Semasa

Susulan Kes Guna Artis ‘Cuci’ Duit Hram, 2 Pegawai PoIis Ditahan Dan Rupanya Pangkat Mereka Bukan Biasa2

Beberapa hari lalu terbongkar taktik perdaya dan guna populariti artis untuk menjalankan kegiatan ‘mencuci’ duit hram melalui pelbagai usaha sama dan perniagaan sah.

Ia susulan penahanan lima individu termasuk dua orang yang bergelar Datuk Seri dan Datuk oleh Suruhanjaya Pencegahan R\suah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan kes penipuan sindiket Macau Scam di Malaysia.

Antara kelima-lima suspek, salah seorangnya dikenali ramai kerana sering menunjukkan kehidupan yang serba mewah dan terkenal dalam kalangan selebriti popular tanah air.

Difahamkan kegiatan individu yang disyaki terbabit dengan kegiatan hram termasuk perjudian sebelum memerangkap segelintir artis tempatan dengan menawarkan bantuan modal untuk memulakan perniagaan.

Kaedah itu dianggap mampu mengaburi mata pihak berkuasa selain membolehkan keuntungan diperoleh hasil kerjasama pelbagai bentuk pelaburan yang disertai bersama.

Bagaimanapun, kegiatan mereka itu dikesan Bahagian Pencegahan Pengubahan Wang Hram (AMLA) Suruhanjaya Pencegahan Rsuah Malaysia (SPRM) hasil risikan dan siasatan dijalankan sebelum lima individu terbabit ditahan.

Dua pegawai poIis berpangkat pegawai kanan dari JSJ ditahan

Sementara terbaru, pihak poIis mengesahkan dua pegawai kanan dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rsuah Malaysia (SPRM) semalam.

Timbalan Ketua PoIis Negara Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, bagaimanapun pihaknya masih belum mendapat laporan lengkap berhubung penahanan berkenaan.

” Kita masih menunggu sama ada dua pegawai itu ditahan atas kes berkenaan (cuci duit) atau kes lain.

” Saya tidak boleh ulas kerana siasatan dijalankan SPRM,” katanya pada sidang media, di Maktab PoIis Diraja Malaysia (PDRM) di sini, hari ini.

Terdahulu, Acryl merasmikan Seminar Pengukuhan Siasatan Jenayah Komersil dan Pelancaran Portal dan Aplikasi Semak Mule.

Acryl berkata, pihaknya juga akan menjalankan siasatan dalaman berhubung tohmahan yang didakwa sesetengah pihak di media sosial berhubung pembabitan pegawai poIis dalam sindiket `cuci duit’ dikaitkan dengan perniagaan golongan artis sebelum ini.

” Siasatan dalaman ini akan dijalankan Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) jadi kita tunggu dulu,” katanya.

Pelawak Shuib dan isteri turut dipanggil beri keterangan

Dalam pada itu, kes terbabit telah menjadi perhatian kerana turut membabitkan pelawak Shuib Sepahtu dan isteri, Siti Sarah Raissuddin yang dipanggil untuk memberi keterangan.

Shuib dan isteri bagaimanapun tidak ditahan reman oleh Suruhanjaya Pencegahan Rsuah Malaysia (SPRM) seperti dakwaan yang tular dalam media sosial.

Rakaman keterangan Shuib diambil dan selesai pada hari yang sama. Shuib kemudiannya dibenarkan pulang selepas selesai proses berkenaan, manakala kehadiran Siti Sarah pula untuk menemani suaminya,” katanya.

Shuib yang juga seorang ahli perniagaan dan nggota kumpulan Sepahtu itu disoal siasat selama 23 jam.

Sumber : asiakini

Kes Macau Sc4m Guna populariti artis untuk ‘cuci’ duit h4ram. Anju Mula Bersuara

Semenjak dua menjak ini, kecoh di media sosial tentang berita pasangan selebriti terkenal, Shuib dan Siti Sarah yang dipanggil SPRM untuk memberi keterangan berhubung kes penggubahan w4ng h4ram.

Menurut Berita Harian, Shuib telah disoal siasat selama 23 jam, namun mujurlah dia dan isterinya tidak dit4han reman

Anju Mula Bersuara

“Salam pagi ni aku nk ceramah sikit! Dgn macam2 case yg terjadi sekarang kita patut berayukur dgn hidup kita ! Kita usaha slow n steady ok kita kasi semangat to one another if not aku boleh jerit kat telinga kau hari2 kasi semangat

“Yang masih jual burger diluar sana jangan khuatir, jangan putus asa.Semua orang mahu rasa hidup mewah, pakai BMW

Nasihat Anju lagi, kita perlu yakin dengan diri sendiri dan berusaha mencari rezeki yang halal.Anju jadikan mak mertua dia sebagai kawan baik.

Jika dia mempunyai duit lebih, Anju lebih gemar belanja mak mertua dia dan dia tidak perlukan kawan yang palsv

Mengambil contoh kes Datin Alya, selepas apa yang terjadi kepada dia,semua kawan-kawan sudah buang segala gambar yang berkaitan dengan Datin Alya

Di akhir video, Anju mengajak semua untuk mulakan hari dengan mencari rezeki yang halal

Susulan daripada siasatan melibatkan pasangan artis tersebut, SPRM kini katanya sedang menyia-sat si-ndiket Macau Scam dan judi dalam talian yang disyaki ‘menc-uci’ ratusan juta ringgit yang diraih daripada kegiatan mereka dalam perniagaan diusahakan selebriti terkenal tempatan.

Dalang utama sindiket tersebut dipercayai warga China, tetapi mereka menggunakan ‘ejen’ di Malaysia untuk uruskan pelaburan termasuk mencari perniagaan berpotensi sebagai platform ‘membersihkan’ wang hasil penip-uan.

“Ejen sindik-et akan mendekati selebriti tanah air dan menyatakan minat melabur dalam perniagaan atau menyuntik modal untuk selebriti berkenaan memulakan perniagaan,” kata sumber.

Ejen-ejen besar Macau Scam di Malaysia ni telah dit4ngkap SPRM 3 hari lalu ye. Kat atas tu video pen4ngkapan mereka.

Bagi korang yang tak nak terkena dengan Macau Sc-am ni, lebih elok kalau korang kenal pasti modus operandi mereka betul-betul.

Menerusi perkongsian individu di Twitter bernama Iskandar Danial, berikut antara perkara yang korang perlu tahu tentang sc4m ini.

1. Target market geng Macau Sc4m

Macau Sc4m ini mendapat nama tersebut kerana ia bermula di Macau dan mereka menggunakan teknik Voice over Internet Protocol (VoIP) untuk trick mngsa.

Target market mereka ialah seperti berikut:

2. Berlakon jadi pegawai bank atau polis

Flow Macau Sc4m yang paling common dan korang mungkin pernah terkena ialah bila pemanggil berlakon jadi sama ada pegawai polis atau pegawai bank. Kadang-kadang ada juga yang jadi pegawai SPRM.

Apa-apapun korang sentiasalah berwaspada selalu dengan macam-macam teknik penip-uan sekarang ni. Hari ini mungkin dah terk-antoi, esok-esok mereka akan gunakan cara lain pula untuk meni-pu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *