Hiburan

Sudah Berbaik Dengan Istri, Shuk Masih Digantvng Tugas Disebabkan Perkara ini

Beberapa minggu lalu hangat diperkatakan kontroversi mengenai pelawak dan penyampai radio, Shuk Sahar.

Ini apabila isteri, Rossalennah Natassyiah Asshaferah mendedahkan kecurangannya di media sosial.

Shuk membuat kejutan apabila melakukan live Instagram menghantar rombongan ‘meminang’ isterinya sekali lagi.

Pada awalnya, Shuk yang lengkap memakai baju pengantin meminta izin daripada izinnya untuk berkahwin.

Suasana tiba-tiba menjadi panik dan masing-masing yang berada bersama Rossalennah ketika itu turut terkejut dengan permintaan pelawak tersebut.

Namun, rupanya Shuk lengkap berbaju pengantin itu untuk pulang ke rumah dan bertemu isterinya.

Menerusi perkongsian di Insta Story, Shuk ada memuat naik status daripada mereka yang mendoakan rumah tangganya kembali pulih.

Mereka juga berharap pelawak itu diberi kekuatan dan kesabaran untuk memujuk hati isterinya.

Sudah Berbaik Dengan Isteri, Shuk Masih Digantung Tugas Disebabkan Perkara ini

Terdahulu, Shuk ada berkongsi video di Instagram bertemu anak-anaknya dan  mengaku kesilapan diri.

Katanya, apa yang berlaku dalam hidup dan keluarganya ketika ini adalah berpunca daripada kesilapan sendiri.

Shuk Masih Digantung Tugas

Susulan pendedahan kecurangannya itu, Shuk digantung kerja serta merta sebagai penyampai radio Hot FM di slot Geng Pagi Hot.

Terbaru, pihak pengurusan stesen radio itu mengesahkan Shuk masih lagi digantung.

Dan isu peribadi berkaitan pelawan itu masih dikaji dan dalam perbincangan buat masa ini.

“Perkhidmatan Shuk sebagai penyampai Hot FM masih lagi digantung buat sementara.

Ia susulan isu peribadinya yang tular di media sosial baru-baru ini.

“Pihak pengurusan mengesahkan bahawa isu berkenaan masih dikaji dan dalam perbincangan buat masa ini. Pengumuman akan dibuat kelak,” katanya.

Terdahulu, Shuk sudah pun berbaik dan berjaya memujuk isterinya selepas membuat kejutan membawa rombongan meminang semula.

Shuk juga mengakui menyesal dengan kesalahan dilakukannya serta berjanji akan melakukan yang terbaik buat isteri, anak-anak dan keluarga.

Sumber : Gulapop

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *