Keluarga

‘Sy Pesakit C0VlD, Bukan Penjenayah’ Lelaki Sedih Bila Ank dan Istri Diperlakukan Sebegini oleh Penduduk Setempat

Kuala Lumpur: “Sepanjang saya berada di wad, perkara paling menyedihkan

Ini apabila anak dan isteri di rumah diperlakukan oleh masyarakat seolah-olah penjenayah.

“Sedangkan hanya saya seorang saja positif Covid-19 dan mereka negatif serta tidak dimasukkan di hospital,” luah bekas pesakit Covid-19, Shakirin Al-Ikram Abd Hamid.

Shakirin, 26, antara pesakit daripada kes Kluster Utama yang dijangkiti Covid-19 hasil ujian calitan dilakukan pada 11 Oktober lalu.

Bapa kepada dua anak berumur 10 bulan dan dua tahun itu menerima keputusan itu pada 13 Oktober sebelum dibawa ambulans pada malam hari sama

Ini untuk dimasukkan ke wad Hospital Kusta, Sungai Buloh.

Dia yang menetap di Bandar Sri Damansara, Petaling Jaya kemudiannya dikuarantin di wad selama lima hari sebelum dibenarkan pulang, Sabtu lalu.

Berkongsi pengalamannya, Shakirin yang bekerja sebagai pembantu jualan premis pakaian di pusat beli-belah di Bandar Utama berkata

Dia tidak mengalami gejala teruk atau demam, cuma simptom ringan seperti sakit sendi dan rasa hendak pitam beberapa hari sebelum disahkan positif Covid-19.

Katanya, dia sangkakan apa yang dialaminya sekadar simptom demam biasa, tetapi rupanya tanda dijangkiti Covid-19.

“Saya dapat tahu keputusan apabila dihubungi doktor dua hari selepas menjalani ujian calitan dan rasa macam tidak percaya

Dan perkara pertama dibuat adalah menghantar anak ke rumah pengasuh kerana isteri bekerja ketika itu.

“Kira-kira 9 malam, ambulans datang ke rumah dan membawa saya ke hospital manakala isteri, Shasha Ridzuan, 26,

Dan dua anak kami yang turut menjalani ujian calitan didapati negatif Covid-19.

Dipulaukan Penduduk Setempat

“Namun, masalah berlaku apabila anak dan isteri saya menerima layanan dingin daripada segelintir penduduk setempat

Hanya kerana saya dijangkiti Covid-19 manakala alamat rumah kami turut disebarkan individu tidak bertanggungjawab,” katanya.

Selain itu, Shakirin berkata, dia dituduh membuang gelang tangan kuarantin sedangkan perkara itu tidak benar.

Menurutnya, selain mereka empat beranak, keluarganya termasuk emak serta ayahnya yang tinggal di blok sebelah dan keluarga pengasuh turut terkena tempiasnya.

“Paling menyedihkan apabila isteri mahu membeli bekalan susu dan lampin pakai buang yang habis

Tetapi tidak dibenarkan kerana orang sekeliling takut dia menjadi punca.

“Saya cuba menggunakan khidmat penghantar, tetapi mereka menolak kerana tidak berani ambil risiko.

“Apa yang berlaku menambah tekanan ketika saya di wad kerana setiap masa memikirkan anak dan isteri di rumah

Memandangkan saya ketua keluarga tetapi tidak dapat membantu ketika mereka ditinggalkan.

“Lebih membimbangkan apabila paras darah tinggi emak naik kerana tertekan selepas mendengar orang sekeliling bercakap mengenai kami sekeluarga,” katanya.

Shakirin berkata, selepas memuat naik hantaran mengenai luahannya di Facebook (FB), baru ada yang tampil menghulurkan bantuan.

Katanya, hantaran dimuat naik itu bukan untuk meraih simpati sesiapa, tetapi cara untuk menjelaskan perkara sebenar.

“Alhamdulillah, ramai memberi kata semangat dan tidak kurang tampil menghulurkan sumbangan.

“Salah seorangnya adalah pengurus restoran ,Shahrul Nizam Kamal yang menghantar makanan untuk keluarga saya sepanjang saya berada di wad,” katanya.

Di sebalik ujian dilalui, Shakirin bersyukur kerana sudah pulih daripada Covid-19 dan tidak ditahan di wad lebih lama.

Katanya, dia gembira apabila kembali ke pangkuan keluarga selepas beberapa hari terpisah dan buat masa ini masih menjalani kuarantin di rumah.

“Saya reda dengan ujian ini, tetapi mohon masyarakat tidak memandang negatif pesakit atau mereka yang pernah dijangkiti Covid-19.

“Ini kerana kami tidak minta diuji sebegini dan penyakit ini boleh menjangkiti sesiapa saja,” katanya.

Terdahulu, hantaran kisahnya telah menjadi tular di media sosial

Assalamualaikum warga net . Saya Kirrin Di sah Kan positif Covid-19 .

Apa saya nak maklum ni cemuhan kecaman daripada warga net ni. Tanpa selidik , Tanpa siasat pasal kes saya tup tup viral Di seluruh laman social.

Terkilan dengan penyebar berita Yang tak sahih , Ada Yang mengata Kan saya buang gelang ketika keluar Dari rumah. Ada Yang Kata polis datang rumah angkut saya.

Semua Tu nonsense. Merepek . Benda takda pape pun. Yes mmg saya keluar ahad Tu pergi kenduri kawan saya Dan keluar makan Di kedai achip .

Tapi bila check suhu badan negative , saya takda simpton simpton sakit apa pun masa Tu.

Kalau saya tahu saya positif , saya tak bodoh nak keluar Dari rumah untuk sebar Kan benda virus ni. Saya Masih waras .

Apabila saya Di sah Kan saya positif covid , saya suruh kenalan rapat saya Yang contact rapat terus buat swab test alhamdulillah dorang takda pape pun NEGATIVE.

Tapi saya kecewa sikap sikap segelintir warga laman sosial menviral Kan saya mengata Kan saya Dan satu family saya positive ?

Padahal saya sorang je Yang positif. Setiap kecaman cemuhan warga net membuat family saya terjejas.

Anak sulung saya berumur 2 Tahun 4 Bulan kehabisan Susu Dan pampers , anak kedua saya 10 Bulan kehabisan nestum Dan pampers .

Di sebab Kan korang viral benda tak sahih ni family saya terjejas tidak boleh Beli barang keperluan harian. Kamu nak family saya mati kelaparan ke ?

Hari Hari nak order grab food dgn ada tax lgi . Awak ingat saya mampu nak bayar semua benda Tu dengan keadaan saya Masih Di hospital .

Mana korang punya sikap prihatin sesama manusia wahai warga Malaysia , saya Tanpa dapat bantuan keperluan

Hari Hari untuk family saya , mak ayah saya Di sebab Kan anda mengeluar Kan statement “Satu Family* kena covid padahal saya sorang je kena.

Masha Allah , saya kat sini menangis teringat Kan anak anak Bini saya makan apa , minum apa Mandi ke tak.

Saya fikir mak ayah saya Yang Ada sakit kronik sampai terjejas tak boleh keluar rumah sebab takut Di jangkiti.

Masha Allah berat lagi Mata memandang berat lagi bahu memikul. Di sebab Kan mulut mulut macam ni lah membuat orang lain menderita.

Saya luah Kan ni bukan Cari popularity , tapi saya sakit Hati berapa zalim nya korang mencerita benda Yang tak sahih.

Malu saya sebagai orang Islam Yang buat berita tidak sahih ni. Sampai family saya menderita macam ni sekali .

Korang tak kena lagi dkt family korang. Kalau kena Baru korang tahu sakit dia perit dia lagi lagi Ada anak kecik Yang belum tutur percakapan.

Masha Allah. Semoga Di berikan hukuman setimpal Di padang masyar Yang mencerita Kan tidak sahih terhadap family saya .

My family I’m still loving you and I miss you guys Shasha Redzuan Stay Safe

Sumber : gstv

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *