di laut dengan puluhan daripada mereka mati dan mayat mereka dilemparkan ke laut.

Pada masa yang sama, media sosial di Malaysia mula sarat dengan komen dan petisyen anti-Rohingya dengan menuntut pengusiran mereka selain kecamaan terhadap video di mana seorang aktivis etnik Rohingya menuntut kewarganegaraan dan hak-hak lain untuk etnik Rohingya yang berada di Malaysia, menurut sari kata video itu.

“Kami rakyat Malaysia tidak mahu penimbul masalah pelarian Rohingya yang baru di Malaysia,” kata seorang lelaki dalam komen dalam talian mengenai satu artikel berhubung etnik Rohingya dalam sebuah penerbitan tempatan. “Jangan datang lagi ke negara kami Malaysia. Kami sudah pun mempunyai terlalu banyak penimbul masalah Rohingya di sini. ”

Tujuh belas kumpulan etnik Rohingya di Malaysia mengeluarkan satu kenyataan bersama pada hujung minggu lalu bagi memohon maaf atas pengeluaran video itu, manakala lelaki yang dilihat dalam rakaman itu mendakwa video tersebut adalah palsu dan memberitahu beliau kini dalam ketakutan berikutan kebanjiran ancaman terhadapnya dan etnik Rohingya secara umumnya.

Sejak bertahun-tahun lamanya, Malaysia, yang mempunyai majoriti penduduk Islam, telah menjadi destinasi utama di Asia Tenggara bagi puluhan ribu pelarian Muslim etnik Rohingya yang melarikan diri daripada penindasan di Myanmar, dan para pemimpin Malaysia sering lantang bersuara untuk kumpulan tanpa negara itu.

Sehingga Februari 2020, hampir 180,000 pelarian didaftarkan di Malaysia melalui agensi pelarian PBB, UNHCR, dengan Rohingya merangkumi lebih separuh daripada jumlah pelarian negara itu, menurut Fortify Rights, sebuah kumpulan yang memperjuangkan hak asasi manusia.

Pertimbangan ahli politik

Sementara itu, ahli-ahli politik Malaysia berdebat sama ada pelarian harus dibenarkan mendarat di pantai negara itu semasa keadaan semasa. Anwar Ibrahim, pemimpin pembangkang umum dan ketua Parti Keadilan Rakyat (PKR), mendesak pihak berkuasa Malaysia supaya membenarkan bot-bot yang membawa etnik Rohingya itu mendarat, seperti yang dituntut oleh agensi PBB dan kumpulan hak asasi manusia antarabangsa.

“Mereka dinafikan kewarganegaraan di negara mereka sendiri. Sebab itu kampung-kampung mereka dibakar dan mereka dihalau keluar dari tanah air mereka, ”kata Anwar pada Isnin dalam sebuah video yang dimuat naik dalam Facebook. “Jika kita hantar pelarian ini kembali ke Myanmar, mereka akan ditindas dan malah, mungkin ditembak mati.”

Tetapi, gabungan kerajaan yang memperoleh kuasa setelah perubahan mendadak dalam pentadbiran negara pada penghujung Februari lalu, mempertahankan langkah tersebut.

“Keputusan … pasukan keselamatan untuk memberi bantuan dan pada masa yang sama menyekat kapal yang membawa pelarian itu memasuki negara ini ketika dunia sedang bertarung memerangi COVID-19 adalah langkah yang sewajarnya,” kata Abdul Hadi Awang, pemimpin Parti Islam Se-Malaysia (PAS) dalam satu kenyataan pada Isnin.

“Untuk menghantar isyarat bahawa Malaysia akan membenarkan lebih ramai pelarian masuk atas alasan perikemanusiaan, kerana ditekan oleh [pembangkang] pemimpin Pakatan Harapan … bukanlah penyelesaiannya,” kata bekas perdana menteri Najib Razak dalam catatan Facebook beliau.

“Sekiranya 200 orang ingin masuk, sudah tentu ada yang lain sedang menunggu. Mereka lebih selamat di Cox Bazar’s [di Bangladesh] di bawah pengurusan UNHCR berbanding berada beramai-ramai dalam kapal yang teruk. ”

Fortify Rights pula menyatakan bahawa tindakan “menolak” dan “membantu” tersebut melanggar prinsip ‘non-refoulement’ yang diterima pakai antarabangsa, yang menyatakan bahawa negara-negara tidak boleh menolak atau memintas individu yang berisiko ditindas, di sempadan masing-masing.

Bot Rohingya tidak dibenar memasuki Bangladesh

Bot-bot yang tidak dibenarkan memasuki Malaysia pada 16 April lalu adalah dari Cox’s Bazar, sebuah daerah di tenggara Bangladesh yang menempatkan lebih 1 juta pelarian etnik Rohingya yang mendapatkan perlindungan di kem-kem pelarian dan penempatan berhampiran sempadan Myanmar. Pada hari yang sama, pengawal pantai Bangladesh menyelamatkan ratusan etnik Rohingya yang kelaparan dari sebuah lagi bot lain.

Minggu lalu, semasa munculnya laporan mengenai sekurang-kurangnya dua kapal pukat tunda yang membawa etnik Rohingya dilihat di Cox’s Bazar, Menteri Luar Bangladesh A.K. Momen menyatakan bahawa negaranya tidak akan menerima pelarian itu lagi.

Kenyataannya mendorong kenyataan gesaan oleh Human Rights Watch dan Michelle Bachelet, Pesuruhjaya Tinggi Hak Asasi Manusia PBB, supaya dibenarkan etnik Rohingya mendarat.

“Dengan semangat solidariti dan bermulanya bulan suci Ramadan, saya sesungguhnya merayu supaya membuka sempadan anda dan benarkanlah kapal-kapal ini mendarat,” tulis Bachelet dalam suratnya menurut laporan Agence France-Presse yang memperoleh salinan surat tersebut.

“Lebih 500 lelaki, wanita dan kanak-kanak yang berada dalam kapal-kapal ini telah berada di laut untuk jangka waktu yang lama, dan kami difahamkan bahawa mereka perlu diselamatkan segera serta diberi bantuan makanan, rawatan perubatan dan bantuan kemanusiaan lain.”

Pada Isnin, seorang pegawai pengawal pantai Bangladesh di Cox’s Bazar, M. Saiful Islam, menyatakan “tidak ada laporan bahawa kapal-kapal pukat Rohingya telah memasuki perairan wilayah kami,” katanya sambil menambah “kami siap siaga untuk menghentikan sebarang cubaan menceroboh. ”

Ketika diminta mengulas rayuan Bachelet, Momen mengulangi bahawa beliau tidak akan membiarkan lebih banyak kapal itu mendarat di negaranya.

“Ada banyak negara di sekitar lautan. Konvensyen PBB menyatakan bahawa negara-negara harus mengambil tanggungjawab yang sama dalam kes krisis kemanusiaan. Kami telah pun menerima satu kapal pukat yang dipenuhi pelarian Rohingya. Mengapa kami harus memikul tanggungjawab itu berulang kali? ” katanya kepada BeritaBenar.

Etnik Rohingya, katanya, bukanlah milik Bangladesh tetapi Myanmar yang “sepatutnya mengambil tanggungjawab ini.

“Sekiranya Myanmar tidak bersetuju, oleh itu, semua negara pesisir perlulah tampil ke depan,” katanya.

Tetapi, beliau menambah kata, “kami juga tidak mahu mereka mati, mereka adalah manusia.”

Jesmin Papri dan Sharif Khiam di Dhaka turut menyumbang kepada laporan ini.

Sumber : benarnews

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *