Hiburan

Syamsul dan Puteri Sarah Akan Selesaikan Kemelut Rumah Tangga Dengan Cara ini

DAKWAAN kononnya pelakon Puteri Sarah Liyana hadir ke Pejabat Agama Islam Daerah Gombak pada Jumaat lalu.

Ini telah menimbulkan spekulasi tentang hubungan rumah tangganya dengan pengarah filem Syamsul Yusof sedang berantakan.

Sejak semalam peminat hiburan seni tanahair dikejutkan dengan berita pasangan selebriti Syamsul Yusof dan Puteri Sarah Liyana dilihat muncul di pejabat agama.

Manakan tidak, pasangan terbabit dilihat tidak pernah ada sebarang pergeseran meskipun jarang berkongsi aktiviti kehidupan mereka.

Namun ramai beranggapan bahawa keadan rumah tangga pasangan selebriti tersebut kini sedang berantakan.

Terdahulu PERKONGSIAN pelakon Puteri Sarah Liyana sepanjang majlis akikah anak keduanya iaitu Sumayyah Mohd Shamsul yang berlangsung pada Ahad menarik perhatian peminat.

Ini berikutan suaminya yang juga pengarah filem dan pelakon iaitu Syamsul Yusof tidak kelihatan pada foto yang dimuat naik oleh wanita itu.

Ia mengundang komen seorang pengikut yang bertanyakan mengenai kehadiran pengarah filem Munafik tersebut.

“Bang Syamsul tidak kelihatan sis,” komen seorang pengikut di foto yang di muat naik di Instagram.

Menjawab pertanyaan pengikut itu, Puteri Sarah memberitahu majlis tersebut hanya dihadiri oleh wanita sahaja dan diuruskan oleh ibu serta bapa mertuanya iaitu Datuk Yusof Haslam dan Datin Fatimah Ismail.

Mereka sepakat membuat kelainan dengan mengundang tetamu wanita bagi majlis akikah untuk Sumayyah itu.

“Majlisnya wanita sahaja, terima kasih kepada mereka yang datang memeriahkan.

Adakah Syamsul Yusof Dan Isteri Dalam Krisis. Wartawan Tanya Puteri Sarah Dan Ini Jawapan Isteri Syamsul

Ketiadaan suami pada foto mengundang pertanyaan peminat.

“Terima kasih kepada ibu dan bapa mertua anjurkan majlis akikah Sumayyah, kali ini akikah kita buat lain sikit,” katanya.

Foto yang dikongsi di Instagram Puteri Sarah itu menerima lebih 50,000 tanda suka.

Puteri Sarah dan Sumayyah yang kini berusia lima bulan mengenakan pakaian sedondon dalam rona merah jambu sepanjang majlis tersebut.

Kehadiran di Pejabat Agama menimbulkan Spekulasi

Menerusi laporan Harian Metro, Puteri Sarah dilihat mengenakan jubah.

Dan bertudung hitam memasuki bahagian undang-undang keluarga.

Puteri Sarah dikatakan hadir ke pejabat berkenaan ditemani seorang wanita dipercayai ibu mertuanya iaitu Datin Fatimah Ismail.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan tujuan sebenar Puteri Sarah mengunjungi pejabat agama itu.

Ditanya mengenai dakwaan tersebut, Puteri Sarah memilih untuk tidak mengulas lanjut.

Syamsul dan Puteri Sarah Akan Selesaikan Kemelut Rumah Tangga Dengan Cara ini

Salah satu perkongsian Puteri Sarah di Instastory.

“Maaf, tiada apa yang ingin saya kongsikan buat masa ini,” katanya.

Usaha mStar untuk mendapatkan penjelasan Syamsul tidak berjaya apabila panggilan tidak dijawab.

Tinjauan mendapati Puteri Sarah juga sudah berhenti mengikuti atau ’unfollow’ akaun Instagram suaminya, bagaimanapun Syamsul masih lagi mengikuti akaun wanita itu.

Foto terakhir dimuat naik pasangan itu ialah pada Hari Raya Aidilfitri sekitar Mei lalu.

Menerusi Instastory, Puteri Sarah turut berkongsi paparan skrin kata-kata semangat yang ditulis dalam bahasa Inggeris.

“Ahad… ini bukan tentang hubungan sempurna, ini tentang mencari seseorang yang sesuai dengan kamu dan akan melalui segalanya tanpa putus asa, ” kongsinya.

Yusof Haslam dan isteri doakan Syamsul, Puteri Sarah Selesaikan isu Rumah Tangga Dengan Cara ini, Car yg Baik

SUSULAN keadan rumah tangga pasangan selebriti Syamsul Yusof dan Puteri Sarah Liyana yang didakwa berantakan.

Ini selepas kedua-duanya dilihat muncul di pejabat agama, bapa pengarah filem itu Datuk Yusof Haslam enggan mencampuri urusan peribadi mereka.

Yusof ketika dihubungi mStar memberitahu dia tidak berhak memberi sebarang komen.

Ini memandangkan pasangan itu tidak lagi tinggal bersamanya sejak dua tahun lalu.

Bagaimanapun Yusof berkata, dia dan isterinya iaitu Datin Fatimah Ismail sentiasa mendoakan yang terbaik buat anak dan menantunya itu.

Syamsul dan Puteri Sarah Akan Selesaikan Kemelut Rumah Tangga Dengan Cara ini

Puteri Sarah enggan mengulas dakwaan rumah tangganya dengan Syamsul kini berdepan dengan masalah.

“Saya tak tahu apa-apa mengenai rumah tangga mereka.

Biarlah Syamsul dan Puteri Sarah sendiri yang beri kenyataan sebab saya tak boleh nak beri komen.

“Benda ini terlalu peribadi sebab melibatkan hal rumah tangga mereka.

Sudah 2 Tahun Tak Tinggal Bersama

Lagipun, mereka berdua dah tidak tinggal bersama dengan saya sejak dua tahun lalu sebab mereka ada rumah sendiri.

“Sebagai bapa, sudah tentu saya mendoakan yang terbaik untuk mereka berdua.

Apa saja kemelut yang berlaku, saya dan isteri mendoakan agar mereka dapat selesaikan dengan baik,” kata Yusof kepada mStar.

Benda ini terlalu peribadi sebab melibatkan hal rumah tangga mereka.

Yusof diminta mengulas mengenai dakwaan Puteri Sarah Liyana dilihat muncul di Pejabat Agama Islam Daerah Gombak pada Jumaat lalu.

Puteri Sarah dilihat mengenakan jubah dan bertudung hitam memasuki bahagian undang-undang keluarga.

Dia ditemani seorang wanita yang dipercayai ibu mentuannya, Fatimah.

Bagaimanapun, ditanya mengenai tujuan mereka mengunjungi pejabat agama tersebut, Puteri Sarah hanya memilih untuk tidak mengulas mengenainya.

Syamsul dan Puteri Sarah Akan Selesaikan Kemelut Rumah Tangga Dengan Cara ini

Puteri Sarah dan Syamsul dikurniakan sepasang anak.

Usaha mStar untuk mendapatkan kenyataan daripada Syamsul yang juga seorang pengarah filem hebat gagal apabila panggilan telefon tidak dijawab.

Menerusi laporan mStar pada Ahad, tinjauan mendapati Puteri Sarah juga sudah berhenti mengikuti atau sudah ‘unfollow’ akaun Instagram suaminya, namun Syamsul masih lagi mengikuti IG aktres itu.

Puteri Sarah mendirikan rumah tangga dengan Syamsul pada 8 Mac 2014 dan mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 3, serta Summayah yang kini berusia setahun.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *