Dunia

“Suami Beli Istri Gelisah” Jualan Wanita S4ksi Ini Buat Sang Istri Resah

Gelagat seorang penjual kopi wanita yang berpakaian s3ksi di Pulau Bali di Indonesia yang tular di media sosial beberapa hari lalu mengundang rasa kurang selesa dalam kala­ngan isteri apabila suami mereka dikatakan kerap berkunjung ke gerai berkenaan semasa keluar memancing ikan di lokasi sama.

Satu imej tangkap layar mesej perbualan WhatsApp yang tular antara seorang isteri kepada suaminya dimuat naik di Instagram @sekehedemenbali mendedahkan lelaki berkenaan telah diberi amarankeras supaya tidak membeli minuman kopi daripada wanita s3ksi itu.

Portal Suara.com kelmarin melaporkan penghantar mesej dengan nama Mama mengirim mesej gambar kombinasi penjual kopi s3ksi itu beserta amarankeras kepada suami sendiri.

“Jangan cuba singgah ke sini kalau keluar pergi memancing,” tulis isterinya.

Mesej itu dibalas dengan nada bergurau oleh suami hingga me­nimbulkan rasa marah isteri.

Status tersebut mengundang banyak komen dengan netizen setempat yang meluahkan rasa simpati terhadap golongan suami yang dihalang daripada meman­cing berhampiran Pulau Bali.

“Kasihan mereka. Mungkin para suami tidak lagi diizinkan untuk keluar memancing di situ selepas ini,” komen seorang netizen.

Terdahulu, kisah wanita penjual kopi s3ksi di Pulau Bali tular di media sosial gara-gara memakai skirt mini berwarna merah dan baju T kelabu ketika menghidangkan kopi kepada para pelanggannya.

Wanita itu dilaporkan me­nunggang sebuah skuter berwarna merah yang diubah suai pada bahagian belakang sebagai gerai minuman dan menjalankan perniagaan di tepi sebatang jalan.

Sejak berniaga di situ, rata-rata pelanggannya dikatakan golongan pemancing yang lazimnya berkumpul di situ.

Sumber : mediakl

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *