Hiburan

Susulan Nyanyian yg Sumbang Teruk Dikecam Penonton, Kenyataan Terbaru Nuha Bahrin Mengejutkan Semua

Pendatang baru industri muzik, Nuha Bahrin  menerima reaksi pelbagai di kalangan wargamaya di laman Instagram (IG) miliknya.

Ini sejurus membuat persembahan di program hiburan, Vokal Mania pada Sabtu.

Dalam saingan episod kedua, Nuha yang merupakan salah seorang daripada 24 penyanyi amatur (dikenali sebagai rookie).

Mereka membuat persembahan solo dengan lagu Kekasih Awal & Akhir yang dipopularkan oleh Datuk Jamal Abdillah dan Di Matamu (Sufian Suhaimi) dalam pusingan duet bersama Tomok.

Bagaimanapun, nyanyian bintang muda ini mendapat kritikan kebanyakan netizen yang rata-ratanya menyifatkan ia dibawa kurang kemas oleh penyanyi terbabit.

Lihat Video di Bawah Sekali

Pun demikian, masih ada yang turut memberikan kata-kata semangat buat Nuha dan meminta agar penyanyi berkenaan untuk membuat persembahan lebih baik selepas ini.

Terdahulu, Vokal Mania menyaksikan 24 orang penyanyi amatur bertanding dengan empat penyanyi profesional (dikenali Idol) yang berpengalaman iaitu Tomok, Indah Ruhaila, Aina Abdul dan Lan Solo.

Setiap persembahan penyanyi sama ada profesional dan amatur akan dinilai 100 peratus oleh Misha Omar dan Yusry Abdul Halim selaku juri tetap.

Pada masa sama, penonton di rumah boleh mengundi Rookie untuk anugerah ‘Rookie Star Award’ dan peratusan undian adalah 70 peratus undian awam dan 30 peratus lagi, juri tetap.

Anugerah tersebut berjaya disandang Nuha minggu ini.

Semua Rookie pula akan dibahagikan kepada enam episod, yang mana memperlihatkan seramai empat orang Rookie akan membuat persembahan di setiap episod.

Ini untuk berentap dengan empat Idol dipilih secara solo dan duet bagi mengumpul mata.

Dihoskan oleh Datuk AC Mizal dan Azira Shafinaz selaku hos bersama, kesemua mereka bertanding untuk memenangi wang tunai terkumpul sebanyak RM80,000.

Vokal Mania bersiaran secara langsung di TV3 bermula 24 Oktober lalu setiap Sabtu, jam 9 malam.

Nyanyian di ‘Vokal Mania’ teruk dikritik, Nuha Bahrin akan belajar kawal emosi ketika menyanyi – “Ada yang anggap saya mempunyai potensi dalam industri”

PERSEMBAHAN penyanyi baharu Nuha Bahrin menerusi rancangan nyanyian Vokal Mania yang berlangsung pada malam, Sabtu lalu mendapat kritikan netizen di laman sosial.

Rata-rata mereka menegur vokal Nuha yang disifatkan tidak kemas dan ada juga segelintir berpendapat bahawa nyanyiannya seperti menjerit.

Biarpun berasa sedih dengan kritikan tersebut namun Nuha mengakui kesilapan tidak memberikan persembahan yang baik pada malam tersebut disebabkan terlalu gementar.

“Saya setuju dengan semua komen dan kata-kata netizen mengenai persembahan saya di Vokal Mania.Sejujurnya, ia bukan persembahan yang terbaik saya.

Antara komen netizen di laman sosial.

“Ketika buat latihan, saya dah lakukan dengan betul tapi bila tiba masa… saya terlampau gementar sehingga membuat persembahan secara berlebihan.

“Sebagai manusia biasa, sudah tentu saya sedih membaca komen negatif tapi saya terima semuanya sebab memang betul apa yang mereka katakan,” kata Nuha kepada mStar.

Nuha yang juga salah seorang daripada 24 rookie (penyanyi amatur) menyampaikan lagu Kekasih Awal & Akhir nyanyian Datuk Jamal Abdillah dan Di Matamu (Sufian Suhaimi) dalam pusingan duet bersama Tomok.

Pada malam saingan episod kedua, Nuha berjaya mendapat undian tertinggi dan memenangi anugerah ‘Rookie Star Award‘.

Alhamdulillah… saya sangat bersyukur masih ada peminat yang menyokong saya.

Kesemua peserta rookies perlu berentap dengan penyanyi berpengalaman atau digelar idol iaitu Tomok, Lan Solo, Aina Abdul dan Indah Ruhaila bagi merebut gelaran juara.

Dalam pada itu, Nuha mengambil segala kritikan sebagai pembelajaran serta pembakar semangat untuk dirinya melakukan yang lebih baik di masa hadapan.

Bagaimanapun, Nuha tetap meluahkan rasa syukur atas sokongan daripada peminat yang sentiasa memberi kata-kata positif kepadanya.

“Segala kritikan dan komen itu saya ambil secara positif… saya ambil sebagai pembelajaran, nasihat dan pembakar semangat untuk lakukan yang lebih baik selepas ini.

Nuha sentiasa belajar untuk memperbaiki kelemahannya.

“Saya akan sentiasa belajar dan keep on practicing. Perbaiki kelemahan saya dan buat yang terbaik lepas ini. Saya juga belajar untuk jaga emosi.

“Apa-apa pun, Alhamdulillah… saya sangat bersyukur masih ada peminat yang menyokong saya. Ada yang menganggap saya mempunyai potensi dalam industri,” ujarnya.

Sekitar Disember tahun lalu, video Nuha menyanyikan lagu Hurt yang dimuat naik di laman sosialnya mendapat perhatian penyanyi asal iaitu Christina Aguilera.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *